SELAMAT DATANG

Wednesday, December 30, 2009

KENANGAN SEPANJANG JALAN

Ini pula adalah antara gambar-gambar sepanjang Shamza Agro Product diwujudkan buat tatapan kengkawan.

http://s668.photobucket.com/albums/v...off/?start=all

BARANG-BARANG KEPERLUAN ARNAB

Sesiapa yang memerlukan barang-barang kelengkapan arnab seperti sangkar, botol minuman, bekas makanan, makanan, vitamin dsb. bolehlah menghubungi saya.



Sangkar Kecil = RM 48/each



Sangkar Besar = RM 58/each



Botol Minuman = RM 10/each/250ml

Bekas Makanan plastik Kecil = RM 2.50/each

Pelet arnab FFM = RM 54/25kg

Pelet arnab Cap Bendera = RM 44/25kg

Multi Vitamin = RM 7/sebotol




Tuesday, December 29, 2009

PERSOALAN HIDUP

Dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini, seringkali kita melakukan kesilapan dan tersimpang dari jalan yang diredhoi dan diberkatiNya. Mungkin ada antara kita yang sedar, mungkin ada yang tidak dan mungkin juga ada yang pura-pura tidak sedar. Segalanya terpulang kepada kita. Tetapi antara sedar dengan tidak, keadaan sekeliling kita banyak memberikan petanda sekiranya kita tersasar dari landasanNya. Apakah yang menyedarkan kita!!!!??? Berikut ini saya paparkan beberapa petanda yang terjadi pada diri saya buat pedoman kita bersama.........

1. Sekiranya kita lalai dalam menjalankan suruhanNya seperti solat, puasa dan sebagainya.......

Kita sering akan berasa gelisah, tidak keruan, risau, takut dan sering dilanda musibah. Apa saja yang dilakukan sering berakhir dengan kegagalan dan permasalahan. Di kala ini cuba muhasabah kembali diri kita, tentang amalan-amalan yang kita wajib lakukan. Mungkin ada yang kita lalai mengerjakannya atau sambil-lewa sahaja. Periksalah kembali dan bertaubatlah...........Insya Allah, Allah akan memberi pertunjuk kepada kita sekiranya kita benar-benar insaf. Dan Insya Allah rahmatNya akan berserta dengan kita kembali...........

2. Sekiranya kita lalai tanggungjawab kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita............

Waspadalah.............sekuat mana dan sebesar mana sekalipun kita berusaha, berdoa dan bermodal..........nescaya akan gagal dipertengahan jalan. Kerana sesungguhnya doa serta keredhoan dari ibubapa akan berserta dengan keredhoan Allah kepada kita. Oleh itu, selalulah berdoa, menjenguk serta mengambil berat akan kebajikan ibubapa kita...........

3. Sekiranya kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami dan ketua keluarga..........

Maka akan porak-perandalah rumahtangga. Hidup sentiasa akan dibelenggu permasalahan, pergaduhan dan ketidak ketenteraman. Awasilah dan berikan lebih perhatian kepada pasangan dan anak-anak anda. Terutama kebajikan, amal-ibadah dan aktiviti mereka. Berikan sedikit masa mendengar dan bersama dengan mereka. Yang paling utama adalah sama-sama menegur dan memberi perangsang di antara satu sama lain dan bukannya menjatuhkan martabat sesama ahli keluarga...............

4. Sekiranya kita lalai tanggungjawab kita sebagai saudara seagama semasyarakat...............

Nescaya kita akan hilang sokongan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Segala perancangan akan mengalami kegagalan dan menimbulkan ketidakpuasan hati sesama masyarakat. Oleh itu, kita haruslah sering hidup bermasyarakat, kunjung mengunjung dan menghormati kepentingan masyarakat di sekeliling kita............

5. Sekiranya kita lalai tanggungjawab terhadap kerjaya dan bisnes kita.............

Sebesar mana sekalipun modal dan bisnes tersebut, kegagalan juga menjadi kesudahannya. Dalam kerjaya, perlulah dilaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, jangan kita abaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.............

Inilah sahaja serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama pada kali ini. Mungkin perkara ini remeh dan semua orang mengetahuinya, tetapi kadang-kadang kita sering lalai melakukannya. Wallahualam.......


Sunday, December 27, 2009

TEMPAHAN ANAK BENIH CILI PADI DAN POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN

Berikut ini adalah aktiviti sampingan yang dijalankan oleh kami bagi memenuhi permintaan oleh saudara-saudara yang memerlukan anak benih cili padi dan pokok-pokok buah-buahan.






Anak-anak pokok buah-buahan.
Cempedak Madu, Nangka Madu, Pulasan, Kedondong, Delima Merah, Mangga King, Mangga Chukanan, Mangga Epal, Rambutan Anak Sekolah, Rambutan Gading, Limau Purut, Limau Kasturi, Limau Nipis, Ciku Subang = RM 9.00 sepokok.





Semaian anak benih cili padi dan cili kulai.
Satu tray 104 lubang = RM 65.00.

Jika ada yang berminat untuk membeli atau menempah, bolehlah menghubungi saya segera di 012-911 6165, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff aka Shamza.

PENGGANTIAN SANGKAR BATERI KE SANGKAR PORTABLE

Setelah genap hampir 7 bulan menggunakan sangkar bateri, maka pada hari sabtu yang lepas terpaksala saya menukarkan kesemua sangkar-sangkar dibahagian bawah tersebut dengan sangkar "Portable". Ini memandangkan hampir keseluruhan sangkar tersebut telah reput bdan berlubang pada bahagian dasarnya.

Agak sukar juga untuk membuang kesemua sangkar yang telah dipadankan kepada kerangka bertingkat ni, tapi nak tak nak, terpaksa juga dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan arnab-arnab yang berada di dalamnya. Alhamdulillah, ketika ini kesemua arnab-arnab telah mendapat lot sangkar masing-masing yang lebih selesa dan bersih.







Penggantian Sangkar Bateri ke Sangkar Portable.

MENYUSUKAN ANAK-ANAK ARNAB

Hari ni dah genap 7 hari Mimi melahirkan anak. Alhamdulillah ketiga-tiga ekor anaknya masih survive walau kekadang Mimi cam tak bagi susu pada anak-anaknya.

Bagi memastikan anak-anaknya cukup mendapat susu, maka saya terpaksa membantu Mimi memberikan susunya pada anak-anaknya. Walau pada mulanya Mimi agak agresif ketika dipegang untuk memberikan susu, namun lama-kelamaan dia telah dapat membiasakan dirinya............






Sedang membantu menyusukan anak Mimi


Wednesday, December 23, 2009

BABY RABBIT

Assalamualaikum...........

Lama dah tak nyembang kat sini......nak kata sibuk sangat tak juga........mungkin bercelaru sangat macam-macam nak buat.

So, untuk post kali ni........rasanya nak postkan gambar-gambar anak-anak arnab den yang baru jer lahir pagi tadi.... Ni pun kes lahir mengejut...........takda tunjuk apa2 tanda nak beranak...tau2 kuar jer 5 ekor....kalo ikutkan jadual lagi 5 hari....

Baby nya sume sihat2 tapi malangnya 2 ekor telah terkorban kos terpijak dek ibunya......sedey gak, tapi apa nak buat takda rezeki........mungkin 3 ekor ni jer yang dapat survive......

Arnab ni cuma dari baka kampung jerr.........cuma induk dan buck nya ada mix ngan Baka Dutch.




2 ekor anak yang terkorban



Anak-anak yang survive



Mimi dan baby nya

Wednesday, December 2, 2009

LAGI CERITA TENTANG ARNAB

Assalamualaikum.......

Berikut diringkaskan segala aspek berkenaan pembiakan arnab........

1. Bagaimanakah cara arnab dibiak?

Masukkan arnab betina ke sangkar pejantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai sikap menguasai kawasannya (territorial behaviour) dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab tantan tersebut. Masa mengawan antara 1 ke 5 minit sahaja. Kemudian arnab betina perlu diasingkan semula. Jangan tinggalkan arnab betina bersama pejantan lebih dari tempoh mengawan.

Lakukan proses mengawan di awal pagi atau lewat petang. Elakkan pada waktu tengahari kerana akan mengurangkan kadar kesuburan.

