Terdapat 3 program penyilangan yang kerap dilakukan oleh para penternak iaitu:
1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)
2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)
3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)
1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)
Pembiakbakaan kacuk atau pembiakbakaan luar (Out Breeding) merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang tidak memiliki sebarang hubungan darah iaitu dari baka yang berbeza-beza. Bertujuan untuk mendapatkan sifat-sifat baka yang lebih baik daripada kedua-dua induk dan pejantan tersebut.
Proses pembiakan ini akan menyebabkan anak2 yang dilahirkan cenderung mewarisi sifat-sifat yang sama seperti baka tertua daripada keturunan induknya.
2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)
Merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang mempunyai hubungan darah yang rapat seperti mengahwinkan pejantan dengan anaknya, induk dengan anak, antara anak2 arnab dari induk dan pejantan yang sama dan sebagainya. Program ini pada kebiasaannya akan melahirkan anak-anak yang tidak berkualiti. Sebahagian besar daripada anak yang dilahirkan mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada kedua-dua induknya. Kaedah ini memerlukan proses pemilihan baka yang ketat dengan penekanan kepada kualiti induk yang dipilih. Pada kebiasaannya, baka yang berkualiti dapat menghasilkan keturunan yang baik selama 9 hingga 10 generasi.
3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)
Merupakan program yang telah diubahsuai daripada program pembiakbakaan dalam. Induk dan pejantan yang dipilih perlu dari baka yang sama tetapi tidak mempunyai hubungan yang rapat. Salasilah atau susur galur keturunan perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum pemilihan dilakukan.
Sifat dominan induk akan menjadi sifat unggul yang perlu diwarisi oleh anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan sifat dominan yang stabil. Pembiak perlu mengaplikasikan teknik kaedah cuba jaya dalam proses perkahwinan. Proses ini tidak akan dilakukan sekali, sebaliknya ia akan berlangsung secara berterusan sehingga pembiak dapat mengenalpasti induk dan pejantan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan stok induk dan stok induk tuai.
POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm
4 years ago
No comments:
Post a Comment