Assalamualaikum......
Agak lembap sedikit nampaknya pasaran arnab sekarang ini, mungkin dah ramai yang menternak dan dah ramai yang dah jadi peniaga gamaknya. Hargapun nampaknya dah tak boleh sustained macam mula-mula den meniaga dulu. Kadang dah tak tahu berapa limit up n down pasaran. Jadi untuk terus remain dalam biz ni, den pun tak terkecuali terpaksa juga mengikut trend pasaran.
Buat masa ni nak offer apapun tak pasti kepada peminat-peminat arnab dan lain-lain. Dalam masa 2 bulan mendatang ni rasanya den kena dok bertapa dengan arnab-arnab yang ada ni dulu untuk dibiakkan semula setelah "Lelongan Awam" beberapa minggu lepas. Mungkin selepas isteri den bersalin pada awal bulan 5 ni dan 2 bulan berikutnya, den terpaksa kembang-biakkan dulu bakal-bakal induk yang ada ni bagi kesinambungan akan datang. Agak perit buat masa ni kalau sekadar menjadi "Full-time/Part-time trader" sahaja. Rasanya kena menjadi "Breeder" semula. Baru rasanya den dapat bersaing dengan harga yang ada dalam pasaran ketika ini.
Justeru itu, sementara menunggu perancangan menjadi kenyataan, periuk nasi perlu juga diisi. Nak tak nak sementara belum ada stok keluaran sendiri untuk dijual, den masih terpaksa bergantung kepada pembekal-pembekal yang sedia ada untuk meneruskan hidup. Setelah difikir-fikir, dicongak-congak, digodek-godek, maka soal keuntungan terpaksa diketepikan dulu, asalkan ada sedikit income dan modal bergolek masuk bagi meneruskan minat dan perniagaan ini. Bak kata orang, kalau dah tahu periuk sendiri tu kecik, janganla berangan nak kerak besor-besor........
Jadi serentak dengan ini, arnab-arnab yang ada sekarang ni akan den biakkan semula, di samping penanaman semula cili F1 dan cili padi, timun, terung dan sebagainya di dalam polibeg untuk dijual cili bersama pokoknya sekali apabila berbuah kelak. Lama dah rasanya den abaikan penanaman pokok-pokok sayuran untuk memenuhi Fardhu Kifayah membekalkan keperluan makanan dan sayuran pada masyarakat sekeliling.
Namun sementara nak menunggu semuanya tumbuh segar, nak tak nak rezeki perlu juga dicari. Masih tetap kena menjual arnab juga buat masa ini, tapi mungkin dengan margin keuntungan yang kecil sahaja. Harapan dan doa den, semoga masih adala yang berminat dengan arnab-arnab yang den promosikan buat meneruskan kelangsungan........
Sekian..................SHAMZA

No comments:
Post a Comment