SELAMAT DATANG

Tuesday, June 9, 2009

KEINDAHAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT....

Inilah keindahan dan kekuasaan Allah swt yang sempat saya rakamkan ketika sedang asyik berkebun. Betapa indahnya ciptaanNya itu. Semua ini adalah anugerah dariNya buat hamba-hambaNya merenung disebalik setiap kejadian.....


Nasihat dan pesanan ini ku petik dari blog kawan-kawan yang amat penting kita renungkan.....

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Qur’an). Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: “Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:

La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu
Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.


Ertinya:

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal Dia yang akhir
Dia yang zahir Dia yang bathin
Yang menghidupkan Yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama: segala dosanya yang lalu akan diampuni,
Kedua : terlepas daripada siksaan neraka,
Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan,
Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat,
Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.,
Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil,
Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga,
Kelapan : dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga,
Kesembilan : dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan,
Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu”.
* ihsan dari http://alivewire.wordpress.com

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:
1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas)**

No comments:

Post a Comment