SELAMAT DATANG

Wednesday, December 30, 2009

KENANGAN SEPANJANG JALAN

Ini pula adalah antara gambar-gambar sepanjang Shamza Agro Product diwujudkan buat tatapan kengkawan.

http://s668.photobucket.com/albums/v...off/?start=all

BARANG-BARANG KEPERLUAN ARNAB

Sesiapa yang memerlukan barang-barang kelengkapan arnab seperti sangkar, botol minuman, bekas makanan, makanan, vitamin dsb. bolehlah menghubungi saya.



Sangkar Kecil = RM 48/each



Sangkar Besar = RM 58/each



Botol Minuman = RM 10/each/250ml

Bekas Makanan plastik Kecil = RM 2.50/each

Pelet arnab FFM = RM 54/25kg

Pelet arnab Cap Bendera = RM 44/25kg

Multi Vitamin = RM 7/sebotol




Tuesday, December 29, 2009

PERSOALAN HIDUP

Dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini, seringkali kita melakukan kesilapan dan tersimpang dari jalan yang diredhoi dan diberkatiNya. Mungkin ada antara kita yang sedar, mungkin ada yang tidak dan mungkin juga ada yang pura-pura tidak sedar. Segalanya terpulang kepada kita. Tetapi antara sedar dengan tidak, keadaan sekeliling kita banyak memberikan petanda sekiranya kita tersasar dari landasanNya. Apakah yang menyedarkan kita!!!!??? Berikut ini saya paparkan beberapa petanda yang terjadi pada diri saya buat pedoman kita bersama.........

1. Sekiranya kita lalai dalam menjalankan suruhanNya seperti solat, puasa dan sebagainya.......

Kita sering akan berasa gelisah, tidak keruan, risau, takut dan sering dilanda musibah. Apa saja yang dilakukan sering berakhir dengan kegagalan dan permasalahan. Di kala ini cuba muhasabah kembali diri kita, tentang amalan-amalan yang kita wajib lakukan. Mungkin ada yang kita lalai mengerjakannya atau sambil-lewa sahaja. Periksalah kembali dan bertaubatlah...........Insya Allah, Allah akan memberi pertunjuk kepada kita sekiranya kita benar-benar insaf. Dan Insya Allah rahmatNya akan berserta dengan kita kembali...........

2. Sekiranya kita lalai tanggungjawab kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita............

Waspadalah.............sekuat mana dan sebesar mana sekalipun kita berusaha, berdoa dan bermodal..........nescaya akan gagal dipertengahan jalan. Kerana sesungguhnya doa serta keredhoan dari ibubapa akan berserta dengan keredhoan Allah kepada kita. Oleh itu, selalulah berdoa, menjenguk serta mengambil berat akan kebajikan ibubapa kita...........

3. Sekiranya kita lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami dan ketua keluarga..........

Maka akan porak-perandalah rumahtangga. Hidup sentiasa akan dibelenggu permasalahan, pergaduhan dan ketidak ketenteraman. Awasilah dan berikan lebih perhatian kepada pasangan dan anak-anak anda. Terutama kebajikan, amal-ibadah dan aktiviti mereka. Berikan sedikit masa mendengar dan bersama dengan mereka. Yang paling utama adalah sama-sama menegur dan memberi perangsang di antara satu sama lain dan bukannya menjatuhkan martabat sesama ahli keluarga...............

4. Sekiranya kita lalai tanggungjawab kita sebagai saudara seagama semasyarakat...............

Nescaya kita akan hilang sokongan dan perpaduan di kalangan masyarakat. Segala perancangan akan mengalami kegagalan dan menimbulkan ketidakpuasan hati sesama masyarakat. Oleh itu, kita haruslah sering hidup bermasyarakat, kunjung mengunjung dan menghormati kepentingan masyarakat di sekeliling kita............