2. Kekerapan mengawan.

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengamalkan 2 kali sehari dan direhatkan selama 3 hari, keadaan ini boleh ditingkatkan secara perlahan-lahan kepada sekali sehari.

Penggunaan pejantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan, di samping menjejaskan keupayaan seksualnya.

3. Bilakah ibu arnab yang telah beranak boleh dikahwinkan semula?

Dalam keadaan semulajadi(liar), arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24 ke 48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan untuk penternakan komersial, kerana arnab betina tidak dapat digunakan dengan lebih lama.

dalam penternakan komersial, arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses anak bercerai susu.

4. Bagaimanakah cara untuk memastikan proses pembiakan telah berlaku dengan sempurna?

Keadaan dapat dikenalpasti apabila pejantan memanjat arnab betina untuk seketika sambil melakukan penetration dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan menggelungsur ke belakang, sebelah atau terlentang.

5. Berapa lamakah induk bunting dan apakah tanda-tandanya?

Tempoh bunting adalah antara 29 ke 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini, kotak beranak boleh diletakkan sebagai tujuan penyesuaian.

Tanda-tanda arnab hampir beranak jelas kelihatan pada hari 27 ke 29 di mana ia berada dalam keadaan gelisah dan kemudian mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Dalam keadaan ini arnab perlu dibiarkan sendirian dan jangan diganggu, melainkan untuk penukaran kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

6. Bagaimanakah mengesan bunting palsu?

Keadaan ini boleh dikesan pada hari ke 12 hingga 17. Pada masa ini arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, ia hendaklah dikahwinkan semula.

7. Bagaimanakah keadaan anak arnab yang baru dilahirkan?

Pastikan anak-anak arnab berada di dalam kotak sarang untuk mengelakkan kesejukan. Apabila sudah memegang anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya untuk mengelakkan ibunya daripada menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak berbulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga 10.

Pada waktu ini makanan utamanya adalah susu ibunya. Sehinggalah pada umur 14 ke 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak dan mula cuba memakan pellet.

8. Bilakah masa ibu arnab menyusukan anaknya?

Kebiasaannya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak 2 kali sahaja. Yang paling mustahak adalah pemberian susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali ke 2 kali sehari, keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi pada waktu siang. Keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia adalah normal.

9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bilangan anak arnab melebihidari bilangan puting susu ibunya?

Pada kebiasaannya puting susu ibunya ada lapan. Jika anaknya melebihi dari bilangan puting, ianya perlu diberikan kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah melahirkan anak dalam masa 48 jam selepas anak itu lahir. Anak arnab ini perlu ditandakan untuk pengecaman.

Kemudian sapukan apa-apa wangian kepada ibu arnab dan semua anak-anaknya yang berada di dalam kotak. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya diberikan pada hari pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 ke 4 minggu.

10. Bilakah anak-anak arnab perlu dicerai susu?

Anak arnab dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila berumur sebulan dan sebaik-baiknya 7 minggu.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan samada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatat dari semasa ke semasa.

Pengasingan perlu dilakukan dengan meletakkan anak yang hendak dijadikan baka di dalam sangkar individu atau 2 ekor sesangkar. Anak-anak yang tidak terpilih boleh disimpan di dalam sangkar secara kumpulan selama 30 ke 45 hari lagi.

11. Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat, manakala arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.

12. Kadar pemberian makanan rangsum pelet arnab.

Bagi Induk (betina dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 120 gm/hari/ekor
Bagi Pejantan (jantan dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 60 gm/hari/ekor
Bagi Anak Arnab (1 ke 2/3 bulan) - Kuantiti yang diperlukan 50 ke 100 gm/hari/ekor

Daun hijau hendaklah diberikan secara bebas sebagai makan tambahan.

Sekian saja untuk kali ini............Wassallam.......

Tuesday, December 1, 2009

CARA-CARA PEMBIAKAN ARNAB

CARA-CARA PEMBIAKAN ARNAB

Arnab dewasa yang telah mencapai tahap kematangannya boleh dibiakkan berdasarkan sistem pengurusannya, iaitu untuk tujuan pembiakan baka, memanfaatkan bulunya atau pengeluaran daging.

Sebaiknya arnab dibiakkan apabila telah mencapai tahap kematangannya. jika arnab dibiakkan pada umur terlalu muda atau belum mencapai tahap kematangannya, anak-anak yang dilahirkan akan rosak dan tidak produktif. Pejantan yang dikahwinkan dalam usia yang terlalu muda akan menyebabkan anak yang lahir menjadi kerdil. Selain itu, ia juga boleh menggagalkan proses perkahwinan dan induk betina gagal untuk bunting(den dah kena). Walaupun jika berjaya dibuntingkan, anak yang dilahirkan lemah atau cacat.

Sebaliknya, penggunaan pejantan yang telah tua juga seringkali menggagalkan proses pembiakan juga.

TANDA-TANDA BERAHI/PIANTAN BIANG

Lazimnya tanda-tanda berahi/biang menunjukkan masa mengawan kedua-dua induk yang telah matang. Jangkamasa berahi arnab tidak tetap. Ada yang telah matang, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan mengawan.

Induk betina yang sedia untuk dikahwinkan akan menunjukkan tanda-tanda berahi yang jelas seperti sentiasa berada dalam keadaan gelisah. Sekiranya tidak ditempatkan ke sangkar pejantan, ia akan berusaha untuk bergabung dengan pejantan yang terdapat dalam sangkar berdekatan. Ia akan menggosok-gosokkan dagunya pada sesuatu atau sesama induk yang lain. Vulvanya(kemaluan) akan basah dan berwarna merah jambu atau merah.

Apabila warna vulvanya berubah, ia menunjukkan induk tersebut berada dalam tempoh subur. Jika warna tersebut bertukar menjadi putih atau pucat, ia menandakan bahawa proses pembiakan tersebut akan mengalami kegagalan, bahkan meningkatkan risiko induk dan pejantan berkelahi. Langkah yang perlu diambil adalah dengan menangguhkan proses tersebut selama 2 hingga 3 hari atau sehingga vulva induk tersebut berubah warna semula.

Sekiranya induk yang subur tidak segera dikahwinkan selepas dikenalpasti tanda-tandanya, sel-sel telurnya masih tetap subur sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Selepas itu, kesuburannya akan beransur-ansur kurang.

Sel-sel telur akan disenyawakan sekiranya terdapat rangsangan pejantan semasa proses perkahwinan. Sel-sel telur yang telah matang akan turun selepas 10 jam disenyawakan. Sekiranya proses perkahwinan dilakukan dalam tempoh 8 jam selepas itu, sel-sel telur yang lain turut dapat disenyawakan kerana proses persenyawaan akan berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 hari selepas evulasi. Tetapi, untuk tujuan komersial, keadaan ini tidak digalakkan kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.

Monday, November 30, 2009

PEMBIAKBAKAAN ARNAB

Terdapat 3 program penyilangan yang kerap dilakukan oleh para penternak iaitu:

1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)
2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)
3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)

1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)

Pembiakbakaan kacuk atau pembiakbakaan luar (Out Breeding) merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang tidak memiliki sebarang hubungan darah iaitu dari baka yang berbeza-beza. Bertujuan untuk mendapatkan sifat-sifat baka yang lebih baik daripada kedua-dua induk dan pejantan tersebut.

Proses pembiakan ini akan menyebabkan anak2 yang dilahirkan cenderung mewarisi sifat-sifat yang sama seperti baka tertua daripada keturunan induknya.

2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)

Merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang mempunyai hubungan darah yang rapat seperti mengahwinkan pejantan dengan anaknya, induk dengan anak, antara anak2 arnab dari induk dan pejantan yang sama dan sebagainya. Program ini pada kebiasaannya akan melahirkan anak-anak yang tidak berkualiti. Sebahagian besar daripada anak yang dilahirkan mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada kedua-dua induknya. Kaedah ini memerlukan proses pemilihan baka yang ketat dengan penekanan kepada kualiti induk yang dipilih. Pada kebiasaannya, baka yang berkualiti dapat menghasilkan keturunan yang baik selama 9 hingga 10 generasi.

