SELAMAT DATANG

Sunday, May 24, 2009

KELEBIHAN AGROPOT DAN AGRO ORGANIK

Assalamualaikum....
Berikut ini adalah sambungan dari 1st post.
KELEBIHAN BAJA AGRO ORGANIK
Kami menjual baja ini dalam bentuk packing 10 kg dan juga loose(by tan).Nisbah campuran baja ini adalah 20 ke 30 kg tanah biasa/top soil dengan 10 kg baja ini. Atau bagi penanaman di polibeg atau batas, nisbah campuran adalah 1 genggam baja untuk satu lubang.
Kandungan Baja Unsur-unsur Makro
Nitrogen - 21% : Kalium - 15% : Phosphoran - 15%
Unsur-unsur Mikro
Magnesium, Boron, Zink, Phosphate dan Plumbum
KELEBIHAN AGRO POT
Boleh digunakan secara terus sebagai medium tanaman. Untuk penjimatan, boleh dicampurkan dengan tanah, cocopeat atau sekam dengan kadar 1 : 3. Kandungan nutrien boleh bertahan sehingga 100 hari. Setelah itu boleh ditambah lagi Agropot/Baja Agro Organik sebanyak 1 genggam untuk meningkatkan semula nutrien.
Kandungan Agro Pot
Tanah hitam Jati : Kompos Organik : Bio Magnesium : Phosphate : Sekam : Nitrogen Base
PENUBUHAN KELAB AGRO POT FAN CLUB
Kami juga merancang Kelab AGRO POT FAN CLUB (CULTURE @ INCOME). Masih dalam peringkat perancangan agenda. Kelab ini akan berfungsi untuk melatih bakal-bakal petani yang berminat untuk menjadikan pertanian sebagai asas kehidupan.
Taklimat, latihan dan pasaran akan disediakan melalui program-program yang kami sedang rancang dan aturkan sebelum pelancaran nanti.
Matlamat kami adalah untuk mengalakkan kewujudan petani-petani yang berwibawa dan berilmu yang bakal menjadi perintis serta ilmuan dan tidak hanya memikirkan soal keuntungan sahaja.Insya Allah dengan izinNya nanti kami akan umumkan pelancaran kelab dan agenda-agenda yang telah disusun. Kepada yang berminat untuk pembelian baja dan keahlian kelab sila hubungi saya Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff aka shamzaagroproduct di 012-911 6165 .

No comments:

Post a Comment