CARA-CARA PEMBIAKAN ARNAB
Arnab dewasa yang telah mencapai tahap kematangannya boleh dibiakkan berdasarkan sistem pengurusannya, iaitu untuk tujuan pembiakan baka, memanfaatkan bulunya atau pengeluaran daging.
Sebaiknya arnab dibiakkan apabila telah mencapai tahap kematangannya. jika arnab dibiakkan pada umur terlalu muda atau belum mencapai tahap kematangannya, anak-anak yang dilahirkan akan rosak dan tidak produktif. Pejantan yang dikahwinkan dalam usia yang terlalu muda akan menyebabkan anak yang lahir menjadi kerdil. Selain itu, ia juga boleh menggagalkan proses perkahwinan dan induk betina gagal untuk bunting(den dah kena). Walaupun jika berjaya dibuntingkan, anak yang dilahirkan lemah atau cacat.
Sebaliknya, penggunaan pejantan yang telah tua juga seringkali menggagalkan proses pembiakan juga.
TANDA-TANDA BERAHI/PIANTAN BIANG
Lazimnya tanda-tanda berahi/biang menunjukkan masa mengawan kedua-dua induk yang telah matang. Jangkamasa berahi arnab tidak tetap. Ada yang telah matang, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan mengawan.
Induk betina yang sedia untuk dikahwinkan akan menunjukkan tanda-tanda berahi yang jelas seperti sentiasa berada dalam keadaan gelisah. Sekiranya tidak ditempatkan ke sangkar pejantan, ia akan berusaha untuk bergabung dengan pejantan yang terdapat dalam sangkar berdekatan. Ia akan menggosok-gosokkan dagunya pada sesuatu atau sesama induk yang lain. Vulvanya(kemaluan) akan basah dan berwarna merah jambu atau merah.
Apabila warna vulvanya berubah, ia menunjukkan induk tersebut berada dalam tempoh subur. Jika warna tersebut bertukar menjadi putih atau pucat, ia menandakan bahawa proses pembiakan tersebut akan mengalami kegagalan, bahkan meningkatkan risiko induk dan pejantan berkelahi. Langkah yang perlu diambil adalah dengan menangguhkan proses tersebut selama 2 hingga 3 hari atau sehingga vulva induk tersebut berubah warna semula.
Sekiranya induk yang subur tidak segera dikahwinkan selepas dikenalpasti tanda-tandanya, sel-sel telurnya masih tetap subur sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Selepas itu, kesuburannya akan beransur-ansur kurang.
Sel-sel telur akan disenyawakan sekiranya terdapat rangsangan pejantan semasa proses perkahwinan. Sel-sel telur yang telah matang akan turun selepas 10 jam disenyawakan. Sekiranya proses perkahwinan dilakukan dalam tempoh 8 jam selepas itu, sel-sel telur yang lain turut dapat disenyawakan kerana proses persenyawaan akan berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 hari selepas evulasi. Tetapi, untuk tujuan komersial, keadaan ini tidak digalakkan kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm
4 years ago
No comments:
Post a Comment