3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)

Merupakan program yang telah diubahsuai daripada program pembiakbakaan dalam. Induk dan pejantan yang dipilih perlu dari baka yang sama tetapi tidak mempunyai hubungan yang rapat. Salasilah atau susur galur keturunan perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum pemilihan dilakukan.

Sifat dominan induk akan menjadi sifat unggul yang perlu diwarisi oleh anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan sifat dominan yang stabil. Pembiak perlu mengaplikasikan teknik kaedah cuba jaya dalam proses perkahwinan. Proses ini tidak akan dilakukan sekali, sebaliknya ia akan berlangsung secara berterusan sehingga pembiak dapat mengenalpasti induk dan pejantan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan stok induk dan stok induk tuai.

Sambungan Info Berkenaan Arnab

Perkembangbiakan arnab akan lebih teratur jika proses kelahiran terancang. Umumnya, induk arnab akan beranak selepas 31 hingga 32 hari iaitu apabila proses perkahwinan antara induk dan pejantan berjaya dilakukan. tempoh bunting mengambil masa selama 28 hingga 35 hari.

Bagi arnab bersaiz sederhana (berat arnab dewasa dalam 4kg), dapat dikembangbiak selepas ia berumur 6 hingga 7 bulan. Tempoh bunting adalah sekitar 31 hari. Induk akan menjaga anaknya selama 56 hari (tempoh antara kelahiran sehingga cerai susu). Dengan data ini, kita boleh merancang program pembiakan arnab agar induknya dapat melahirkan anak dengan kekerapan 4 kali dalam setahun. Formula yang digunakan adalah seperti berikut :

1. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
2. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
3. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
4. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
---------------------------------------------------------------------------------
Jumlah = 348 hari

Dianggarkan bagi satu kelahiran, sebanyak 6 ekor anak akan dilahirkan, bermakna setahun sebanyak 24 ekor anak dilahirkan (6 ekor X 4 kali pembiakan).

Dengan memendekkan tempoh masa menyusukan anak, iaitu daripada 56 hari kepada 28 hari, kekerapan beranak atau melahirkan anak dapat ditingkatkan menjadi 8 kali setahun. Oleh itu, jumlah anak arnab yang dapat dihasilkan dalam setahun adalah sebanyak 48 ekor (6 ekor X 8 kali pembiakan). tetapi kaedah ini kurang digalakkan bagi menjamin kelangsungan induk dan pemeliharaan genetik.

Dalam kegiatan penternakan arnab komersial, arnab betina sesuai dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses penceraian susu. Jangkamasa ini dapat menjamin keberhasilan program pembiakan arnab berlaku selama 8 kali dalam setahun. Walaupun jumlah karkasnya akan berkurang, peratusan karkas anak arnab ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak arnab yang dipisahkan selepas 42 hingga 56 hari. Proses pemisahan/penyapihan yang lebih awal membolehkan induk mengawan dan dikahwinkan semula dan membolehkan bilangan anak arnab bertambah dengan banyak dalam tempoh setahun.

[B]Jangkamasa Induk Dikahwinkan Semula dan Pemisahan Anak

Kahwin Pemisahan Jarak Antara Jumlah Anak
Selanjutnya Kelahiran Arnab/Induk
(hari) (hari) (hari) /Tahun[/B]

14 28 45 8
21 35 52 7
28 42 59 6
42 56 73 5

Sumber : James Blakely & David H. Bade, 1992

JUST FOR INFORMATION..............

SHAMZA RABBITRY
&
SHAMZA AGRO PRODUCT
HISHAM
012-911 6165
E-Mail – mohdhishamyusoff@yahoo.com
Blog – http://shamzaagroproduct.blogspot.com

Bermula dengan minat dan hobi di dalam Bidang Pertanian dan Penternakan, kini kami menjalankan aktiviti secara komersial dengan mengeluar dan membekalkan produk-produk pertanian berkonsepkan “Pertanian Bandar” bagi mereka yang berminat untuk mencuba dan sebagai hobi.

Antara produk kami adalah seperti berikut :

Baka-baka arnab pedaging dan “Pets”
Makanan arnab
Sangkar-sangkar arnab
Baja Agro Organik
Pokok-pokok Buah-buahan, herba dll.(Tut dan cantuman mata tunas)

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan….



TIPS PENJAGAAN ARNAB
Jadual Kerja Penternakan Arnab

<8.00 pagi – Pembersihan Sangkar Ternakan
10.00 pagi – Pemberian makanan pertama berupa pelet atau konsentrat yang dicampur sedikit garan dan air/multivitamin. Setiap ekor arnab dewasa diberikan 100 gram makanan.
1 tengah hari – Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau lain (sebaiknya dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan peratusan kandungan air) Seekor arenab dewasa diberikan 0.5 kg makanan.
6.00 petang – Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau yang lain yang banyak mengandungi serat kasar. Jumlah pemberian adalah 1 kg atau lebih bagi setiap seekor arnab dewasa. (Boleh diganti dengan pemberian pelet)

DATA BIOLOGI ARNAB

Tempoh Hidup – 5 ke 10 tahun
Tempoh Pengeluaran – 1-3 tahun
Tempoh Bunting – 28 ke 35 hari
Tempoh Pemisahan – 6 ke 8 minggu
Umur Matang – 4 ke 10 bulan
Umur DiKahwinkan – 6 ke 12 bulan
Mengawan Semula – 1 minggu selepas anak diasingkan selepas beranak
Kitaran Kelamin – Poliestrus dalam tempoh setahun, sekurang-kurangnya 5 kali bunting setahun.
Kitaran Berahi/Mengawan – Sekitar 2 minggu
Jangkamasa estrus – 11 ke 15 hari
Pengovulan – Berlaku 9 ke 13 jam selepas disenyawakan
Masa Subur – 1 ke 2 jam selepas disenyawakan
Jumlah anak yang DiLahirkan – 4 ke 10 ekor
Jumlah Darah – 40ml/kg berat badan
Berat Arnab Dewasa – Bervariasi, bergantung kepada baka, jantina dan faktor penjagaan.

Sunday, November 15, 2009

PENUBUHAN KELAB ARNAB MALAYSIA

Assalamualaikum.............

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama tak jengok ke sini. Untuk post ni, saya lebih fokus kepada perjumpaan bagi penubuhan Kelab Penternak Arnab Malaysia yang akan diadakan pada 22hb. November 2009 ni..........

Kami amat mengalu-alukan kedatangan saudara2 penternak sekelian pada hari tersebut......sama2lah kita memeriahkan hari tersebut..........Kunjungi liank berikut :


Create your own banner at mybannermaker.com!


Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Thursday, October 22, 2009

Produk Untuk DiJual.....

Assalamualaikum....

Di sini sekadar nak list down pokok2 buah2an yang ada dalam stok saya, sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya.........

1. Kedondong - RM 8.00

2. Belimbing Buluh - RM 8.00

3. Durian Belanda - RM 8.00

4. Limau Kasturi - RM 8.00

5. Limau Nipis - RM 8.00

6. Limau Purut - RM 9.00

7. Nona - RM 8.00

8. Rambutan Gula Batu (Merah) - RM 10.00

9. Rambutan Gading - RM 10.00

10. Cempedak - RM 8.00

11. Jambu Air Madu - RM 10.00

12. Limau Madu - RM 15.00

13. Ciku - RM 15.00

14. Pulasan - RM 10.00

Selain itu, Baja Agro Organik - RM 9.00/10kg, RM 5.00/5kg dan Media Tanaman Kompos AgroPot - RM 4.00/5kg ada untuk dijual. Jika berminat sila hubungi saya untuk penghantaran atau pengambilan 012-911 6165. Penghantaran tertakluk pada jarak.

Lupa pulak satu lagi.....saya juga ada 2 pasang arnab yang hendak dijual kepada sesiapa yang berminat, iaitu:

Arnab Lion Head dan Dutch RM 250 package dengan sangkar, bekas makanan, minuman dan makanan 1kg.

Dan package arnab tempatan RM 190.

Juga ditawarkan makanan arnab (pelet) FFM - RM 53.00/25kg.

Sekian, Terima kasih...

