SELAMAT DATANG

Tuesday, June 26, 2012

POKOK KELAPA MATAG

Kelapa MATAG

Coconut green.JPG
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Arecales
Keluarga: Arecaceae
Genus: Cocos
Spesies: C. nucifera
Nama binomial
Cocos nucifera 'MATAG'

Kelapa MATAG (Cocos nucifera 'Matag') merupakan kultivar kelapa yang disyorkan untuk tanaman di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia.[1] Kelapa ialah dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae merupakan tumbuhan pelbagai guna dari bahagian batang, daun, dan buahnya iaitu sabut, air kelapa, tempurung dan isinya oleh manusia terutama di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik. Sebut sahaja kelapa maka akan terbayang pokok yang tumbuh menegak tanpa cabang dengan daun yang banyak jejari dan lazimnya ditanam di kawasan tanah persisir pantai.

Di Malaysia terdapat beberapa varieti kelapa yang tumbuh sendiri atau ditanam secara komersil semenjak dahulu yang dikenali dengan varieti 'Malayan Tall'. Terdapat seluas 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak 527,650 metrik tan yang bernilai sekitar RM 264 juta. Walaupun keluasan tanaman kelapa telah berkurang daripada 121,011 hektar pada tahun 2005 (kurang hampir 10,000 hektar), tetapi pengeluaran kelapa masih ditahap memuaskan dari 538,807 mt kepada 527,650 sahaja. Ini kerana penanaman kelapa matag dipercayai meningkatkan hasil pengeluaran setiap hektar.

Kelapa matag adalah nama singkatan bagi kacukan antara varieti kelapa 'Malayan Tall' dangan kelapa 'Tagnanan' yang dicantumkan menjadi 'MATAG'.[2]Industri tanaman kelapa di Malaysia merupakan satu industri penting dikalangan petani yang menyumbang kepada sosio-ekonomi untuk pembasmian kemisikinan terutamanya pekebun kecil kelapa. Kebanyakan mereka mananam kelapa varieti 'Malayan Tall' yang telah tua dan tidak produktif lagi dengan penghasilan yang sangat rendah. Seramai lebih 80,000 petani dilaporkan terlibat dengan penanaman kelapa pada 2010 dengan keluasan mencapai 110,000 hektar terutama di beberapa kawasan seperti di Johor, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka kini telah mula mengubah tanaman kelapa kepada tanaman lain seperti kelapa sawit dan dusun campuran kerana jaminan pendapatan yang lebih elok berbanding kelapa sahaja. Bagaimanapun pengenalan varieti kelapa 'Matag' telah membantu mengekalkan penanaman kelapa di sini kerana permintaan kelapa yang terus meningkat.

