SELAMAT DATANG

Tuesday, May 3, 2011

POKOK CILI F1 LA BALIK

Assalamualaikum.......

Setelah sekian lama tak menanam cili, akhirnya sebulan yang lalu, den pun menanam cili la balik. Kalau dulu orang sibuk dengan fertigasi dan bermacam-macam lagi kaedah penanaman, untuk kali ni den cuba menggunakan Tinja Arnab yang dikompos beserta campuran baja organik yang den jual dahulu.

Mula menyemai kembali pada 1hb. April 2011 yang lalu dan kini pokok-pokok telah mula mengeluarkan bunga dan ada yang telah berputik buah. Tidaklah banyak yang den tanam, sekadar 12 pokok sahaja sebab hendak mengkaji keberkesanan menggunakan campuran kompos tinja arnab, baja organik dan tanah sebagai medium penanaman. Dan berdasarkan gambar yang den ambil pada 25hb. April 2011 yang lepas, diharap dapatlah rakan-rakan yang biasa dengan penanaman cili dan penghasilan baja organik, memberikan komen. Mungkin ianya tidaklah sehebat penggunaan baja fertigasi, tapi ianya organik.

Untuk makluman, pokok-pokok ini belum ada apa-apa penambahan baja semenjak dari mula diubah ke polibeg tersebut sehingga kini. Insya Allah, pada penghujung minggu ni, den akan update lagi gambar terbaru untuk menunjukkan buah yang terhasil.

Menyusul hasil dari percubaan tersebut, den telah menyemai benih cili padi pada 30hb. April 2011 yang lalu, yang mana tinggi anak pokok kini dalam setengah ke satu inci.



No comments:

Post a Comment