Monday, October 5, 2009

PEMAKANAN ARNAB

PEMAKANAN ARNAB



Pengenalan


Arnab tergolong dalam haiwan ternakan jenis pseudo-ruminant iaitu haiwan herbivor yang tidak dapat mencernakan serat-serat yang diperolehi daripada makanannya dengan baik.
Makanan tersebut dicernakan melalui proses fermentasi yang berlaku di dalam ususnya. Proses fermentasi (fermentation) atau penapaian merujuk kepada proses pencernaan yang berlaku melalui tindakbalas kimia dengan bantuan enzim2 yang tertentu (specific enzyme) sehingga dapat menguraikan makanan kompleks ke dalam bentuk yang mudah dicernakan. Enzim2 ini dihasilkan oleh oraganismeseperti lumut, bakteria dan yis. Proses ini berlaku di bahagian sekum (caecum) iaitu kantung yang terletak di persimpangan antara usus kecil dan usus besar. Proses ini melibatkan 50% daripada kapasiti keseluruhan saluran pencernaan.
Selepas berumur 3 minggu, arnab mula mencernakan semua makanannya sehingga hancur, secara terus daripada anus (proses ini dikenali sebagai caecotrophy) tanpa melibatkan sebarang pengunyahan. Kotoran (fesus) ini terdiri daripada konsentrat bakteria yang dibaluti oleh mukus.
Walaupun memiliki bahagian sekum (caecum) yang besar, arnab tidak mampu mencernakan makanannya secara semulajadi, di mana daya pencernaannya sekitar 10% sahaja.
Menurut Parker (1976), asid2 lemak yang meruap (VTA = volatile fatty acids) hasil fermentasi oleh organisma atau mikrob tertentu di dalam sekum menyumbangkan 30% tenaga yang diperlukan untuk proses pemeliharaan. Selain itu, arnab juga mampu mencernakan protein pada kadar yang sama dan menguraikan eter pada kadar lebih tinggi daripada haiwan herbivor lain. Ini berikutan dengan sifat semulajadinya yang akan memakan kotorannya sendiri (caecotrophy).
Kemampuan arnab mencernakan serat kasar (ADF = acid detergent fibre) dan lemak lain semakin bertambah apabila ia berumur 5 ke 12 minggu. Pencegahan caecotrophy semasa ia berumur 6 ke 8 minggu boleh meyebabkan pertumbuhan dan daya pencernaan arnab semakin menurun dari 77% menjadi 60%.
Komposisi fesus atau kotoran yang dihasilkan oleh arnab berbeza dengan fesus haiwan ternakan lain. Fesus yang dihasilkan lebih cair atau lembut dan diselaputi mukus. Ia terdiri daripada bahan kering (31%) dan protein yang tinggi (28.5%). Fesus juga mengandungi banyak vitamin B.
Menurut Kautson dkk. (1977) populasi organisme kecil atau mikrob di dalam sekum sangat aktif dan akan menggunakan keseluruhan nitrogen dari urea yang diperolehi dari tanah. Urea ini akan menghasilkan protein pada kadar tinggi sehingga mampu menguraikan bahan makanan sehingga membentuk fesus yang lembut.
Menurut Spreadbury (1978), anak arnab yang telah dipisahkan (disapih) daripada induknya dengan berat 1 kg akan menghasilkan 28 gram fesus yang mengandungi 3 gram protein setiap hari. Fesus juga mengandungi 0.35 gram nitrogen yang berasal dari bakteria atau sama dengan 1.3 gram protein.
Beberapa kajian yang dilakukan membuat kesimpulan faktor arnab mempunyai daya pencernaan yang rendah adalah disebabkan oleh waktu pemindahan (transit) bahan2 berserat yang terlalu cepat di dalam sistem pencernaannya. Selain itu, arnab tidak memiliki perut rumen seperti ternakan ruminan lain.....
Makanan Arnab Liar
Umumpun tahu apa yang dimakan dek arnab liar ni. Kalau di habitat asal dia, arnab liar ni main belasah je apapun, tapi dia tetap mempunyai instinct apa yang leh dimakan dengan yang takleh dimakan.
Kebiasaannya, arnab hanya memakan makanan di atas tanah yang berwarna hijau seperti rumput2, biji-bijian dan makanan berumbi. Makanan2 ini mampu membekalkan sumber tenaga, vitamin dan garam mineral untuk keperluan arnab ni. Kebiasaannya arnab akan membuat sarang di tempat yang mempunyai sumber makanannya, coz arnab hanya akan mengingati jalan kembali ke sarangnya dalam radius 500 ke 600 meter je dari sarangnya. Jika melebihi dari jarak tersebut, arnab mempunyai tendency untuk membuat sarang baru. Kebiasaannya arnab akan hanya berkeliaran sekitar 100 meter dari sarang utama, kecuali sumber makanan telah kehabisan.
Makanan Arnab Ternakan
Arnab peliharaan amat memerlukan penjagaan dan pembekalan makanan yang secukupnya daripada penternak. Penternak disarankan agar tidak memberikan sisa-sisa makanan kepada ternakannya, seperti makanan2 yang telah basi dan sebagainya.
Dalam penternakan secara intensif, makanan pellet merupakan makanan utama yang diberikan. Makanan berbentuk hijau hanya diberikan mengikut keperluan sahaja. Makanan hijau adalah seperti rumput, sayur2an atau daun2. Selain itu, ia juga boleh diberikan makanan tambahan seperti konsentrat, rumput kering(hay) dan biji-bijian.
Makanan Pellet
Ia berbentuk pellet atau untilan keras yang mempunyai garis pusat 4 mm dan panjang 2 ke 3 cm. Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum. Bagi induk betina dewasa, jumlah diperlukan adalah 120 g/hari/ekor, penjantan dewasa 60 g/hari/ekor, manakala bagi anak arnab sebanyak 50 ke 100 g/hari/ekor.
Makanan Hijau
Penternak di kalangan tradisional banyak mengamalkan kaedah ini. Sumber makanan hijau yang diberikan adalah rumput2, sisa2 sayuran (kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu), dedaun sepeerti daun kembang sepatu, sesbania, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun dan batang jagung, daun betik, daun talas dan sebagainya.
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit-birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi (sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diuraikan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.
Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.
Rumput Kering atau Rami (Hay)
Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awetan yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara bertahap sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.
Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. Daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.
Biji-bijian
Berfungsi sebagai sumber makanan yang dapat meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.
Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.
Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.
Umbi-umbian
Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.
Konsentrat
Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya.
Makanan Seimbang
Jumlah makanan dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Bagi seekor arnab dewasa, ia memerlukan sebanyak 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, manakala bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25 hingga 50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, iaitu; bagi arnab muda yang berumur 2 hingga 5 bulan dengan berat dianggarkan 2 hingga 4kg, memerlukan 180 hingga 200 gram konsentrat sehari. Manakala, bagi seekor arnab dewasa dengan berat 5kg, memerlukan sebanyak 160 hingga 180 gram sehari dan bagi yang sedang bunting atau menyusukan anak memerlukan 200 hingga 250 gram konsentrat sehari.
Komposisi Makanan Arnab
Bagi :
Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang dalam tempoh pembesaran -
Protein - 14 ke 18% : Lemak - 3 ke 6% : Serat - 15 ke 20% : Abu - 5 ke 6%
Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa -
Protein - 12 ke 14% : Lemak - 2 ke 4% : Serat - 20 ke 28% : Abu - 5 ke 6%