Isi kandungan

Penanaman

Penanaman kelapa matag telah mula dikomersilkan di sebuah estet swasta di Perak dengan keluasn sekitar 2,200 hektar semenjak dulu dan mampu mengeluarkan beratus juta biji kelapa setahun. Ladang Jendarata milik United Plantation menanam kelapa ini untuk pengeluaran kelapa segar dan juga merupakan satu-satunya pengeluar anak benih tulen kelapa 'Matag' di Malaysia secara komersil. Jabatan Pertanian juga ada mengeluarkan benih kelapa 'Matag' yang tulen dari beberapa stesen kelapa. Pada satu masa dahulu Ladang Jenderata membekalkan sebanyak 66% daripada jumlah keperluan penanaman kelapa 'Matag' kepada Jabatan Pertanian dalam 'Program Penanaman Semula Kawasan Kelapa'. Pada peringkat awal, kos bagi pembelian anak benih kelapa 'Matag' cuma RM 6.50 sepokok dan kemudian telah meningkat kepada RM 15.00 sepokok 2-4 tahun lalu dan kini pada tahun 2012 telah mencecah kepada RM 22.00 sepokok. Permintaan yang tinggi, kos pengeluaran yang meningkat dan keadaan cuaca yang banyak hujan menyebabkan peratusan kejayaan untuk mendapatkan anak benih kelapa 'Matag' rendah menyebabkan kos jualan anak benih kelapa ini telah banyak meningkat.
Anak benih tulen merupakan asas kepada kejayaan penanaman kelapa 'Matag'. Petani perlu mendapatkan bekalan anak benih 'Matag' daripada pembekal sah yang mampu menyediakan benih tulen iaitu Jabatan Pertanian dan Ladang Jenderata (UP) sahaja. Walaupun ada nurseri swasta yang mendakwa mempunyai anak benih kelapa matag, ia perlu diawasi kerana peratus kejayaan proses pendebungaan kelapa matag sekitar 45-50% sahaja yang menjadi kelapa matag. Manakala 50% lagi mungkin tidak menjadi kelapa matag tetapi jadi kelapa MRD atau Tagnanan atau lain-lain.
Penyediaan anak benih kelapa matag adalah menggunakan debunga dari pokok varieti 'Tagnanan' (tinggi) dengan pokok varieti 'Malayan Red Drawrf' (MRD) atau 'Malayan Yellow Dwarf' (MYD) yang rendah dan renek. Debunga Tagnanan disembur kepada bunga betina MRD/MYD dan ditutup rapat. Lazimnya selepas setahun baru akan dapat anak benih matag selepas proses menakai (culling) pokok yang bukan jenis matag.
Jarak penanaman kelapa matag adalah mengikut jenis tanah tetapi lazimnya sekitar 8.1 meter x 8.1 meter dengan kadar kepadatan sebanyak 178 pokok sehektar. Pokok kelapa memerlukan 100% cahaya matahari untuk memberikan hasil yang optima. Sediakan lubang penanaman dengan ukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m sebelum menanam dan berikan baja organik dan 200 gram baja Fosfat digaul kedalam lubang penanaman. Penanaman kelapa sering diintergrasikan dengan tanaman selingan seperti pisang, nanas, tanaman kontan seperti jagung, sayur-sayuran, keledek, keladi dan sebagainya. Kaedah ini akan memastikan petani mendapat pendapatan lebih cepat sementara menunggu pokok kelapa matag berbuah. Aktiviti penternakan seperti menternak ayam, kambing atau lain-lain yang sesuai juga digalakan dalam program pemulihan kawasan kelapa oleh kerajaan. Program pembajaan kelapa matag diberikan sebanyak 1 kg sepokok dengan NPK 15:15:15 pada tahun pertama dan ditambah kepada 1.5 kg/pokok pada tahun kedua dan seterusnya. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan sebanyak 5 kg/pokok/ tahun setelah pokok mula berbuah pada tahun keempat atau tahun kelima. Pengapuran sebanyak 2-3 mt/ha/ tahun disyorkan untuk diberikan terutama dikawasan tanah persisir pantai.

Penyakit dan perosak

Masalah serangan kumbang tanduk (Oryctes rhinocerous) merupakan ancaman peringkat awal penanaman yang perlu dikawal. Kumbang tanduk yang masuk ke dalam anak pokok yang baru ditanam akan memakan umbut dan menyebabkan pokok akan mati jika tidak dikawal. Kawalan dengan cara manual (musnahkan perumah) atau gunakan racun yang sesuai seperti carbofuran. Perosak lain tanaman kelapa seperti kumbang jalur merah (Rynchoporus schach) yang juga serangga merosakkan batang dan pucuk kelapa matag dikawal dengan racun monocrothopos atau metamidophos (5-10 mL/pokok) iaitu cara suntingan batang pokok. Masalah lain ialah seperti serangan ulat beluncas, ulat pengorek daun (Artona catoxantha) dan beberapa perosak lain.

