SELAMAT DATANG

Tuesday, May 3, 2011

PUTERA KU SELAMAT LAHIR PADA 3HB. MEI 2011

Assalamualaikum.........

Syukur alhamdulillah tidak terkira ke Hadrat Illahi kerana pada pukul 9.00 pagi 3hb. Mei 2011 bersamaan hari Selasa, putera yang kami tunggu-tunggu selama ini telah selamat dilahirkan melalui pembedahan setelah berbagai-bagai dugaan yang kami tempuhi, terutama isteri den yang terkena kencing manis sewaktu mengandung serta kesakitan akibat kesan pembedahan lama. Bertempat di Hospital Kajang, tangisannya memecah kedinginan pagi sewaktu hujan renyai-renyai membasahi bumi.

Dengan berat 4 kg sewaktu dilahirkan, terkejut jugalah den sewaktu pertama kali mendukungnya untuk diazankan. Doa dipanjatkan ke Hadrat Illahi semoga Puteraku ini berserta ibunya sihat sejahteralah hendaknya.

Mengambil sempena nama bapa den dan bapa isteri den, maka kami menamakannya; MUHAMMAD HALIM YUSOFF BIN MOHD HISHAM.



3 comments:

  1. syukur alhamdulillah..tahniah pak hisham krn mndpt cahaya mata yg comel dan sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  2. Marhaban ya ibn hisham...

    ReplyDelete
  3. Syukran....ke Hadrat Illahi...Gembira tak terkira....Muhammad menjadi chaya baru dalam hidup kami sekeluarga....

    ReplyDelete