PENYAKIT-PENYAKIT ARNAB

Assalamualaikum.....
Post kali ini adalah lebih untuk membicarakan berkenaan penyakit-penyakit yang sering menyerang arnab peliharaan kita.
Jumlah kematian arnab akibat penyakit cukup tinggi, iaitu, antara 15 ke 40%, bermula dari semasa kelahiran hingga dipisahkan dari induknya. Banyak faktor yang terlibat, iaitu:
i. Program sanitasi yang tidak teratur;
ii. Pemberian makanan yang tidak berkualiti;
iii. Jumlah makanan dan minuman sedikit serta tidak bersih;
iv. Kekurangan nutrisi (protein, vitamin, garam mineral);
v. Jangkitan dll
Antara penyakit yang sering menyerang arnab adalah seperti berikut:
1. Enteritis
2. Pasteurelosis
3. Young Doe
4. Koksidiosis
5. Sembelit
6. Koreza atau Pilek
7. Pneumonia
8. Kudis
9. Kanser Telinga
10. Ring Worm
11. Favus
12. Radang Mata
13. Penyakit Cacing
14. Kaki Bengkok
15. Memakan Bulu sendiri
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Tujuan membicarakan tentang penyakit2 arnab ni bukanlah untuk menakut2kan sesiapa yang teringin membela arnab, tetapi lebih kepada untuk memberi input dan pengetahuan agar kita dapat mengambil langkah2 awal mengawal dan mengatasinya. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat menmanfaatkan bersama.
1. Enteritis
Penyakit ini seringkali menyerang sistem pencernaan arnab dan faktor penyebab utama kematian arnab. Kerapkali menyerang anak2 arnab terutamanya anak arnab yang sedang menyusu. Antara lain, dalam bahasa kita penyakit ni lebih dikenali sebagai cirit-birit, kembong atau "bloat".
Penyebab utama penyakit ni adalah keadaan udara yang lembap, basah atau terdedah kepada cuaca sejuk pada waktu malam secara langsung dan perubahan cuaca yang mendadak. Selain itu, ia juga berpunca dari faktor pemakanan yang tidak seimbang di mana komposisi nutrisi yang dibekalkan seperti protein, serat kasar dan lemak yang tidak tepat.
Antara tanda2 kembung yang ditunjukkan ialah, sentiasa berdiri dalam posisi membongkok dan kaki ke hadapan, telinga terkulai ke bawah, mata suram dan pergerakan mulu seakan2 menahan sakit. Selain itu, arnab selalu dahaga serta kerap minum air. Najis yang dihasilkan berwarna hijau gelap, berbau busuk, berlendir dan kerap kali melekat pada bahagian dubur. Penyakit ni boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan lain seperti Mucoid Enteritis, Hemorrhagic Enteritis dan Diaarheal Enteritis.
Mucoid Enteritis atau mukosa enteritis ni berlaku disebabkan oleh teknik pemeliharaan arnab yang tidak betul. Kebiasaannya arnab menunjukkan tanda2 cirit-birit, menghasilkan najis yang cair seperti jelly. Ini disebabkan pemberian makan yang mengandungi serat kasar yang terlalu kasar melebihi 20%.
Langkah pangawalan yang perlu adalah dengan mengasingkan makanan hijau dan air minuman yang telah disediakan. Arnab perlu diberi makan kering seperti daun2 kering. Selain itu, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Bagi arnab yang terkena Hemorrhagic Enteritis, tanda2 yang ditunjukkan adalah cirit-birit berdarah. Najis berwarna coklat dan cair. Untuk pemulihan, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Diarrheal Enteritis pula merupakan penyakit yang boleh membunuh arnab yang diternak. Gejala yang ditunjukkan adalah mengeluarkan najis yang cair, berwarna gelap dan berbau busuk. Lazimnya arnab hanya dapat bertahan selama 1 hingga 3 hari sebelum mati. Serangan adalah berpunca daripada bakteria yang akan menghasilkan toksik dan racun. Racun ini akan berkembang di dalam lapisan usus, merosakkannya dan seterusnya arnab menjadi lemah dan mati.
Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mengasingkan arnab2 tersebut serta elakkan daripada memakan dedaun. Pemberian antibiotik perlu dilakukan. Seterusnya pada hari berikutnya penyuapan vitamin dan elektrolit(Nopstress) perlu dilakukan sehingga arnab benar2 sembuh.
Secara umumnya penyakit enteritis ini berpunca daripada pemberian makan yang tidak sesuai atau sering berubah2, terlalu banyak makanan hijau yang basah, perubahan cuaca yang mendadak, kawasan penternakan yang kotor dan anak arnab diasingkan terlalu awal. Pemberian serat kasar yang berlebihan atau berkurangan juga menyebabkan arnab dewasa mudah diserang penyakit ini.
2. Pasteurelosis
Penyakit ini lebih kerap menyerang arnab dewasa berbanding anak arnab. Sama seperti enteritis, penyakit ini juga kerap menyerang sistem pencernaan arnab. Disebabkan oleh serangan bakteria Pasteurella multocida. Serangan bermula dari bahagian atas saluran pencernaan, seterusnya merebak menjangkiti organ lain seperti uterus, testikal dan kelenjar susu.
Langkah pengawalan yang perlu diambil adalah dengan membuang kotoran yang sedia ada dan memastikan sistem pengudaraan berjalan dengan lancar.Pencegahan boleh dilakukan dengan menyuntik vaksin kepada arnab. Vaksin berfungsi meningkatkan daya ketahanan untuk melawan serangan penyakit, meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kematian.
3. Young Doe Syndrome
Seringkali menyerang anak arnab betina yang dilahirkan dalam kelompok kelahiran pertama dan kedua. Ia berlaku disebabkan oleh septisemia di mana pemusnahan tisu secara meluas yang berlaku akibat penyerapan bakteria penyebab penyakit seperti Mastitis. Antara tisu2 yang mengalami kemusnahan adalah tisu2 yang terdapat pada kelenjar susu. Selain itu, ia juga disebabkan oleh serangan bakteria Stapphylorus aureus yang memasuki melalui kelenjar susu atau puting susu yang luka.
Serangan mastitis menyebabkan suhu badan induk semakin meningkat, nafsu makan berkurang, puting susu membengkak dan keras sehingga menyukarkan penyusuan anak.
Selain berpunca daripada jangkitan bakteria, penyakit ini juga disebabkan oleh pemberian makanan yang tidak seimbang. Pemberian makanan yang mengandungi biji-bijian yang tinggi akan mempercepatkan serangan enteritis, lalu berkembang menjadi mastitis dan radang susu. Anak2 arnab akan mati disebabkan kekurangan sumber susu awalan.Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan suntikan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
Program sanitasi juga perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman. Anak2 yang sakit perlu diasingkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin. Ia juga perlu diberi minum Rabbit Milk atau susu kambing.
4. Koksidiosis
Disebabkan oleh serangan parasit (protozoa) yang kerap menyerang bahagian usus atau hati arnab. Pada serangan kronik, arnab2 ini akan mati. Penularan penyakit ini berlaku melalui mulut. Ia disebabkan oleh tindakan arnab memakan atau menjilat makanan, minuman dan bahan lain yang menjadi punca penyakit. Serangan akan lebih teruk pada musim hujan. Kawasan penternakan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik meningkatkan risiko pembiakan organisma penyakit.
Terdapat 2 bentuk serangan, iaitu serangan bersifat akut (intesnital coccidiosis) dan serangan bersifat kronik (hepatic coccidiosis). Serangan kronik akan menyebabkan kematian anak arnab dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas jangkitan.
Antara gejala penyakit yang jelas adalah kehilangan selera makan, badan semakin kurus, letih lesu dan berat badan semakin berkurang. Pergerakan mulut arnab juga menunjukkan ia seakan2 menahan sakit. Najis yang dikeluarkan cair dan mengandungi danrah dan lendir.
Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan ubat2an yang mengandungi sulfa untuk menghalang cirit-birit, seperti, Sulfa Quinoxalin, Trisulfa, Sulfa Strong dan Noxal. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penghalang diarea seperti Tetracycline atau Eludron yang berbentuk ubat titis.
Selain itu, program sanitasi perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan perlu sentiasa dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman(macam den larutan Dettol dan air). Anak2 yang sakit perlu dipisahkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin dan hadkan pergerakan pekerja serta lawatan.
5. Sembelit
Ni kes tak boleh buang air besar dan kandungan air kencing terlalu sedikit. Kelakuan arnab juga pelik kalu kena penyakit ini. Antara penyebab adalah pemberian makanan yang tidak seimbang dengan keperluan air serta serat kasar di dalam makanan kering dicampurkan secara berlebihan di dalam bahan hijau yang diberikan.
Rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan arnab minum air dengan secukupnya. Berikan makanan pellet kepada arnab dan sediakan makanan hijau, sayur2an dan bauh2an mengikut keperluan arnab. Selain itu, lepaskan arnab ke luar sangkar supaya ia boleh bergerak bebas dan menghirup udara segar.
Pastikan rangsum makanan kering dan bahan hijau diberikan mengikut komposisi yang sesuai dan seimbang. Air minuman perlu ditambah dengan vitamin dan garam mineral bagi melengkapkan lagi nutrisi. Sangkar yang sempit perlu diperluaskan atau diganti dengan sangkar yang lebih luas untuk memudahkan arnab bebas bergerak dan tenang.
6. Koreza atau Pilek
Penyakit ni akan menyebabkan arnab bersin yang berpanjangan. Antara gejala yang ditunjukkan adalah hidung mengeluarkan lendir berwarna putih atau keruh, sering menggunakan kaki hadapan untuk menggaru2 hidung, kaki dan bulu pada badannya sentiasa basah, mata sembap, basah dan berair, cam kita gakla bila kena selsema.
Penyebab utama agak sukar dikenalpasti, cam kita jugakla. Sesetengah berpendapat ianya berlaku disebabkan serangan bakteria atau virus (pun macam kita jugak). Ia bersifat mudah menular dan menyerang selaput lendir pada bahagian hidung. Pada serangan serius, virus ini menular dan menjangkiti bahagian tengkorak dan paru2 sehingga menyebabkan arnab mengalami masalah pernafasan.
Cara perawatan adalah dengan menyemburkan larutan antiseptik pada bahagian hidung dan membersihkan sebarang kekotoran yang mengeras dengan menggunakan air sum pada hidungnya. Juga boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik seperti Penicilin atau Anticold.
