Assalamualaikum.......
Berikut diringkaskan segala aspek berkenaan pembiakan arnab........
1. Bagaimanakah cara arnab dibiak?
Masukkan arnab betina ke sangkar pejantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai sikap menguasai kawasannya (territorial behaviour) dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab tantan tersebut. Masa mengawan antara 1 ke 5 minit sahaja. Kemudian arnab betina perlu diasingkan semula. Jangan tinggalkan arnab betina bersama pejantan lebih dari tempoh mengawan.
Lakukan proses mengawan di awal pagi atau lewat petang. Elakkan pada waktu tengahari kerana akan mengurangkan kadar kesuburan.
2. Kekerapan mengawan.
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengamalkan 2 kali sehari dan direhatkan selama 3 hari, keadaan ini boleh ditingkatkan secara perlahan-lahan kepada sekali sehari.
Penggunaan pejantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan, di samping menjejaskan keupayaan seksualnya.
3. Bilakah ibu arnab yang telah beranak boleh dikahwinkan semula?
Dalam keadaan semulajadi(liar), arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24 ke 48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan untuk penternakan komersial, kerana arnab betina tidak dapat digunakan dengan lebih lama.
dalam penternakan komersial, arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses anak bercerai susu.
4. Bagaimanakah cara untuk memastikan proses pembiakan telah berlaku dengan sempurna?
Keadaan dapat dikenalpasti apabila pejantan memanjat arnab betina untuk seketika sambil melakukan penetration dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan menggelungsur ke belakang, sebelah atau terlentang.
5. Berapa lamakah induk bunting dan apakah tanda-tandanya?
Tempoh bunting adalah antara 29 ke 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini, kotak beranak boleh diletakkan sebagai tujuan penyesuaian.
Tanda-tanda arnab hampir beranak jelas kelihatan pada hari 27 ke 29 di mana ia berada dalam keadaan gelisah dan kemudian mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Dalam keadaan ini arnab perlu dibiarkan sendirian dan jangan diganggu, melainkan untuk penukaran kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
6. Bagaimanakah mengesan bunting palsu?
Keadaan ini boleh dikesan pada hari ke 12 hingga 17. Pada masa ini arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, ia hendaklah dikahwinkan semula.
7. Bagaimanakah keadaan anak arnab yang baru dilahirkan?
Pastikan anak-anak arnab berada di dalam kotak sarang untuk mengelakkan kesejukan. Apabila sudah memegang anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya untuk mengelakkan ibunya daripada menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak berbulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga 10.
Pada waktu ini makanan utamanya adalah susu ibunya. Sehinggalah pada umur 14 ke 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak dan mula cuba memakan pellet.
8. Bilakah masa ibu arnab menyusukan anaknya?
Kebiasaannya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak 2 kali sahaja. Yang paling mustahak adalah pemberian susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali ke 2 kali sehari, keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi pada waktu siang. Keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia adalah normal.
9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bilangan anak arnab melebihidari bilangan puting susu ibunya?
Pada kebiasaannya puting susu ibunya ada lapan. Jika anaknya melebihi dari bilangan puting, ianya perlu diberikan kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah melahirkan anak dalam masa 48 jam selepas anak itu lahir. Anak arnab ini perlu ditandakan untuk pengecaman.
Kemudian sapukan apa-apa wangian kepada ibu arnab dan semua anak-anaknya yang berada di dalam kotak. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya diberikan pada hari pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 ke 4 minggu.
10. Bilakah anak-anak arnab perlu dicerai susu?
Anak arnab dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila berumur sebulan dan sebaik-baiknya 7 minggu.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan samada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatat dari semasa ke semasa.
Pengasingan perlu dilakukan dengan meletakkan anak yang hendak dijadikan baka di dalam sangkar individu atau 2 ekor sesangkar. Anak-anak yang tidak terpilih boleh disimpan di dalam sangkar secara kumpulan selama 30 ke 45 hari lagi.
11. Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat, manakala arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.
12. Kadar pemberian makanan rangsum pelet arnab.
Bagi Induk (betina dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 120 gm/hari/ekor
Bagi Pejantan (jantan dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 60 gm/hari/ekor
Bagi Anak Arnab (1 ke 2/3 bulan) - Kuantiti yang diperlukan 50 ke 100 gm/hari/ekor
Daun hijau hendaklah diberikan secara bebas sebagai makan tambahan.
Sekian saja untuk kali ini............Wassallam.......
POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm
4 years ago
boleh tunjukkan cara pemakanan ANAK ARNAB. bila usia dia mencecah 2 minggu, dan seterusnya.....
ReplyDeleteKenapa baby arnab saya ni jalan terjongkang-jongket hah????? (BLH BALAS CEPAT?????)