Assalamualaikum.....
Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang sudi membantu dan mendoakan anak kami. Tak terbalas rasanya budi baik tuan2 semua, hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan Rahmat dan KurniaNya. Syukur alhamdulillah......malam semalam nampaknya anak kami beransur pulih. Kami bincang semalam dengan doktor minta kebenaran keluar petang ni sebab takut makin bertimbun bil. Lagipun tersedak, batuk dan sesak nafasnya dah berkurang, cuma masih ada sedikit lagi susu dalam paru-paru dia. Tak seperti waktu kritikal beberapa hari lepas di mana paras oksigen cuma 40, tangan serta kaki terkulai dan bibir dah biru. Doktor ada pesan semalam, dia perlu dipantau sehingga berumur 6 bulan kerana takut berulang kembali.
Buat masa ni, anak dan isteri saya masih di Hospital Pusrawi, Wad Raihan, Katil 4-3. Kalau kata petang ni dapat keluar, akan saya bagitau. Terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan dan membantu.
Terima
Buat masa ni, anak dan isteri saya masih di Hospital Pusrawi, Wad Raihan, Katil 4-3. Kalau kata petang ni dapat keluar, akan saya bagitau. Terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan dan membantu.
banyak bersabar bang..dugaan ni
ReplyDeleteSemoga Allah kembalikan kesihatan kepada anak yang tersayang.
ReplyDeleteSemoga tuan tabah dan kuatkan hati menghadapi dugaan. Allah beri ujian kepada mereka yang Dia tahu boleh hadapi.
ReplyDeletePerihal anak memang boleh mengguris hati dan perasaan, terlebih utama ketika mengerang sakit.
Semoga diberi kemudahan olehNya, keredhaanNya dan kesihatan yang baik-baik. InsyaAllah. Amin ya rabbal alamin.
Tuan dan isteri juga perlu jaga kesihatan. Rehat jika ada peluang. Waktu-waktu begini, tenaga dan keperihatinan untuk anak amat perlu.