Penyakit ini mudah merebak di kawasan sangkar yang basah serta peredaran udara yang tidak lancar. Kawalan adalah dengan meningkatkan program sanitasi, mengurangkan kepadatan populasi sesangkar, memberikan makanan dalam jumlah mencukupi dari segi kuantiti dan kandungan gizinya. Pastikan arnab dapat bergerak bebas dan menerima dedahan matahari secukupnya setiap hari.
7. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru2 merupakan penyakit yang menyerang sistem pernafasan arnab. Disebabkan oleh jangkitan bakteria Pasteurella multocida. Gejala yang ditunjukkan adalah sering mengangkat atau mendonggak2kan kepalanya ke atas kerana sukar bernafas, mata dan telinga berwarna kebiruan, kadangkala keluar cecair bernanah dan kotoran yang dihasilkan dalam bentuk cecair.
Penyakit ini kerap menyerang arnab yang mengalami penurunan dalam sistem imun, terutamanya induk yang hampir beranak buat kali kedua atau ketiga. Antara penyebab utama penyakit mudah merebak ialah keadaan sangkar atau reban penternakan yang terdedah dengan aliran udara yang kencang, kelembapan yang tinggi dan pemberian makanan yang tidak seimbang.
Penyakit ini sukar sembuh tetapi rawatan awal dapat meminimumkan serangan kronik. Antara ubatan yang digunakan adalah Penicilin, Oxylin atau Sulfa Strong yang diberikan melalui suntikan.
8. Kudis
Kudis akan menyebabkan arnab mengalami masalah kegatalan pada bahagian badan seperti kepala, mata, hidung, kaki dan keseluruhan badan. Disebabkan oleh jangkitan kutu Sarcoptes scabiei sehingga ia dikenali dengan nama scabesiois.
Kutu ini berbentuk hampir bulat, mempunyai empat pasang kaki. Kutu jantan berukuran 0.2 - 0.24 mm manakala betina 0.33 - 0.6 mm. Kutu yang berkembang-biak akan menghasilkan telur sebanyak 40 - 50 butir.
Serangan kutu betina akan merosakkan lapisan kulit bahagian atas. Kerosakan kulit ini menyebabkan arnab mengalami kegatalan dan luka. Akibatnya, jangkitan kulit berlaku. Kulit akan menjadi kemerah-merahan, bulu semakin gugur dan sering mengalami gatal2 yang berlebihan.
Selain itu, arnab akan bertindak menggaru dan menggosokkan bahagian yang gatal pada permukaan dinding sangkar. Akibatnya kulit mengalami luka, berkudis, badan menjadi semakin kurus, hilang selera makan dan akhirnya mati.
Arnab yang dipelihara dalam sangkar tertutup yang menggunakan lantai tanah lebih mudah dijangkiti kutu ini berbanding dengan yang di dalam sangkar bertingkat (sangkar bateri).
Langkah pengawalan yang sesuai adalah dengan mengasingkan yang dijangkiti kutu ke sangkar kuarantin. Bersihkan sangkar dengan menggunakan larutan pembasmi kuman dengan berhati2. Sangkar perlu dijemur dan dibiarkan kosong selama 15 hari.
Jangkitan yang lebih kronik dicegah dengan mencukur bulu arnab yang mempunyai kudis. Cuci luka akibat kesan menggaru dengan menggunakan air panas. Seterusnya sapukan dengan ubat kudis seperti Caviam atau Scabicid Cream. Rawatan perlu dilakukan 2 kali sehari.
9. Kanser Telinga
Gejala penyakit yang ditunjukkan adalah gatal dan sakit pada bahagian telinga yang mengalami serangan. Arnab juga kerap kali menggoyangkan atau menggelengkan kepalanya, menggosok-gosokkan bahagian daun telinga ke mana-mana permukaan kasar sehingga menyebabkan bahagian tersebut menjadi kemerah-merahan. Cecair yang keluar dari bahagian yang rosak akan mengeras dan seterusnya membentuk kepingan luka. Arnab yang diserang penyakit ini akan kelihatan gelisah dan tidak tenang.
Untuk mengatasi masalah serangan, arnab yang sakit perlu diasingkan ke sangkar lain. Kesemua arnab yang ditempatkan bersama perlu dirawat sebelum jangkitannya bertambah kronik. Bahagian telinga yang dijangkiti perlu disapu dengan ubat pembasmi kutu. Ubat ini disediakan dengan mencampurkan 1 bahagian sodium, 25 ml minyak kelapa dan 10 bahagian alkohol. Ubat ini disapu dengan menggunakan kapas.
10. Ring Worm
Penyakit ini berpunca daripada jangkitan kulat yang membiak di bahagian bawah kulit. Pada peringkat awal serangan, ia akan menyerang bahagian kepala atau kaki dan seterusnya menular ke bahagian badan yang lain. Bahagian yang diserang ditandai dengan bintik-bintik berwarna merah, menyebabkan arnab mengalami kegatalan malah ia boleh menjangkiti manusia.
Akibatnya, bulu2 arnab akan bergumpal dan kusut, mudah gugur, bulu yang gugur akan melekat pada bahagian permukaan badan sehingga akan menutup bulu2 yang lain.Langkah pengawalan dilakukan adalah dengan mencukur bahagian yang diserang lalu dibersihkan dengan menggunakan air sabun. Bulu yang telah dibersihkan perlu dikeringkan serta disapu dengan larutan iodin sehingga sembuh.
Program sanitasi perlu ditingkatkan. Sebarang peralatan dalam sangkar perlu disteril atau disucihama. Peralatan yang tidak boleh digunakan perlu dibakar atau ditanam.
11. Favus
Adalah jangkitan pada kulit kepala disebabkan oleh serangan kulat. Serangan ini menyebabkan bahagian kulit kepala kelihatan bersisik, sisik tersebut berbentuk bulat pipih, merah dan keras. Kulit kepala kelihatan menggelupas dan bulu2 lebih kerap gugur.
Langkah pencegahan yang sesuai dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang sakit menggunakan sabun dan air suam. Kemudian ia perlu dikeringkan. Bahagian yang telah kerin perlu disapu dengan ubat seperti Scabicid Cream.
12. Radang Mata
Sering menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah, terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu di bahagian mata sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas ammonia dan asap.
Bagi mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair pembersih mata dengan menggunakan kapas. Sebarang kotoran yang melekat pada mata perlu dibuang. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chloramphenicol.
13. Cacing
Dikenali sebagai pinworm atau oxyuris. Gejala yang ditunjukkan adalah badan arnab semakin kurus, lemah, pucat, hilang selera makan, bulu kelihatan pucat dan arnab suka menggaru-garukan bulu di sekeliling bahagian dubur. Ia disebabkan oleh serangan cacing yang kecil dan berwarna putih. Ukuran cacing dewasa adalah 1.25 cm. Ia gemar hidup di bahagian usus belakang.
Kadangkala cacing ini ditemui hidup2 di kawasan kotor. Arnab yang sihat akan lebih mudah dijangkiti sekiranya makanan dan minuman yang diberikan mengandungi telur cacing.
Arnab yang diserang perlu dirawat dengan segera. Bahan hijau berupa rumput atau daun2 hijau yang disediakan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Lantai sangkar perlu dibina dengan menggunakan dawai atau jaring untuk mengurangkan penularan penyakit.
14. Kaki Bengkok
Penyakit kaki bengkok atau rachitis merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh masalah kekurangan Vitamin D. Sering meyerang anak arnab dalam peringkat awal pertumbuhan. Vitamin D berperanan dalam membekalkan kalsium dan magnesium yang amat diperlukan dalam proses pembentukan tulang, kuku dan bulu. Kekurangan vitamin D menyebabkan pertumbuhan tulang menjadi tidak sempurna, tulang kaki lemah dan bengkok dan tidak kuat untuk menampung berat badan. Bahagian tulang yang bengkok ini berbentuk seperti huruf O atau X.
Arnab yang dibesarkan di dalam sangkar tertutup kebiasaannya mempunyai risiko kurang meneriama dedahan matahari yang secukupnya. Sumber vitamin D adalah lemak ikan. Minyak ikan diberikan kepada anak arnab sebagai pelengkap dalam pemberian makanan. Minyak ikan ini boleh ditambah di dalam makan konsentrat. Selain vitamin D, konsentrat juga perlu mengandungi sumber nutrisi yang lain seperti kalsium, fosfor dan mangan bagi pembentukan tulang yang kuat.
15. Memakan Bulunya Sendiri
Sekiranya didapati arnab memakan bulunya sendiri, lakukan pemeriksaan dengan segera ke atas makanan yang diberikan. Lazimnya, arnab akan bersikap begini jika makanan yang diberikan tidak mangandungi jumlah protein dan serat kasar yang mencukupi, terutamanya rumput.
Kekurangan protein dan serat kasar menyebabkan selera makan semakin berkurang. Pertumbuhan bulu semakin tidak seragam dan kusut. Berat badannya semakin merosot.
Berdasarkan pengalaman penternak arnab pedaging, didapati banyak bulu bergumpalan di dalam kantung perutnya selepas arnab disembelih. Bulu ini bukan sahaja tidak dapat dicernakan malah ia akan menggangu fungsi sistem pencernaan. Lama-kelamaan arnab akan diserang radang saluran pernafasan.
Tabiat arnab memakan bulu sendiri atau bulu arnab lain boleh diatasi dengan menyediakan makanan yang bernutrisi, lengkap dan dalam jumlah yang banyak cukup untuk pertumbuhannya. Pastikan makanan pallet diberikan mengikut aturan. Makanan lain seperti konsentrat dan bahan hijau perlu diberikan dalam kuantiti bersesuaian.
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Juga dikenali sebagai haiwan pemangsa jika ia bertindak menyerang arnab lain. Selain itu, ia juga akan mencederakan arnab lain dan memakan sesama sendiri. Arnab ini juga suka memakan bulu arnab lain. Arnab yang bersifat kanibal ini mempunyai pandangan mata yang sangat tajam di samping lebih aktif daripada arnab lain. Antara faktor utamanya adalah disebabkan kekurangan makanan atau kandungan gizi di dalam makanan amat rendah serta air minumannya semakin berkurangan.
Induk yang sedang bunting atau menyusukan anak juga boleh bersifat kanibal sehingga sanggup memakan anaknya yang baru lahir akibat kekurangan makanan. Selain itu, faktor kepadatan populasi yang tinggi di dalam satu sangkar akan meningkatkan risiko arnab bergaduh antara satu sama lain. Tindakan menempatkan pelbagai jenis arnab yang mempunyai saiz, pertumbuhan dan keperluan makanan yang berbeza2 juga merupakan sebab arnab bersikap ganas.
Langkah pengawalan terbaik adalah dengan memberikan makanan yang mencukupi, memastikan kepadatan populasi tidak mengganggu pembesaran arnab, tidak mencampurkan arnab yang berlainan saiz dan tidak mempunyai umur yang sama dalam satu sangkar dan menjauhkan arnab2 ini daripada arnab yang bersikap pemarah dan kanibal ini.

