SELAMAT DATANG

Tuesday, December 7, 2010

ND MIX MINI REX

Assalamualaikum......

Pada 20hb. Oktober lalu tergeraklah hati den untuk cuba mengawinkan arnab pejantan Mini Rex dengan seekor induk betina ND. Hasrat hati nak mendapatkan anak-anak yang mempunyai ciri-ciri kedua-duanya. Manalah tahu dapat menghasilkan ND berbulu Rex atau Rex bertelinga ND....hahaha....dah takda kerja sangat dah nak buat. So, terjadila eksperimen yang ntah apa-apa ni.....

Jadi setelah genap tempoh buntingnya, maka pada 22hb. November maka lahirlah 3 ekor anak-anak yang comel-comel menghiasi reban den. Maka menunggulah den dengan sabar apa yang terjadi pada bulunya nanti. Jadi semalam, iaitu setelah 15 hari membesar maka terserlahlah penampilannya. Huhuhu....macam tidak berhasil je menghasilkan kacukan tersebut. Nampaknya gen ND lebih kuat dari Mini Rex. Kelembutan dan kemulusan bulu Rex dapat dirasai, cuma dari segi panjang bulunya, masih belum mencapai standard Rex.


BOBOY

Inilah bapa diarang yang dah berusia 8 bulan. Gambar ibu budak-budak tu tak dapat nak dipaparkan sebab masih dalam pantang. Buruk bebenor sebab bulu dah dicabut-cabut untuk anaknya.


ANAK PERTAMA

ANAK KEDUA

ANAK KETIGA


Nampak gayanya eksperimen kedua bakal menyusul lagi sebulan setengah setelah anak-anak ini putus susu nanti. Harap-harap berhasillah nanti hendaknya.

1 comment: