Assalamualaikum......
Lama dah rasanya tak bercerita kat sini, asyik cut n paste je info2 dari internet berkenaan arnab ni. So, ni just nak sembang pasal diri sendiri jerrr........
Emmmm......nampaknya lagi sebulan maka genaplah setahun den memulakan semula hobi penternakan arnab ni......Berbagai2 onak dan ranjau den tempuhi dalam tempoh tersebut. Ada yang manis dan ada yang pahit. Dari 3 ekor arnab Malacca Cute yang dibeli dari Bro Joe dan seekor Fuzzy Lop yang dibeli dari Bro Nizam PurpleRabbit sehinggala sekarang ni yang telah berkembang biak....dan entah berapa ratus ekor dah yang den dah jual sepanjang waktu tersebut...den pun dah tak ingat. Jualan merangkumi samada dari baka sendiri ataupun dari rakan taulan......
Dan ingin den nyatakan di sini, walaupun baru hampir hampir setahun den menternak arnab, tetapi hasil jualan yang bermula dari bulan Februari 2010 tahun ini sehingga sekarang, telah mencecah ribuan ringgit.......tapi kesemuanya itu bukanlah milik den......Ini kerana untuk waktu ini den terpaksa bertindak menjual arnab2 dari rakan taulan je.....dan sedikit2 dari baka2 den sendiri.........
Tapi cubalah tuan-tuan bayangkan sekiranya arnab-arnab yang terjual tu daripada ladang atau reban tuan-tuan sendiri!!!!! Jangan terkejut dengan hasilnya......Tujuan den menyatakan perkara ini bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar untuk memberi penjelasan dan gambaran kepada rakan-rakan, terutamanya yang masih tercari-cari pekerjaan dan tak tahu apa yang hendak diusahakan bagi mencari mata pencarian sampingan atau tetap......
Apa yang den nak nyatakan di sini ialah.....
"Penternakan Arnab Boleh Menjana Ekonomi Keluarga".
Bagaimana????
Untuk memulakan sesuatu projek penternakan arnab, tidak semestinya kita melaburkan modal yang terlampau besar. Saya sendiri berasal dari orang yang tidak mampu langsung kalau nak diukurkan untuk memulakan penternakan ini, tapi apa yang penting adalah nawaitu dan semangat kita. Pada awal penternakan saya hanya mempunyai 5 pasang anak-anak arnab berumur lingkungan 2 bulan dari baka perhiasan. Itupun dari baka biasa jerrr.......Lion head dan kampung. Dari situ saya belajar dan cuba membiakkannya. Awalnya agak perit juga, dengan pengetahuan yang cetek, saya banyak merujuk kepada otai-otai arnab terutamanya di Melaka. Ini kerana banyak nostalgia di Negeri Melaka sewaktu saya menuntut dalam bidang pertanian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka pada tahun 80an dulu. Bak kata orang; Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain dan menuntut ilmu. Boleh kata saban hari jugakla dok menganggu Bro Joe, Nizam dan Newhillz dengan talipon. Tapi alhamdulillah...mereka ni semua tak kedekut ilmu...apa yang mereka tahu, semuanya dicurahkan. Mengambil contoh tauladan dari merekalah, maka hari ini, saya bertekad untuk melakukan perkara yang sama kepada rakan-rakan baru yang mula hendak mengenali dunia penternakan arnab.
Ok! Berbalik kepada topik asal, "Bagaimana hendak Bermula???"
Seperti kata saya tadi, nak bermula bukannya susah sangat. Yang penting, kenal pasti terlebih dahulu matlamat kita. Kalau saya tanya perkara ini, macam-macam jawapan yang akan keluar. Tetapi dari segi perniagaan, antara perkara yang perlu kita kenal pasti, adalah:
1. Budget;
2. Baka;
3. Kelengkapan;
4. Pasaran dan Pemasaran.
Perjalanan Projek
Fuhhhh!!!! Ni persoalan yang paling berat ni nak fikir. Den dulu, seluk-seluk poket tengok ada RM 200 jerr.....korek sana, korek sini.......bodek orang umah.....bodek duit tabung anak......hehehehe.....dapatlah dalam RM 800. Apa den leh buat dengan RM 800 ni??? Den pun mulala buat kira-kira "Mat Jenin". Congak punya congak, survey punya survey.......maka den pun membahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian untuk baka arnab sebanyak RM 350, 1 bahagian untuk logistik; RM 200 dan 1 bahagian lagi untuk pembinaan reban.; RM 250. Bermula dari situ start cari info kat mana nak dapatkan baka ni???? Waktu tu kebetulan dah lama dok melayan Forum "Bicara Jutawan.com".
