Berikut ini saya ingin paparkan di sini soalan-soalan lazim dikemukakan oleh penternak-penternak arnab. Mungkin soalan-soalan yang dipaparkan ini boleh dijadikan panduan kepada penternak-penternak lain dan sekiranya ada sebarang kekurangan pada jawapannya, diharap adalah yang dapat memperbetulkannya dan bersama-sama kita memanfaatkannya.
Soalan 1.
Arnab saya selalu cirit bang, saya pun tak pasti apa puncanya. Apa puncanya ya dan bagaimana nak mengatasinya?
Jawapan 1.
Punca cirit ni ada berbagai sebab. Untuk mengesan punca cirit ini, hanya penternak itu sendiri yang boleh buat 'check-out' listnya. Hasil dari perbincangan saya dengan beberapa otai yang telah menjalankan penternakan arnab ni, berikut adalah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit.
1. Tukar dedak arnab secara mendadak.
Perkara ini lazim penternak tidak menyedarinya. Kebanyakan penternak hendak lakukan yang terbaik untuk arnabnya. Akibatnya ada yang menukar dedak makanan arnab secara mendadak. Perkara ini tidak elok. Cara menukar dedak yang disarankan adalah dengan beransur-ansur, iaitu; dengan mencampurkan 80% dedak asal dengan 20% dedak baru yang hendak ditukar. Peratusan dedak asal dikurangkan sedikit demi sedikit dan dengan menaikkan peratusan dedak baru yang hendak digunakan. Lakukan perlahan-lahan sehingga kita dapat lihat arnab tersebut dapat menerima dedak baru 100%.
2. Dedak tercemar.
Ini juga adalah salah satu puncanya. Dedak yang tercemar samada berkulat, kembang disebabkan terkena air, sisa dedak bercampur kencing atau sisa buangan atau kotoran lain hendaklah dibuang dan diganti baru. Kadang kita sayang nak membuangnya, tapi rasanya lebih sayang dan rugi lagi sekiranya arnab yang kita beli ratusan ringgit tersebut mati.
3. Stress - Bising, Overheat, Kesejukan melampau, perjalanan jauh, ditimang-timang, dilambung-lambung dan salah pegang.
Perkara-perkara ini seringkali penternak terlepas pandang dan kadang-kadang tak mengaku melakukannya. Arnab adalah haiwan kecil dan comel yang begitu sensitif disebabkan organ-organ dalamannya yang kecil.
Penternak disarankan jangan membiarkan arnab-arnab anda seringkali disergah atau dikejutkan dengan bunyi bising atau pemangsa. Arnab yang terkejut atau panik akan mudah stress dan seringkali berlari tunggang-langgang kalau disergah. Ada sesetengah kes, ianya boleh menyebabkan 'sudden death'.
Penempatan arnab juga harus diambil-kira. Elakkan arnab diletakkan di kawasan yang terlalu terdedah dengan perubahan cuaca. Perubahan cuaca kita sekarang yang drastik juga turut menyumbang kepada hilang selera makan, stress dan akhirnya cirit.
Perjalanan jauh juga turut menyumbang kepada cirit. Berikan larutan anti-stress sebelumsesuatu perjalanan jauh. Dan sebaik-baiknya perjalanan dilakukan di waktu malam.
Ditimang-timang, dilambung-lambung dan salah pegang. Ni takda lain, kes geram tengokkan arnab yang comel tu, lazimnya dilakukan oleh kanak-kanak. Elakkan daripada melakukan perkara ini. Tak payah kata arnab, kita pun kalau dilambung atau naik turun tempat tinggi akan terasa gayat dan kecut perut. Lepas tu mula rasa nak memerut. Inikan pula arnab.......sendiri mau ingat.
Cara memegang arnabpun kena betul. Elakkan dari memegang arnab dengan mencekak bahagian perutnya. Ini akan mencederakan organ dalaman arnab apabila ia meronta. Kita pun kalau orang pegang perut.....camner rasa????
4. Coxy/Virus.
Yang terakhir sekali adalah perkara ini. Biasanya disebabkan udara yang tercemar samada bau racun, ammonia dari kencing yang tak dibilas dan persekitaran yang kotor dan lembap. Perkara ini memerlukan kepatuhan disiplin oleh penternak sendiri.
CARA MENGATASI.
Dari segi ubatan, dapatkan ubat Scourban Plus dan diberikan secara oral kepada arnab.
Jika tidak mempunyai ubat, saudara boleh memberikan jerami atau daun kering tanpa air selama 12 jam kepada arnab.
Soalan 2.
Adoii.....apa nak buat ni bang??? Arnab saya dah beranak ni, tapi ibunya buat dekkk jer kat anak dia. Langsung taknak bagi susu.
Jawapan 2.
Huhuhu....ini menuntut kesabaran dan masa penternak ni. Perkara ni lazim terjadi pada induk yang pertama kali beranak, tapi kadang-kadang yang dah selalu beranak.
Nak tak nak tuan-tuan, tuan-tuan terpaksa ajar dan bantu induknya menyusukan anak. Caranya ialah dengan memegang ibu secara hampir tergantung di atas anak-anaknya. Tenangkan ibunya sebelum penyusuan. Biasanya naluri anak secara automatik ia akan mencari puting ibunya. Biarkan ia menyusu dalam 15 ke 20 minit. Selepas itu tuan-tuan cek perut anak-anaknya samada dah bulat dan nampak keputihan susu di dalam perutnya. Lakukan penyusuan bantuan ni seawal pagi sekali dan lewat petang sekali. Biasanya ibu dan anak-anak arnab akan pandai menyusu selepas seminggu dibantu, tapi sekiranya tidak, terpaksalah diteruskan sampai celik mata.
Soalan 3.
Saya dah banyak kali kahwinkan arnab saya, tapi sampai laa tak bunting-bunting. Mandul ke bang?
Jawapan 3.
Sebelum kahwinkan, cek betul-betul yang betinanya tu dah ready ke belum. Caranya dengan melihat organ seksnya. Kalau didapati organ seknya merah, kembang dan lembap, maknanya dah ready sangat-sangat. Letakkan bersama penjantan. Insya Allah tak sampai beberapa minit.....on. Tapi sekiranya betina tu tak nak, tu mungkin dia rasa si jantan tu tak hensem sangat atau tak berkenan......hahaha....korang kena cari jantan lain la nampaknya. Sebaiknya gilirkan kepada 2 atau 3 penjantan yang sejenis atau diingini. Buat seawal pagi, lewat petang atau malam.
Dan satu lagi, jika inginkan benih pejantan benar-benar masuk, ketika klimaks, tekan dan tahankan punggung pejantan dengan tangan anda pada betina dalam 20 saat. Lepas tu cek organ seks betina samada banyak cairan di luar atau di lubang kemaluan sahaja. Kalau banyak di luar, maknanya tak masuklah tu, kenalah ulang semula. Perkara ini banyak terjadi pada penternak. Selalu mereka mengatakan arnab saya dah kahwin dah, dan si jantan dah bunyi....argghh...pastu dah menggelonsor turun. Salah tu!!!! Kata Bandi Amuk. Kadang ketika penetrasi berlaku, zakar pejantan memang di dalam, tapi apabila klimaks, kekadang betina berganjak atau si jantan mengundur. Maka, air mani tak masuk ke dalam dan hanya terpancut di luar sahaja. Maka setelah ditunggu 28 ke 30 hari lebih pun tak beranak-beranak juga. Maka, menjadi kemestian memeriksa organ seks betina selepas dikahwinkan.
K lah, rasanya cukuplah setakat ini sahaja dulu. Saya mohon berbanyak maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan ini agak keterlaluan, tetapi sebenarnya cara macam ni yang boleh membuatkan kita betul-betul faham.

Terima kasih atas tipsnya. Bagus & bermanfaat.
ReplyDeleteSalam kelinci