SELAMAT DATANG

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011 - TAHUN ARNAB

Assalamualaikum....

Selamat tahun baru 2011 diucapkan kepada rakan-rakan penternak arnab khususnya dan masyarakat umumnya. Sudah masuk hari kedua kita di tahun 2011. Melangkah ke tahun baru bukan bererti kita melupakan tahun 2010. Banyak dugaan, cabaran dan rintangan sepanjang tahun lalu untuk dijadikan iktibar di tahun baru ini.

Harapan kita semoga di tahun baru ini bertambah makmurlah negara kita dan bertambah suburlah penternakan arnab di Malaysia ini terutamanya. Maaflah kerana lama menyepikan diri. Bukan apa, menjelangnya tahun baru ni, maka bermulalah semula kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak. Senget jugalah nak mengusahakan duit untuk yuran, buku-buku dan peralatan sekolah anak-anak.....hehehe.....

Akhir kata....sabarlah menanti baka-baka arnab dari Reban Shamza pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment