SELAMAT DATANG

Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA

ASSALAMUALAIKUM..............






SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN

SEKALUNG DOA DAN KEMAAFAN SAYA POHONKAN JIKA

SELAMA INI ADA TERKASAR BAHASA ATAU ADA

KESILAPAN-KESILAPAN YANG TAK DISENGAJAKAN

TELAH SAYA LAKUKAN.

SEMOGA SEMUA MENDAPAT BERKAH DI BULAN RAMADHAN

DAN BERBAHAGIA MENYAMBUT

HARI RAYA AIDIL FITRI

IKHLAS DARI:

SHAMZA AGRO PRODUCT

DAN

KELUARGA


Thursday, August 18, 2011

RENUNGAN DARI ALLAH BUAT DIRIKU.......





Assalamualaikum......






Berikut ini adalah kiriman sms yang membuatkanku termanggu dan berfikir sendirian di malam bulan Ramadhan ini......

".......Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah dan harum, namun ALLAH SWT berikan kaktus berduri......

Kadang kita meminta kupu-kupu yang indah menawan....., namun ALLAH SWT berikan ulat.......

Kitapun merasa sedih, kecewa......bahkanmarah!!!!

Namun di kemudian hari kelak....Kaktus itu berbunga indah sekali..... dan Ulat itu menjadi Kupu-kupu yang amat cantik......

Itulah jalan ALLAH SWT, indah pada waktuNya!!!!

ALLAH tidak memberi kita apa yang kita harapkan.....namun ALLAH SWT memberikan apa yang kita perlukan.......

Kadang kita kecewa......sedih....terluka.....berburuk sangka.... Tapi sedarlah.....jauh di atas....segalanya ALLAH SWT sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan......

Oleh itu....sentiasalah berbaik sangka pada ALLAH SWT dan belajarlah memahami, menerima dan meredhoi setiap kurniaanNya. Kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui apa yang Terbaik buat hambaNya........."





Sunday, August 14, 2011

SERVIS CUCUK UBAT KURAP


Assalamualaikum.....

Bagi rakan-rakan yang memerlukan perkhidmatan untuk menyucuk ubat kurap untuk arnab dan kucing, caj yang dikenakan untuk seekor adalah RM 10. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza) atau boleh datang ke rumah saya di Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama.

Tuesday, August 9, 2011

GINSENG JAWA



Keterangan:

Akar ginseng yang asalnya tumbuhan liar kini mula ditanam dihalaman rumah sebagai tumbuhan hiasan dan tumbuhan ulam yang mempunyai khasiat perubatan.


Kegunaan:

Mengikut kajian saintifik kandungan kimia dan morfologi tumbuhan ini menyamai ginseng korea dan cina.

daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan.ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.akarnya pula boleh meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.daunnya yang ditumbuk halu dan dicampurkan dengan sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada bisul tersebut

masyarakat melayu di malaysia terutamanya di kelantan menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah. Kaum cina juga memanafaatkan tumbuhan ini dengan menggorengkan sebagai sayur.

* Amat berkhasiat untuk ibu arnab yang sedang menyusukan arnab bagi menambahkan susu dan menghilangkan stress.




POKOK GINSENG JAWA, SELASIH, PUDINA, LEMON BALM, SAMBUNG NYAWA, KESUM, KUNYIT


Assalamualaikum...

Kepada yang berminat untuk mendapatkan pokok-pokok yang tersebut di atas, bolehlah hubungi den dengan segera. Harga bagi polybeg 10 x 10 adalah RM 7 setiap satu. Manakala bagi saiz 20 x 20 adalah RM 12 setiap satu. Stok yang ada adalah terhad.

Kepada yang berminat, sila hubungi den dengan segera di 012-911 6165 (Hisham aka shamza).

Tuesday, August 2, 2011

KOLEKSI TERBARU UNTUK DIBESARKAN DAN DIBIAKKAN

Assalamualaikum......

Berikut ini adalah antara koleksi terbaru yang ada di rabittry saya yang sedang dibesarkan dan cuba dibiakkan. Diharapkan semua ini akan berkembang biaklah dengan sebaiknya.



ANAK-ANAK PURE ANGORA


ANAK-ANAK CHACKERED GIANT


ANAK-ANAK LIONHEAD