5. Sekiranya kita lalai tanggungjawab terhadap kerjaya dan bisnes kita.............

Sebesar mana sekalipun modal dan bisnes tersebut, kegagalan juga menjadi kesudahannya. Dalam kerjaya, perlulah dilaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, jangan kita abaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.............

Inilah sahaja serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama pada kali ini. Mungkin perkara ini remeh dan semua orang mengetahuinya, tetapi kadang-kadang kita sering lalai melakukannya. Wallahualam.......


Sunday, December 27, 2009

TEMPAHAN ANAK BENIH CILI PADI DAN POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN

Berikut ini adalah aktiviti sampingan yang dijalankan oleh kami bagi memenuhi permintaan oleh saudara-saudara yang memerlukan anak benih cili padi dan pokok-pokok buah-buahan.






Anak-anak pokok buah-buahan.
Cempedak Madu, Nangka Madu, Pulasan, Kedondong, Delima Merah, Mangga King, Mangga Chukanan, Mangga Epal, Rambutan Anak Sekolah, Rambutan Gading, Limau Purut, Limau Kasturi, Limau Nipis, Ciku Subang = RM 9.00 sepokok.





Semaian anak benih cili padi dan cili kulai.
Satu tray 104 lubang = RM 65.00.

Jika ada yang berminat untuk membeli atau menempah, bolehlah menghubungi saya segera di 012-911 6165, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff aka Shamza.

PENGGANTIAN SANGKAR BATERI KE SANGKAR PORTABLE

Setelah genap hampir 7 bulan menggunakan sangkar bateri, maka pada hari sabtu yang lepas terpaksala saya menukarkan kesemua sangkar-sangkar dibahagian bawah tersebut dengan sangkar "Portable". Ini memandangkan hampir keseluruhan sangkar tersebut telah reput bdan berlubang pada bahagian dasarnya.

Agak sukar juga untuk membuang kesemua sangkar yang telah dipadankan kepada kerangka bertingkat ni, tapi nak tak nak, terpaksa juga dilakukan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan arnab-arnab yang berada di dalamnya. Alhamdulillah, ketika ini kesemua arnab-arnab telah mendapat lot sangkar masing-masing yang lebih selesa dan bersih.







Penggantian Sangkar Bateri ke Sangkar Portable.

MENYUSUKAN ANAK-ANAK ARNAB

Hari ni dah genap 7 hari Mimi melahirkan anak. Alhamdulillah ketiga-tiga ekor anaknya masih survive walau kekadang Mimi cam tak bagi susu pada anak-anaknya.

Bagi memastikan anak-anaknya cukup mendapat susu, maka saya terpaksa membantu Mimi memberikan susunya pada anak-anaknya. Walau pada mulanya Mimi agak agresif ketika dipegang untuk memberikan susu, namun lama-kelamaan dia telah dapat membiasakan dirinya............






Sedang membantu menyusukan anak Mimi


Wednesday, December 23, 2009

BABY RABBIT

Assalamualaikum...........

Lama dah tak nyembang kat sini......nak kata sibuk sangat tak juga........mungkin bercelaru sangat macam-macam nak buat.

So, untuk post kali ni........rasanya nak postkan gambar-gambar anak-anak arnab den yang baru jer lahir pagi tadi.... Ni pun kes lahir mengejut...........takda tunjuk apa2 tanda nak beranak...tau2 kuar jer 5 ekor....kalo ikutkan jadual lagi 5 hari....

Baby nya sume sihat2 tapi malangnya 2 ekor telah terkorban kos terpijak dek ibunya......sedey gak, tapi apa nak buat takda rezeki........mungkin 3 ekor ni jer yang dapat survive......

Arnab ni cuma dari baka kampung jerr.........cuma induk dan buck nya ada mix ngan Baka Dutch.




2 ekor anak yang terkorban



Anak-anak yang survive



Mimi dan baby nya

Wednesday, December 2, 2009

LAGI CERITA TENTANG ARNAB

Assalamualaikum.......

Berikut diringkaskan segala aspek berkenaan pembiakan arnab........

1. Bagaimanakah cara arnab dibiak?

Masukkan arnab betina ke sangkar pejantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai sikap menguasai kawasannya (territorial behaviour) dan akan menyerang serta mungkin membunuh arnab tantan tersebut. Masa mengawan antara 1 ke 5 minit sahaja. Kemudian arnab betina perlu diasingkan semula. Jangan tinggalkan arnab betina bersama pejantan lebih dari tempoh mengawan.

Lakukan proses mengawan di awal pagi atau lewat petang. Elakkan pada waktu tengahari kerana akan mengurangkan kadar kesuburan.

2. Kekerapan mengawan.

Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengamalkan 2 kali sehari dan direhatkan selama 3 hari, keadaan ini boleh ditingkatkan secara perlahan-lahan kepada sekali sehari.

Penggunaan pejantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan, di samping menjejaskan keupayaan seksualnya.

3. Bilakah ibu arnab yang telah beranak boleh dikahwinkan semula?

Dalam keadaan semulajadi(liar), arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24 ke 48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan untuk penternakan komersial, kerana arnab betina tidak dapat digunakan dengan lebih lama.

dalam penternakan komersial, arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses anak bercerai susu.

4. Bagaimanakah cara untuk memastikan proses pembiakan telah berlaku dengan sempurna?

Keadaan dapat dikenalpasti apabila pejantan memanjat arnab betina untuk seketika sambil melakukan penetration dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan menggelungsur ke belakang, sebelah atau terlentang.

5. Berapa lamakah induk bunting dan apakah tanda-tandanya?

Tempoh bunting adalah antara 29 ke 31 hari. Bunting berat adalah pada minggu keempat. Pada peringkat ini, kotak beranak boleh diletakkan sebagai tujuan penyesuaian.

Tanda-tanda arnab hampir beranak jelas kelihatan pada hari 27 ke 29 di mana ia berada dalam keadaan gelisah dan kemudian mencabut bulu dari bahagian bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Dalam keadaan ini arnab perlu dibiarkan sendirian dan jangan diganggu, melainkan untuk penukaran kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

6. Bagaimanakah mengesan bunting palsu?

Keadaan ini boleh dikesan pada hari ke 12 hingga 17. Pada masa ini arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, ia hendaklah dikahwinkan semula.

7. Bagaimanakah keadaan anak arnab yang baru dilahirkan?

Pastikan anak-anak arnab berada di dalam kotak sarang untuk mengelakkan kesejukan. Apabila sudah memegang anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya untuk mengelakkan ibunya daripada menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak berbulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga 10.

Pada waktu ini makanan utamanya adalah susu ibunya. Sehinggalah pada umur 14 ke 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak dan mula cuba memakan pellet.

8. Bilakah masa ibu arnab menyusukan anaknya?

Kebiasaannya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak 2 kali sahaja. Yang paling mustahak adalah pemberian susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali ke 2 kali sehari, keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi pada waktu siang. Keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia adalah normal.

9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bilangan anak arnab melebihidari bilangan puting susu ibunya?

Pada kebiasaannya puting susu ibunya ada lapan. Jika anaknya melebihi dari bilangan puting, ianya perlu diberikan kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu arnab yang telah melahirkan anak dalam masa 48 jam selepas anak itu lahir. Anak arnab ini perlu ditandakan untuk pengecaman.

Kemudian sapukan apa-apa wangian kepada ibu arnab dan semua anak-anaknya yang berada di dalam kotak. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya diberikan pada hari pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2 ke 4 minggu.

10. Bilakah anak-anak arnab perlu dicerai susu?

Anak arnab dibiarkan di dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila berumur sebulan dan sebaik-baiknya 7 minggu.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan samada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan penggemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatat dari semasa ke semasa.

Pengasingan perlu dilakukan dengan meletakkan anak yang hendak dijadikan baka di dalam sangkar individu atau 2 ekor sesangkar. Anak-anak yang tidak terpilih boleh disimpan di dalam sangkar secara kumpulan selama 30 ke 45 hari lagi.

11. Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Arnab jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat, manakala arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.

12. Kadar pemberian makanan rangsum pelet arnab.

Bagi Induk (betina dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 120 gm/hari/ekor
Bagi Pejantan (jantan dewasa) - Kuantiti yang diperlukan 60 gm/hari/ekor
Bagi Anak Arnab (1 ke 2/3 bulan) - Kuantiti yang diperlukan 50 ke 100 gm/hari/ekor

Daun hijau hendaklah diberikan secara bebas sebagai makan tambahan.

Sekian saja untuk kali ini............Wassallam.......

Tuesday, December 1, 2009

CARA-CARA PEMBIAKAN ARNAB

CARA-CARA PEMBIAKAN ARNAB

Arnab dewasa yang telah mencapai tahap kematangannya boleh dibiakkan berdasarkan sistem pengurusannya, iaitu untuk tujuan pembiakan baka, memanfaatkan bulunya atau pengeluaran daging.

Sebaiknya arnab dibiakkan apabila telah mencapai tahap kematangannya. jika arnab dibiakkan pada umur terlalu muda atau belum mencapai tahap kematangannya, anak-anak yang dilahirkan akan rosak dan tidak produktif. Pejantan yang dikahwinkan dalam usia yang terlalu muda akan menyebabkan anak yang lahir menjadi kerdil. Selain itu, ia juga boleh menggagalkan proses perkahwinan dan induk betina gagal untuk bunting(den dah kena). Walaupun jika berjaya dibuntingkan, anak yang dilahirkan lemah atau cacat.

Sebaliknya, penggunaan pejantan yang telah tua juga seringkali menggagalkan proses pembiakan juga.

TANDA-TANDA BERAHI/PIANTAN BIANG

Lazimnya tanda-tanda berahi/biang menunjukkan masa mengawan kedua-dua induk yang telah matang. Jangkamasa berahi arnab tidak tetap. Ada yang telah matang, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan mengawan.

Induk betina yang sedia untuk dikahwinkan akan menunjukkan tanda-tanda berahi yang jelas seperti sentiasa berada dalam keadaan gelisah. Sekiranya tidak ditempatkan ke sangkar pejantan, ia akan berusaha untuk bergabung dengan pejantan yang terdapat dalam sangkar berdekatan. Ia akan menggosok-gosokkan dagunya pada sesuatu atau sesama induk yang lain. Vulvanya(kemaluan) akan basah dan berwarna merah jambu atau merah.

Apabila warna vulvanya berubah, ia menunjukkan induk tersebut berada dalam tempoh subur. Jika warna tersebut bertukar menjadi putih atau pucat, ia menandakan bahawa proses pembiakan tersebut akan mengalami kegagalan, bahkan meningkatkan risiko induk dan pejantan berkelahi. Langkah yang perlu diambil adalah dengan menangguhkan proses tersebut selama 2 hingga 3 hari atau sehingga vulva induk tersebut berubah warna semula.

Sekiranya induk yang subur tidak segera dikahwinkan selepas dikenalpasti tanda-tandanya, sel-sel telurnya masih tetap subur sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu. Selepas itu, kesuburannya akan beransur-ansur kurang.

Sel-sel telur akan disenyawakan sekiranya terdapat rangsangan pejantan semasa proses perkahwinan. Sel-sel telur yang telah matang akan turun selepas 10 jam disenyawakan. Sekiranya proses perkahwinan dilakukan dalam tempoh 8 jam selepas itu, sel-sel telur yang lain turut dapat disenyawakan kerana proses persenyawaan akan berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 hari selepas evulasi. Tetapi, untuk tujuan komersial, keadaan ini tidak digalakkan kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.