SELAMAT DATANG

Thursday, February 12, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR 2008

Assalamualaikum... Selepas post yang lepas, aku ada terima beberapa sms dan pertanyaan di thread2 lain. Antaranya :

1. Penggunaan air basuhan beras sebagai penggalak bunga dan buah

2. Amende EFB tu?

Baiklah aku cuba cerita sikit-sikit apa yang boleh:

1. Penggunaan air basuhan beras sebagai Penggalak Bunga dan Buah

Berdasarkan apa yang aku praktikkan selama ni, biasanya air basuhan beras aku simpan tapi janganlah sampai 2, 3 hari. Kang jadi tuak lak. Senoneng bau dia. Air ni biasanya aku campurkan nisbah 1:3(air biasa), pastu siram je kat pangkal pokok. Kesannya biasa dalam 5, 6 hari, pokok akan mula berbunga lebat. Pastu jadi putik buahlah. Boleh juga ambil beras, dikisar, dicampu dengan air dan ditapis. Ambil airnya, yang serdak tu bagile ayam makan. Nak lagi umphh..campur ngan NPK Blooming 18:18:21+Mg+Ca+Te.
2. Amende EFB tu?
EFB tu adalah Empty Fruit Bunch (Tandan Sawit Kosong). Ia adalah tandan sawit yang terhasil selepas proses pengekstrakan minyak kelapa sawit. Tandan ni kalau kat kilang proses minyak sawit, buang gitu2 je. Ada gak kami gunakan sebagai 'Boiler Fuel'. Sejenis bahan lignocellulosic yang mudah mereput dan menjadi 'slow release fertiliser' untuk pokok dan tanah. Untuk tanah berpasir dia akan menjadi agen pemegang air dan untuk tanah yang padat, dia akan memberi keronggaan pada tanah bila dicampurkan. pH sekitar 6 ke 7.5. Amat sesuai bagi penanaman sebarang jenis pokok.

Actually benda ni aku perasan secara tak sengaja. Masa tu refiner fiber kami tersumbat, so aku buang bunches yang tersumbat pada refiner blade. Sisa tu aku buang je kat pokok cili padi aku kat tepi2 kilang tu. Ontah camno lepas sebulan rasanya, kebanyakan pokok2 cili yang hidup segan mati tak mahu tu, membuak2 daun dan bunganya. Dari situ timbul idea aku untuk cuba guna EFB ni sebagai campuran medium tanaman. So aku test kat kebun aku dan yang kat rumah. Alhamdulillah memang menggalakkan tumbesaran pokok dan buah.

Tapi untuk gunakn benda ni elok dikisar dan dibasuh dulu, coz dia mengandungi starch, sisa minyak, selulose dan hemiselulose...amat disukai oleh 'Yellow Fungus' dan agas. Atau leh gak dikompos sekurang2nya dalam 20 hari dimana segala fungus dan agas ni akan hilang sendiri bila dah mereput.

Actually benda ni kami dah wat research lama dah untuk menggantikan kayu dalam wood based industry, mulching(sungkupan tanah cum fertiliser) dan biogas. Di ladang kelapa sawit, kami biasanya kami longgokkan keliling pokok dalam 1 ke 2 kaki dari pangkal. Dia bukan macam sabut kelapa yang tak punya apa2 unsur mikro dan makro, EFB ni kaya dengan unsur2 mikro dan makro. Benda ni juga amat sesuai sebagai medium dalam penternakan cacing yang member aku test dalam skala lab sekarang ni. Rasanya tu je la secara umumnya pasal EFB ni. Kang aku cerita secara saintifik makin kompius lak orang.

Kay. Berbalik kepada tajuk asal post ni. Yang sebenarnya aku just nak paparkan apa yang dah aku buat tahun lepas untuk Fasa 1(Tahap belajar). Gambar2 ni adalah antara hasil yang diperolehi daripada penggunaan air beras dan EFB ni.


Alahai apalak kena dengan komputer ni, takleh nak download gambar lagi. Aku post yang ni dulula. Kang ada masa aku post yang lain lagi.

1 comment: