SELAMAT DATANG

Friday, December 24, 2010

TAHUN BARU LOP EAR 2011

Assalamualaikum....

Tahun baru 2011 tak lama lagi akan menjelang. Dalam sibuk-sibuk dengan urusan seharian, tak kurang juga ramai ibu bapa yang berkerut dahi dan kening serta berkeroncong perut memikirkan perbelanjaan menjelang musim baru persekolahan. Tak kurang juga dengan den....hehehe..... Tapi itulah lumrah kehidupan....."Mahu atau tidak kena tempuhi juga"

Oklah.....yang di atas tu dah tentu semua ibubapa akan menempuhinya.....sabar je laaa.....

Apa yang hendak den sampaikan di sini, serentak dengan tahun baru ni, Insya Allah di tahun hadapan akan meriahlah reban den dengan anak-anak Lop Ear. Ada beberapa induk yang sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak dan tidak kurang juga yang sedang bunting. Insya Allah jika ada rezeki menjadi semuanya, akan den update ke blog ini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Insya Allah jika tiada sebarang aral, esok den akan updatekan stok arnab terbaru untuk dijual, seperti ND, Mini Rex dan TB. Sehingga itu....Assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment