SELAMAT DATANG

Friday, February 6, 2009

PERANCANGAN DI TAHUN 2009

Assalamualaikum wmt.....

Tahun 2008 telah hampir 2 bulan berlalu pergi, tahun 2009 menghamparkan cabaran yang lebih mencabar. Perancangan demi perancangan dibuat beserta doa dan tawakkal kepada Allah. Namun kita manusia ni hanya mampu merancang, tapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Apa jua anugerah dan cubaan dariNya kita harus terima dengan redha. Begitulah dengan aku ni, macam-macam perancangan dibuat (+-angan2) namun, tak semuanya berjalan lancar. Ada juga terhenjut, terhencut sana-sini. Semuanya sebagai pedoman untuk masa hadapan.

Baiklah lupakanlah apa yang dah lepas, kembali semula ke alam nyata.

Kay, lama dah aku tak update blog ni, sibuk sangat dengan kerja dan kebun.

Banyak perkara aku nak paparkan dalam ni, tapi ntahlah kepala tengah serabut sangat dengan berbagai kerja dan perancangan. Rasanya biarlah aku paparkan beberapa keping gambar aktiviti tahun lepas je dulu. Nanti bila ada masa terluang aku akan manage balik blog ni.

So...nilah cara aku menanam cili dan terung aku dalam polibeg kat umah. Campuran..top soil + pasir sungai + EFB fiber + Baja Organik.


Top Soil

Pasir Sungai


EFB Fiber

Baja Organik
Campuran Medium
Medium Tanaman
Ok, rasanya ini je dapat dipaparkan kali ni, coz, dah dekat time balik. Nanti ada masa aku akan paparkan hasilnya. Untuk pengetahuan campuran ini aku nuat pada 30.11.2008. Penanaman aku buat pada 15.12.2008, terdelay sikit coz ada masalah pada anak benih. sekarang ni pokok pun dah belajar2 berbuah dah. Nantilah bila-bila aku update lagi.
Pada yang melawat blog aku ni, berbanyak terima kasih diucapkan kerana sudi singgah. Apa yang baik harap dapat dijadikan tauladan, yang buruk tu.....buang jelah dalam tong sampah atau komposkan je. Ok. Bye!!!!

No comments:

Post a Comment