SELAMAT DATANG

Monday, November 30, 2009

PEMBIAKBAKAAN ARNAB

Terdapat 3 program penyilangan yang kerap dilakukan oleh para penternak iaitu:

1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)
2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)
3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)

1. Pembiakbakaan Kacuk (Cross Breeding)

Pembiakbakaan kacuk atau pembiakbakaan luar (Out Breeding) merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang tidak memiliki sebarang hubungan darah iaitu dari baka yang berbeza-beza. Bertujuan untuk mendapatkan sifat-sifat baka yang lebih baik daripada kedua-dua induk dan pejantan tersebut.

Proses pembiakan ini akan menyebabkan anak2 yang dilahirkan cenderung mewarisi sifat-sifat yang sama seperti baka tertua daripada keturunan induknya.

2. Pembiakbakaan Dalam (In Breeding)

Merujuk kepada persilangan yang dilakukan antara pejantan dan induk yang mempunyai hubungan darah yang rapat seperti mengahwinkan pejantan dengan anaknya, induk dengan anak, antara anak2 arnab dari induk dan pejantan yang sama dan sebagainya. Program ini pada kebiasaannya akan melahirkan anak-anak yang tidak berkualiti. Sebahagian besar daripada anak yang dilahirkan mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada kedua-dua induknya. Kaedah ini memerlukan proses pemilihan baka yang ketat dengan penekanan kepada kualiti induk yang dipilih. Pada kebiasaannya, baka yang berkualiti dapat menghasilkan keturunan yang baik selama 9 hingga 10 generasi.

3. Pembiakbakaan Barisan (Line Breeding)

Merupakan program yang telah diubahsuai daripada program pembiakbakaan dalam. Induk dan pejantan yang dipilih perlu dari baka yang sama tetapi tidak mempunyai hubungan yang rapat. Salasilah atau susur galur keturunan perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum pemilihan dilakukan.

Sifat dominan induk akan menjadi sifat unggul yang perlu diwarisi oleh anak-anaknya sehingga dapat menghasilkan sifat dominan yang stabil. Pembiak perlu mengaplikasikan teknik kaedah cuba jaya dalam proses perkahwinan. Proses ini tidak akan dilakukan sekali, sebaliknya ia akan berlangsung secara berterusan sehingga pembiak dapat mengenalpasti induk dan pejantan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan stok induk dan stok induk tuai.

Sambungan Info Berkenaan Arnab

Perkembangbiakan arnab akan lebih teratur jika proses kelahiran terancang. Umumnya, induk arnab akan beranak selepas 31 hingga 32 hari iaitu apabila proses perkahwinan antara induk dan pejantan berjaya dilakukan. tempoh bunting mengambil masa selama 28 hingga 35 hari.

Bagi arnab bersaiz sederhana (berat arnab dewasa dalam 4kg), dapat dikembangbiak selepas ia berumur 6 hingga 7 bulan. Tempoh bunting adalah sekitar 31 hari. Induk akan menjaga anaknya selama 56 hari (tempoh antara kelahiran sehingga cerai susu). Dengan data ini, kita boleh merancang program pembiakan arnab agar induknya dapat melahirkan anak dengan kekerapan 4 kali dalam setahun. Formula yang digunakan adalah seperti berikut :

1. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
2. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
3. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
4. 31 hari bunting + 56 hari menyusukan anak = 87 hari
---------------------------------------------------------------------------------
Jumlah = 348 hari

Dianggarkan bagi satu kelahiran, sebanyak 6 ekor anak akan dilahirkan, bermakna setahun sebanyak 24 ekor anak dilahirkan (6 ekor X 4 kali pembiakan).

Dengan memendekkan tempoh masa menyusukan anak, iaitu daripada 56 hari kepada 28 hari, kekerapan beranak atau melahirkan anak dapat ditingkatkan menjadi 8 kali setahun. Oleh itu, jumlah anak arnab yang dapat dihasilkan dalam setahun adalah sebanyak 48 ekor (6 ekor X 8 kali pembiakan). tetapi kaedah ini kurang digalakkan bagi menjamin kelangsungan induk dan pemeliharaan genetik.

