Pokok Melaka | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
Cicca emblica Kurz Emblica officinalis Gaertn. Mirobalanus embilica Burm. Phyllanthus mairei Lév. |
Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:
- bahasa Sanskrit: amalaka
- bahasa Hindi: amla
- bahasa Tamil: nelli
serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.
Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka
memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka
berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka
menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.
Morfologi
Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut
berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan
tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam,
dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar
menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan
mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.
Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.
Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.
No comments:
Post a Comment