Pengenalan
Arnab tergolong dalam haiwan ternakan jenis pseudo-ruminant iaitu haiwan herbivor yang tidak dapat mencernakan serat-serat yang diperolehi daripada makanannya dengan baik.
Makanan tersebut dicernakan melalui proses fermentasi yang berlaku di dalam ususnya. Proses fermentasi (fermentation) atau penapaian merujuk kepada proses pencernaan yang berlaku melalui tindakbalas kimia dengan bantuan enzim2 yang tertentu (specific enzyme) sehingga dapat menguraikan makanan kompleks ke dalam bentuk yang mudah dicernakan. Enzim2 ini dihasilkan oleh oraganismeseperti lumut, bakteria dan yis. Proses ini berlaku di bahagian sekum (caecum) iaitu kantung yang terletak di persimpangan antara usus kecil dan usus besar. Proses ini melibatkan 50% daripada kapasiti keseluruhan saluran pencernaan.
Selepas berumur 3 minggu, arnab mula mencernakan semua makanannya sehingga hancur, secara terus daripada anus (proses ini dikenali sebagai caecotrophy) tanpa melibatkan sebarang pengunyahan. Kotoran (fesus) ini terdiri daripada konsentrat bakteria yang dibaluti oleh mukus.
Walaupun memiliki bahagian sekum (caecum) yang besar, arnab tidak mampu mencernakan makanannya secara semulajadi, di mana daya pencernaannya sekitar 10% sahaja.
Menurut Parker (1976), asid2 lemak yang meruap (VTA = volatile fatty acids) hasil fermentasi oleh organisma atau mikrob tertentu di dalam sekum menyumbangkan 30% tenaga yang diperlukan untuk proses pemeliharaan. Selain itu, arnab juga mampu mencernakan protein pada kadar yang sama dan menguraikan eter pada kadar lebih tinggi daripada haiwan herbivor lain. Ini berikutan dengan sifat semulajadinya yang akan memakan kotorannya sendiri (caecotrophy).
Kemampuan arnab mencernakan serat kasar (ADF = acid detergent fibre) dan lemak lain semakin bertambah apabila ia berumur 5 ke 12 minggu. Pencegahan caecotrophy semasa ia berumur 6 ke 8 minggu boleh meyebabkan pertumbuhan dan daya pencernaan arnab semakin menurun dari 77% menjadi 60%.
Komposisi fesus atau kotoran yang dihasilkan oleh arnab berbeza dengan fesus haiwan ternakan lain. Fesus yang dihasilkan lebih cair atau lembut dan diselaputi mukus. Ia terdiri daripada bahan kering (31%) dan protein yang tinggi (28.5%). Fesus juga mengandungi banyak vitamin B.
Menurut Kautson dkk. (1977) populasi organisme kecil atau mikrob di dalam sekum sangat aktif dan akan menggunakan keseluruhan nitrogen dari urea yang diperolehi dari tanah. Urea ini akan menghasilkan protein pada kadar tinggi sehingga mampu menguraikan bahan makanan sehingga membentuk fesus yang lembut.
Menurut Spreadbury (1978), anak arnab yang telah dipisahkan (disapih) daripada induknya dengan berat 1 kg akan menghasilkan 28 gram fesus yang mengandungi 3 gram protein setiap hari. Fesus juga mengandungi 0.35 gram nitrogen yang berasal dari bakteria atau sama dengan 1.3 gram protein.
Beberapa kajian yang dilakukan membuat kesimpulan faktor arnab mempunyai daya pencernaan yang rendah adalah disebabkan oleh waktu pemindahan (transit) bahan2 berserat yang terlalu cepat di dalam sistem pencernaannya. Selain itu, arnab tidak memiliki perut rumen seperti ternakan ruminan lain.....
Makanan Arnab Liar
Umumpun tahu apa yang dimakan dek arnab liar ni. Kalau di habitat asal dia, arnab liar ni main belasah je apapun, tapi dia tetap mempunyai instinct apa yang leh dimakan dengan yang takleh dimakan.
Kebiasaannya, arnab hanya memakan makanan di atas tanah yang berwarna hijau seperti rumput2, biji-bijian dan makanan berumbi. Makanan2 ini mampu membekalkan sumber tenaga, vitamin dan garam mineral untuk keperluan arnab ni. Kebiasaannya arnab akan membuat sarang di tempat yang mempunyai sumber makanannya, coz arnab hanya akan mengingati jalan kembali ke sarangnya dalam radius 500 ke 600 meter je dari sarangnya. Jika melebihi dari jarak tersebut, arnab mempunyai tendency untuk membuat sarang baru. Kebiasaannya arnab akan hanya berkeliaran sekitar 100 meter dari sarang utama, kecuali sumber makanan telah kehabisan.
Makanan Arnab Ternakan
Arnab peliharaan amat memerlukan penjagaan dan pembekalan makanan yang secukupnya daripada penternak. Penternak disarankan agar tidak memberikan sisa-sisa makanan kepada ternakannya, seperti makanan2 yang telah basi dan sebagainya.
Dalam penternakan secara intensif, makanan pellet merupakan makanan utama yang diberikan. Makanan berbentuk hijau hanya diberikan mengikut keperluan sahaja. Makanan hijau adalah seperti rumput, sayur2an atau daun2. Selain itu, ia juga boleh diberikan makanan tambahan seperti konsentrat, rumput kering(hay) dan biji-bijian.
Makanan Pellet
Ia berbentuk pellet atau untilan keras yang mempunyai garis pusat 4 mm dan panjang 2 ke 3 cm. Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum. Bagi induk betina dewasa, jumlah diperlukan adalah 120 g/hari/ekor, penjantan dewasa 60 g/hari/ekor, manakala bagi anak arnab sebanyak 50 ke 100 g/hari/ekor.
Makanan Hijau
Penternak di kalangan tradisional banyak mengamalkan kaedah ini. Sumber makanan hijau yang diberikan adalah rumput2, sisa2 sayuran (kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu), dedaun sepeerti daun kembang sepatu, sesbania, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun dan batang jagung, daun betik, daun talas dan sebagainya.
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit-birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi (sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diuraikan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.
Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.
Rumput Kering atau Rami (Hay)
Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awetan yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara bertahap sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.
Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. Daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.
Biji-bijian
Berfungsi sebagai sumber makanan yang dapat meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.
Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.
Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.
Umbi-umbian
Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.
Konsentrat
Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya.
Makanan Seimbang
Jumlah makanan dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.
Bagi seekor arnab dewasa, ia memerlukan sebanyak 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, manakala bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25 hingga 50%.
Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, iaitu; bagi arnab muda yang berumur 2 hingga 5 bulan dengan berat dianggarkan 2 hingga 4kg, memerlukan 180 hingga 200 gram konsentrat sehari. Manakala, bagi seekor arnab dewasa dengan berat 5kg, memerlukan sebanyak 160 hingga 180 gram sehari dan bagi yang sedang bunting atau menyusukan anak memerlukan 200 hingga 250 gram konsentrat sehari.
Komposisi Makanan Arnab
Bagi :
Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang dalam tempoh pembesaran -
Protein - 14 ke 18% : Lemak - 3 ke 6% : Serat - 15 ke 20% : Abu - 5 ke 6%
Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa -
Protein - 12 ke 14% : Lemak - 2 ke 4% : Serat - 20 ke 28% : Abu - 5 ke 6%
No comments:
Post a Comment