Dalam kegiatan penternakan arnab komersial, arnab betina sesuai dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak ataupun dalam masa proses penceraian susu. Jangkamasa ini dapat menjamin keberhasilan program pembiakan arnab berlaku selama 8 kali dalam setahun. Walaupun jumlah karkasnya akan berkurang, peratusan karkas anak arnab ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak arnab yang dipisahkan selepas 42 hingga 56 hari. Proses pemisahan/penyapihan yang lebih awal membolehkan induk mengawan dan dikahwinkan semula dan membolehkan bilangan anak arnab bertambah dengan banyak dalam tempoh setahun.

[B]Jangkamasa Induk Dikahwinkan Semula dan Pemisahan Anak

Kahwin Pemisahan Jarak Antara Jumlah Anak
Selanjutnya Kelahiran Arnab/Induk
(hari) (hari) (hari) /Tahun[/B]

14 28 45 8
21 35 52 7
28 42 59 6
42 56 73 5

Sumber : James Blakely & David H. Bade, 1992

JUST FOR INFORMATION..............

SHAMZA RABBITRY
&
SHAMZA AGRO PRODUCT
HISHAM
012-911 6165
E-Mail – mohdhishamyusoff@yahoo.com
Blog – http://shamzaagroproduct.blogspot.com

Bermula dengan minat dan hobi di dalam Bidang Pertanian dan Penternakan, kini kami menjalankan aktiviti secara komersial dengan mengeluar dan membekalkan produk-produk pertanian berkonsepkan “Pertanian Bandar” bagi mereka yang berminat untuk mencuba dan sebagai hobi.

Antara produk kami adalah seperti berikut :

Baka-baka arnab pedaging dan “Pets”
Makanan arnab
Sangkar-sangkar arnab
Baja Agro Organik
Pokok-pokok Buah-buahan, herba dll.(Tut dan cantuman mata tunas)

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan….



TIPS PENJAGAAN ARNAB
Jadual Kerja Penternakan Arnab

<8.00 pagi – Pembersihan Sangkar Ternakan
10.00 pagi – Pemberian makanan pertama berupa pelet atau konsentrat yang dicampur sedikit garan dan air/multivitamin. Setiap ekor arnab dewasa diberikan 100 gram makanan.
1 tengah hari – Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau lain (sebaiknya dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan peratusan kandungan air) Seekor arenab dewasa diberikan 0.5 kg makanan.
6.00 petang – Pemberian makanan berupa rumput segar atau bahan makanan hijau yang lain yang banyak mengandungi serat kasar. Jumlah pemberian adalah 1 kg atau lebih bagi setiap seekor arnab dewasa. (Boleh diganti dengan pemberian pelet)

DATA BIOLOGI ARNAB

Tempoh Hidup – 5 ke 10 tahun
Tempoh Pengeluaran – 1-3 tahun
Tempoh Bunting – 28 ke 35 hari
Tempoh Pemisahan – 6 ke 8 minggu
Umur Matang – 4 ke 10 bulan
Umur DiKahwinkan – 6 ke 12 bulan
Mengawan Semula – 1 minggu selepas anak diasingkan selepas beranak
Kitaran Kelamin – Poliestrus dalam tempoh setahun, sekurang-kurangnya 5 kali bunting setahun.
Kitaran Berahi/Mengawan – Sekitar 2 minggu
Jangkamasa estrus – 11 ke 15 hari
Pengovulan – Berlaku 9 ke 13 jam selepas disenyawakan
Masa Subur – 1 ke 2 jam selepas disenyawakan
Jumlah anak yang DiLahirkan – 4 ke 10 ekor
Jumlah Darah – 40ml/kg berat badan
Berat Arnab Dewasa – Bervariasi, bergantung kepada baka, jantina dan faktor penjagaan.

Sunday, November 15, 2009

PENUBUHAN KELAB ARNAB MALAYSIA

Assalamualaikum.............

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama tak jengok ke sini. Untuk post ni, saya lebih fokus kepada perjumpaan bagi penubuhan Kelab Penternak Arnab Malaysia yang akan diadakan pada 22hb. November 2009 ni..........

Kami amat mengalu-alukan kedatangan saudara2 penternak sekelian pada hari tersebut......sama2lah kita memeriahkan hari tersebut..........Kunjungi liank berikut :


Create your own banner at mybannermaker.com!


Make your own banner at MyBannerMaker.com!