SELAMAT DATANG

Monday, January 17, 2011

KELAHIRAN BARU 15HB. JANUARI 2011

Assalamualaikum......

Setelah si Angle Malacca Cute selamat melahirkan anak pada 14hb, maka pada pagi 15hb Januari 2011, si Hotot mix English Spot pulak mula mencabut bulu pada pukul 9 pagi. Agak gelisah dan kelam kabut si Mimie ni nak beranak. Al-maklumlah perutnya besar memboyot sangat. Seharian den menunggu sehinggalah pada pukul 1.05 pagi maka selamatlah si Mimie melahirkan 6 ekor bayi yang comel-comel dan montel-montel. Den terpaksa mengurut perutnya perlahan-lahan kerana bayinya agak besar.

Mimie ni jenis pandai menjaga anak. Sebelum lahir lagi bertimbun-timbun bulunya dicabut sehingga terpaksa support dengan kertas lagi sebab selagi sarangnya tak siap, selagi tu lah dia dok mengerjakannya. Lahir je, terus anak-anak dia, dia susukan.


PUKUL 1 PAGI, DEN DOK MENGENDAP
N CURI-CURI AMIK GAMBAR MIMIE
DOK BUAT SARANG

ANAK-ANAK YANG BARU KELUAR

No comments:

Post a Comment