Penuaian

Kelapa Matag lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding dengan varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada iaitu petani boleh mengutip hasil buah kelapa seawal 3-4 tahun selepas penanaman. Berdasarkan laporan penilaian yang dibuat Jabatan Pertanian mendapati seluas lebih 67 hektar kelapa matag ditanam di Perak, Johor dan Selangor pada tahun 2009 dimana melibatkan sebanyak 17,000 pokok dibuat kajian. Kebanyakan petani menanam dengan tanaman selingan seperti pisang, herba, koko, sayur-sayuran malahan ada yang menanam di celah-celah kelapa sawit. Kajian tersebut menyatakan sebanyak 992,120 biji kelapa telah dihasilkan dengan produktiviti pengeluaran hasil kelapa matag sebanyak 9,532 biji/ha/tahun (umur pokok 7 tahun), sebanyak 12,941 biji/hektar/tahun (umur 8 tahun) dan sebanyak 23,757 biji/hektar / tahun (umur pokok 9 tahun). Purata penghasilan bagi ketiga-tiga tahun tersebut adalah sebanyak 14,937 biji/hektar /tahun. Hasil pengeluaran terus meningkat saban tahun dengan penjagaan yang baik.

Potensi

Malaysia masih merupakan pengguna tegar produk kelapa untuk kegunaan harian. Banyak menu makanan harian menggunakan asas produk santan kelapa seperti nasi lemak, masakan kari, kuih muih, masak lemak cili padi, masak lemak putih dan bermacam lagi jenis masakan. Santan segar atau santan siap proses kini terdapat dipasaran dengan harga yang berpatutan. Keperluan produk kelapa di musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bertambah berlipat kali ganda untuk masak rendang serta lain-lain menu menyebabkan berlaku pengimportan buah kelapa dari negara jiran (terutamanya dari Indonesia) untuk menampung kekurangan ini. Program menambahkan kawasan atau menanam varieti kelapa baru seperti kelapa matag dijangka dapat memenuhi keperluan kelapa untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.


POKOK GAJUS

 

Pokok Gajus

Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada pangkat) Eudicots
(tiada pangkat) Rosids
Order: Sapindales
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Anacardium
Spesies: A. occidentale
Nama binomial
Anacardium occidentale
L.
Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung [1] adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale [2] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.
Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.

Isi kandungan

Ciri-ciri botani

Lukisan botani gajus.

Ia pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, uart daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan. Bunga kecil, terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah jenis nat, berbentuk ginjal, keras, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung buah yang disangka buah berwarna kuning atau merah setelah matang.

Khasiat

Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur.[perlu rujukan] Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.[perlu rujukan]
Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah.[perlu rujukan]

Galeri

POKOK PETAI


Pokok Petai
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: [[Fabaceae]]
Genus: Parkia
Spesies: P. speciosa


Julaian buah petai.


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Isi kandungan

Terminologi

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.[1]

Ciri fizikal

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)
Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.
Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[2]

Pembiakan

Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.
Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Jenis petai

PETAI

POKOK CERMAI


CERMAI
Buah cermai
Buah cermai
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Keluarga: Phyllanthaceae
Tribe: Phyllantheae
Subtribe: Flueggeinae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. acidus
Nama binomial
Phyllanthus acidus
(L.) Skeels.
Sinonim
Phyllanthus distichus Müll.Arg.
Cicca acida
Merr.
Cicca disticha
L.
Averrhoa acida
L.
Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk. Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat.

Isi kandungan

Ciri-ciri botani

Pokok kecil setinggi 3-9 m. Batang tidak banyak percabangan. Daun tunggal, berbentuk bujur telur, susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk, pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan. Bunga majmuk, mempunyai jenis jantan, betina atau dwijantina (hermafodit), berwarna merah jabmu, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari batang dan dahan. Buah berbentuk bulat berlekuk enam, kulit berwarna kuning, warna isi kekuningan, dan rasa masam.

Khasiat

Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C.
Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.[perlu rujukan] Buahnya pula dapat merawat sembelit.

Galeri

POKOK MELAKA


Pokok Melaka
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Phyllanthaceae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. emblica

Sinonim lain
Cicca emblica Kurz
Emblica officinalis Gaertn.
Mirobalanus embilica Burm.
Phyllanthus mairei Lév.



Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:
serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.
Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.

Morfologi

Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.
Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.
Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

LONGAN BERLIAN DAN LONGAN PING PONG


LONGAN BERLIAN DAN LONGAN PING PONG



Serba sedikit tentang longan berlian;
  • Berasal daripada Thailand
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Mengeluarkan hasil yang lebat selepas 4 tahun ditanam
  • Saiz buah sederhana tetapi lebat
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan cahaya matahari yang mencukupi
  • Pokok rendah dan penjagaan pun mudah

Serba sedikit tentang longan pingpong;
  • Berasal daripada Vietnam
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Buah besar hampir menyamai saiz bola pingpong
  • Pokok rendah/renek
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan air yang cukup dan baja organik untuk mendapat hasil yang baik
  • Memerlukan cahaya matahri yang mencukupi

Thursday, June 14, 2012

LOKASI MENIAGA POKOK DEN SETIAP HARI


Assalamualaikum......

Lama rasanya dah tak menjenguk ke CC dan seterusnya blog. Sibuk dengan anak kecil satu perkara, sibuk meniaga dan meyemai pokok seperkara lagi.

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan beralih semula ke bidang pertanian, khususnya AGROBIZ, keadaan ekonomi keluarga beransur-ansur pulih dan sambutan ke atas pembekalan anak-anak benih pokok semakin berkembang. Kini, hampir setiap hari den keluar meniaga untuk memastikan kesinambungan pasaran dan mengukuhkan ekonomi keluarga.

Berikut ini, den ingin memaklumkan lokasi-lokasi yang biasa den meniaga setiap hari bagi memudahkan pelanggan-pelanggan berjumpa dan mendapatkan bekalan.

ISNIN - PASAR PAGI PEKAN BANGI LAMA - 8.00 A.M. - 11.30 A.M.

SELASA
DAN RABU - PASAR BASAH PEKAN SEMENYEH - 8.00 A.M. - 11.00 A.M.

KHAMIS - PEKAN BANGI LAMA - 8.00 A.M. - 11.30 A.M.

JUMAAT - PASAR BASAH PEKAN SEMENYEH - 8.00 A.M. - 11.00 A.M.

SABTU DAN AHAD - PASAR BASAH BANDAR BARU BANGI - 8.00 A.M. - 12.00 P.M.

Antara anak-anak pokok yang biasa den bawa, adalah:

1. Durian (Musang King, Johor Mas, Tembaga, Udang Merah dan D24)

2. Durian Belanda

3. Rambutan (Gading, Gula Batu, Anak Sekolah dan Jarum Mas)

4. Cempedak Madu

5. Nangka J33

6. Manggis Master

7. Dokong

8. Mangga (Manggua, Epal, Chukanan, King dan Harum Manis)

9. Ciku Siam

10. Gajus

11. Longan Ping Pong dan Longan Belian

12. Jambu Besar dan Jambu Tiada Biji

13. Jambu Air Madu Vietnam

14. Limau Kasturi, Purut, Lemon Tiada Biji, Nipis Biasa dan Nipis Tiada Biji

15. Pulasan

16. Kelapa Matag dan Pandan

17. Nona Siam

18. Cermai

19. Belimbing Buloh

20. Kari

21. Asam Jawa

22. Buloh Madu

23. Kedondong

24. Delima Merah

25. Pokok Melaka

Dan Lain-lain bergantung pada stok dan tempahan......

Pada kebiasaannya jumlah pokok yang dibawa adalah sekitar 70 ke 90 pokok pelbagai jenis dan saiz.  Selain daripada itu, den juga ada menjual baja-baja pokok mengikut kadar tumbesaran pokok, tanah hitam, tanah baja serta khidmat nasihat penanaman dan pembajaan.

Kalau mengikutkan jadual meniaga, esok, 15hb. Jun 2012, den akan berada di depan pintu Pasar Basah di Pekan Semenyeh.  Nak cam senang je, Kereta Kancil warna Merun, WHS 653. Biasanya den akan ditemani oleh baby den, Muhamad Halim Yusoff bin Mohd Hisham. Untuk Sabtu dan Ahad, den berseorangan sahaja, sebab hari minggu den akan penuhkan kereta semaksimum yang mungkin sehingga 90 ke 100 pokok. Jemputlah datang jika sudi.  Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi den di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza)

Wassallam..............