Thursday, August 27, 2009

BAKA-BAKA ARNAB

Bermula 8hb. Ogos 2009 maka bermulalah saya dan wife mencari baka yang menarik untuk dibiakkan.

"Fluffy"
(Lionhead cross Dutch)

"Ginger"
(Lionhead cross Dutch)

"Angel"
(Dutch)

"Velvet"
(Dutch cross American Chinchilla)

"Jumpy n Chubby"

(Dutch cross Lion Head)

"Reezky"

(American Fuzzy Lop Ear)

"Winter n Snowy"

(Anggora)

"Bamby n Blacky"

(Local)

Dengan terbelinya kami arnab2arnab di atas, maka, bermulalah kembali episod Penternakan Arnab saya setelah hampir 22 tahun meninggalkannya. Adalah didoakan semoga pelaburan ini dapat membuahkan hasil yang memberansangkan di masa hadapan. Aminn......

Wednesday, August 26, 2009

PEMBUATAN SANGKAR ARNAB

Sepertimana post yang lepas, kos untuk membuat sangkar arnab ni agak tinggi juga. Maklumlah semuanya menggunakan besi. Kos mungkin boleh dikurangkan sekiranya menggunakan kayu sebagai kerangka. Saya memilih besi kerana ianya lebih mudah dikerjakan dan lebih tegap.

So, setelah kesemua barang-barang yang diperlukan telah dibeli, maka bermulalah kerja-kerja membuatnya. Kat sini hanya sikit yang dapat dipaparkan gambarnya coz buat kerja sorang-sorang kul 10.30 malam sampai 2.00 pagi, takda sapa yang nak snape gambar. Jadi nilah saja gambar yang ada.

Kerja-kerja memotong dawai.



Tengah mengukur panjang sangkar sebelum dikelepek.


Kerja-kerja mengkelepek jaring(Macam bunyi lain je "kelepek" ni).

Ni part paling rumit. Sebab dah takda "Clipper", terpaksa guna dawai untuk ikut setiap bahagian. Salah ikat, sangkar boleh senget.

Dah siap layer bawah.

Dah siap dah.

Thursday, August 20, 2009

PENTERNAKAN ARNAB DOMESTIK

Assalamualaikum...
Post kali ini sekadar untuk inform kepada kengkawan yang saya sekarang ini telah mengusahakan projek penternakan arnab lah pulak.
Buat permulaan ni baka-baka diperolehi dari Saudara Joe Medula(Al-Rasya) di Semabok, Melaka iaitu; 2 ekor Melaka Kiut (Lion head) dan local; 1 ekor Lop Ear dari saudara Nizam(Purplerabbit) di Ayer Molek, Melaka; 1 New Zealand Giant dari Zafarin dari Kg. Selemak Ulu, Rembau, N Sembilan dan 2 ekor Local breed dari En. Jamaluddin di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Kesemuanya berumur sekitar 2 bulan.
Serentak dengan itu satu baris sangkar 2 tingkat yang mengandungi 4 cell setiap tingkat telah disiapkan. Setiap satu cell ditempatkan satu ekor arnab sahaja. Sangkar-sangkar baru yang lain masih dalam pembinaan. Buat sendiri je. Berikut dipaparkan kos bagi satu baris sangkar.
Bagi sangkar 8 kaki(244 cm) panjang sebanyak 8 cell dan 2 tingkat (Satu tingkat ada 4 cell). Setiap satu cell berkeluasan - 51 cm panjang ke belakang x 40 cm tinggi x 61 cm lebar. Terpaksa buat saiz ni coz ruang belakang umah sempit. Tinggi dari lantai 46 cm. Tinggi angle ion - 183 cm (6 kaki). Tinggi antara cell terpulang pada empunya, saya punya 31 cm (1 kaki).
1. Jaring 1 x 1 cm = 1.5 gulung - 1 gulung = RM 65.00(Ni rega jaring yang jenis biasa. Nak tahan lama cari yang galvanised punya tapi mahalla RM 110 - 1 gulung)
2. Dawai pengikat 3 gulung(Yang rega rm 1 segulung)
3. Angle Ion - 8 batang (Den guna yang kecik, rega RM 16 sebatang. Kalau yang besar RM 22 sebatang)
4. Nt n bolt - 70 biji (Sebiji - rm 0.15)
5. L holder - 20 keping (Sekeping - rm 0.50)
Base pada yang atas tu. Kosnya :-
1. Jaring - 1 gulung = RM 65.00 + 8 kaki lagi (RM 25.00) semua = RM 90.00
2. Dawai pengikat 3 gulung = RM 3.00
3. Angle Ion 9 batang (kecil) = RM 128.00
4. Nut n Bolt 70 biji = RM 10.50
5. L holder 20 keping = RM 10.00
Total = RM 241.50
Inilah serba sedikit coz yang perlu dikeluarkan bagi membuat satu baris sangkar. Gambar-gambar sangkar dan arnab-arnab yang kiut tu akan saya paparkan pada post yang akan datang.