Masa tu banyak sembang pasal Cili dan pertanian jerr.....sekali-sekala menjengah kat thread-thread merapu.....hehehe.......Tapi, sekali tu dah nak jadi jodoh, termasukla den kat thread "Mari marahkan Sniper" tapi dengan berpantun. Dalam dok kutuk mengutuk, bergurau-senda dalam thread tu, maka terkutuklah sorang mamat ni yang dok kat Melaka. Sampai nak berpencak silat, berkeris-keris dan lastik melastikla kitarang nihhhh.......wargghh!!warghh!!warghh!!! Kelakau tul time tu.......Last-last nak jadi kawan, maka masing2 pun meng'introduce'kan diri........Nak tahu sapa mamat tu.......tu haa....yang dok kat Semabok, Melaka tu.....siapa lagi kalau tak Bro Nasir aka Joe Medula yang den hormati.....
Start dari situ hampir tiap-tiap minggu den turun Melaka menuntut ilmu. Dari Bro Joe , den mula mengenali rakan taulan lain seperti Bro Nizam, Newhillz, Syah, Aes, Hokmama, Aizat dan lain-lain.
Aisehhh....dah melencong jadi cerita nostalgia lak......K,k,k, berbalik kita ke topik asal.
So, dari budget RM 350 tu maka den pun membelila 3 pasang arnab dari Bro Joe dan 2 pasang dari Bro Nizam. Semuanya baby-baby lagi.....pastu bawak balik ke rumah......sekali baru teringat daaa.....sangkar lum buat lagi....adeeeehhhh......"Ni contoh ni jangan korang ikut lak. Pesanan dari Kerajaan Arnab.....Buat sangkar dulu, baru beli arnab"
Maka arakiannya, sampai je dari Melaka tengahari tu, den ngan anak bini pun bergegas ke hardware. Beli 'angle ion' 8 batang, jaring mata punai 2 gulung. Gedebak-gedebuk rabak RM 232........Tapi takpala, semangat punya pasal, malam tu jugak den mengerjakannya. Dekat pukul 5.00 pagila dok bertukang.......sampai Tok Siak dah nak gi surau lerrr......Kenala sedas...."Ekau buang tebiat ko jang"......huhuhu....
Tak serik, lepas subuh, den tidur jap......Tak la kojap jugak, kul 10 pagi baru sedar......sambung balik bertukang. Maka pada petang bersejarah tu, siaplah sudah sangkar arnab den sebanyak 8 cell, setinggi 2 tingkat. Maka, petang tu jugakla....arnab-arnab den merasmikannya.....
K, apa yang nak den ceritakan kek sini........errrr....kira "Moral of the storyLa" kata orang kampung. Bagi abang-abang....kakak-kakak....adik-adik......"Bermulalah walaupun dengan hanya 10 ekor arnab di belakang rumah anda, katakan yang berumur 2 bulan.....tapi, saksikanlah hasilnya selepas 6 bulan kemudian....Itu jika kita bermula dari pembelian anak2 arnab. Sekiranya kita bermula dari pembelian induk arnab yang dah boleh dibiakkannn........emmmm......Kira Rahmat Allah lah pastu......"
Nak bermula tak perlu besar-besaran, apa yang penting kesungguhan, minat dan jangan mudah berputus asa......Memang tak mudah untuk mudah.......Banyak ranjaunya pada permulaan pembelajaran dan untuk mencapai kemahiran.....Tapi percayalah segala-galanya akan terbalas kalau kita ada kesungguhan dan minat.......
Emmm.....den terpaksa stop kat sini dulu buat sementara waktu....time ambil anak kat sekolah dah ni......kalau ikutkan panjang lagi benda nak dicoretkan..........nanti kita sembang lagi......Wassallam.........
tersangatlah betulnya pendapat abang shamza tuhh
ReplyDeleteThankss.....puan pun apa kurangnya
ReplyDeletehahahaa... sy sokong gak... apo yg penting, kejo samo... hahaha.. skali terkeluar plak wonder pet..
ReplyDelete