SELAMAT DATANG

Monday, November 30, 2009

Sambungan Info Berkenaan Arnab

Perkembangbiakan arnab akan lebih teratur jika proses kelahiran terancang. Umumnya, induk arnab akan beranak selepas 31 hingga 32 hari iaitu apabila proses perkahwinan antara induk dan pejantan berjaya dilakukan. tempoh bunting mengambil masa selama 28 hingga 35 hari.

Bagi arnab bersaiz sederhana (berat arnab dewasa dalam 4kg), dapat dikembangbiak selepas ia berumur 6 hingga 7 bulan. Tempoh bunting adalah sekitar 31 hari. Induk akan menjaga anaknya selama 56 hari (tempoh antara kelahiran sehingga cerai susu). Dengan data ini, kita boleh merancang program pembiakan arnab agar induknya dapat melahirkan anak dengan kekerapan 4 kali dalam setahun. Formula yang digunakan adalah seperti berikut :

1. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
2. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
3. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
4. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
---------------------------------------------------------------------------------
Jumlah = 348 hari

Dianggarkan bagi satu kelahiran, sebanyak 6 ekor anak akan dilahirkan, bermakna setahun sebanyak 24 ekor anak dilahirkan (6 ekor X 4 kali pembiakan).

Dengan memendekkan tempoh masa menyusukan anak, iaitu daripada 56 hari kepada 28 hari, kekerapan beranak atau melahirkan anak dapat ditingkatkan menjadi 8 kali setahun. Oleh itu, jumlah anak arnab yang dapat dihasilkan dalam setahun adalah sebanyak 48 ekor (6 ekor X 8 kali pembiakan). tetapi kaedah ini kurang digalakkan bagi menjamin kelangsungan induk dan pemeliharaan genetik.

Dalam kegiatan penternakan arnab komersial, arnab betina sesuai dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses penceraian susu. Jangkamasa ini dapat menjamin keberhasilan program pembiakan arnab berlaku selama 8 kali dalam setahun. Walaupun jumlah karkasnya akan berkurang, peratusan karkas anak arnab ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak arnab yang dipisahkan selepas 42 hingga 56 hari. Proses pemisahan/penyapihan yang lebih awal membolehkan induk mengawan dan dikahwinkan semula dan membolehkan bilangan anak arnab bertambah dengan banyak dalam tempoh setahun.

[B]Jangkamasa Induk Dikahwinkan Semula dan Pemisahan Anak

Kahwin Pemisahan Jarak Antara Jumlah Anak
Selanjutnya Kelahiran Arnab/Induk
(hari) (hari) (hari) /Tahun[/B]

14 28 45 8
21 35 52 7
28 42 59 6
42 56 73 5

Sumber : James Blakely & David H. Bade, 1992

No comments:

Post a Comment