Wednesday, June 24, 2009

Assalamualaikum,
Post kali ni lebih kepada nak mempromosi Baja Agro Organik saya. Jika ada yang sudi mencuba, janganlah malu atau segan untuk bertanya, walaupun untuk pembelian 1 beg sahaja. Insya Allah saya tak keberatan untuk menjawab.
serta yang ni untuk knowledge;
serta yang ni;
Hubungi atau sms kepada saya jika ada sebarang pertanyaan, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff aka shamza - 012-911 6165.

Wednesday, June 10, 2009

Bagi yang berminat untuk menggunakan Baja Agro Organik dan Agro Pot anda bolehlah datang terus ke :

Alamat Pengeluar, Pembekal dan Pengedar -

Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff
SHAMZA AGRO PRODUCT
No. 13, Taman Bangi Indah
Bt. 6, Jalan Bangi Indah 7
43000 Kajang, Selangor
No. Tel :- 012-911 6165 (Sila hubungi sebelum datang)

Tuesday, June 9, 2009

KEINDAHAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT....

Inilah keindahan dan kekuasaan Allah swt yang sempat saya rakamkan ketika sedang asyik berkebun. Betapa indahnya ciptaanNya itu. Semua ini adalah anugerah dariNya buat hamba-hambaNya merenung disebalik setiap kejadian.....


Nasihat dan pesanan ini ku petik dari blog kawan-kawan yang amat penting kita renungkan.....

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an). Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu
Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.


Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang zahir Dia yang bathin
Yang menghidupkan Yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama: segala dosanya yang lalu akan diampuni,
Kedua : terlepas daripada siksaan neraka,
Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan,
Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat,
Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.,
Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil,
Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga,
Kelapan : dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga,
Kesembilan : dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan,
Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.
* ihsan dari http://alivewire.wordpress.com

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:
1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas)**

Monday, June 1, 2009

RUANG PENGIKLANAN HASIL TANAMAN OLEH KELAB AGRO POT

Assalamualaikum...
Tujuan saya mewujudkan ruangan ini bukannya untuk mencari keuntungan apa-apa, tetapi sekadar sekadar untuk membantu kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk menjual hasil tanaman.
Buat masa ini saya hanya menyenaraikan nama pekebun, hasil tanaman, kuantiti, nombor untuk dihubungi serta lokasi. Sebarang urusan jual-beli, tuan-tuan bolehlah menghubungi terus pengusaha terbabit atau boleh juga melalui saya di 012-911 6165. Seboleh-bolehnya dapatlah dielakkan sebarang penipuan di dalam setiap urusan semoga usaha kita ini mendapat keberkatan dari Allah swt, Insya Allah.
Untuk entry pertama ini, berikut adalah butiran pengusaha yang dapat dihubungi :
1. Encik Azian bin Mohamad
413, Kedai Darau
22000 Jerteh
Trengganu.
No. untuk dihubungi :- 019 - 913 7518, 09 - 697 6062
Tanaman yang diusahakan :
i. Bunga Kantan - 5 ekar (dijangka mengeluarkan hasil sepenuhnya pada bulan September
untuk bekalan sepanjang musim)
ii. Serai - 15 ekar (Dapat mengeluarkan hasil sepanjang tahun)
iii. Pandan Wangi - 8 ekar
iv. Bersedia untuk mengusahakan apa-apa tanaman/sayuran bergantung pada permintaan.

Wednesday, May 27, 2009

Penanaman Cili

Setelah siap beberapa batas, maka bermulalah kerja-kerja menanam. Kami terpaksa skip kerja-kerja membuat batas yang lain disebabkan pada waktu itu, kami perlu mengalih dengan segera pokok-pokok yang sedang berbuah dari kebun di ofis. Ini memandangkan kawasan tersebut perlu dikosongkan segera bagi kegunaan projek.

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, jarak antara pokok bagi kebun kami adalah 2.5 kaki, manakala antara batas 3 kaki untuk memaksimumkan penggunaan tanah.

Manakala untuk medium penanaman kami mencampurkan Baja Agro Organik sebanyak 1 genggam, pasir - 2 genggam dan tanah sedia ada untuk memperbaiki struktur tanah tersebut. Agak memenatkan kerana terpaksa membongkok dan mencangkung sepanjang masa, sampai kekadang nak berjalan pun dah ikut stail 'cimpanzi'.


Memperbaiki media tanaman dengan

campuran Baja Agro Organik, pasir dan tanah batas







Pokok-pokok cili yang telah siap diubah dari kebun di ofis.

Pondok buruk kami dan pam air 1HP.

Inilah serba sedikit yang dapat saya paparkan buat tatapan kengkawan. Mungkin apa yang saya dah buat ni banyak kekurangannya, tetapi inilah sahaja kemampuan kami sekeluarga dan kami tidak berputus-asa walau apapun dugaan dariNya. Kerana sesungguhnya apa yang Allah takdirkan bagi setiap hambaNya pasti ada sesuatu hikmah di sebalik semuanya. Sesungguhnya Allah telah hamparkan rezeki dan rahmatNya di atas dunia ni untuk kita sebagai hambaNya berusaha dan mencari keredhaanNya.

Inilah sahaja buat kali ini, InsyaAllah ada masa lagi saya paparkan gambar-gambar terkini. Kalau ikutkan nak dipaparkan semua, tapi ntah mana salahnya download gambar tadi, habis semua terdelete.

Pergi ke kebun berbekal cangkul,

Parang dan tajak sebagai sisipan,

Niat di hati hendaklah betul,

Barulah Allah makbulkan segala kehendak, doa dan harapan....

Wassallam

Penyediaan Batas

Setelah kerja-kerja pemasangan tiang dan netting siap, maka saya dengan dibantu isteri dan anak-anak mula menyediakan batas untuk penanaman.


Kami terpaksa melakukannya peringkat demi peringkat kerana waktu tu musim hujan dan disebabkan tanah di situ sedikit liat, maka kerja-kerja mencangkul agak sukar. Sekali cangkul, sekali kena hentak cangkul tu disebabkan tanah yang liat melekat pada cangkul. Tergolek-golek jugak kitarang nak berjalan kat tanah yang becak dan licin tu. Dah macam bersawah lak.




Satu row batas kami dapat membuat 40 lubang tanaman dengan jarak 2 kaki setengah antara pokok dan 3 kaki antara batas. Pastu cover ngan silvershine. Dapatlah siapkan 15 row batas dengan anggaran 600 pokok cili. Manakala di bahagian depan kami reserve kan untuk eksperimen tanaman-tanaman lain yang mana jumlah keseluruhan pokok yang dapat ditanam berjumlah 900 pokok. Tu belum dikira dibahagian kiri-kanan yang kami tanam pokok pisang bagi teduhan dan hadangan angin yang agak kuat di sini.





Untuk tanah kebun ni bagi tanaman utama, saya usahakan tanaman cili kulai dan cili padi. Manakala terung, rock melon, pisang, kunyit, halia dan serai sebagai tanaman sampingan. Bagi saya keadaan ini perlu bagi memastikan kita tidak terjerat sekiranya harga sesuatu sayuran tu menjunam.