SELAMAT DATANG

Saturday, May 14, 2011

MENIAGA ARNAB, POKOK-POKOK DAN BAJA ORGANIK DI PASAR BANDAR BARU BANGILA PULAK

Assalamualaikum...........

Setelah sekian lama dok meniaga di internet sahaja, maka pada pagi tadi (Sabtu, 14hb. Mei 2011), den menguatkan tekad untuk cuba meniaga semula di tempat awam. Dan pada pagi tadi, bertempat di Pasar Bandar Baru Bangi, den pun mencuba berniaga semula. Untuk hari pertama tadi, den hanya membawa pokok-pokok herba seperti Mas Cotek, Mahkota Dewa, Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Pokok Salam dan juga pokok anggur baka Maskut Hamburg serta IAC, pokok cili besar serta padi, pokok Laici dan beberapa lagi. Dan tidak lupa juga Baja Agro Organik. Alhamdulillah.......tanpa diduga, sambutannya amat menggalakkan juga.

Rentetan daripada itu, maka pada hari esok, 15hb. Mei 2011, den bercadang untuk membawa beberapa ekor arnab juga untuk dijual. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang menjenguknya. Tapi takdala bawa banyak sangat, al-maklum lori serbaguna den, Perodua Kancil bukannya besor sangat.

Jadi pada esok pagi, den bercadang untuk membawa arnab-arnab berikut. Kepada yang berminat, bolehlah sms atau talipon den di 012-911 6165(Hisham):



BETINA

JANTAN

ARNAB LIONHEAD
UMUR 45 HARI
RM 45 SEEKOR

TEDDY BEAR
UMUR 45 HARI
RM 160 SEEKOR

BAKA PEDAGING
(NZW, FLEMISH DAN CHINCHILLA)
UMUR 45 HARI
RM 50 SEEKOR


* Minta maaf visual kurang memuaskan sebab guna handphone je dan diambil di waktu malam.






No comments:

Post a Comment