SELAMAT DATANG

Saturday, April 30, 2011

MACAM-MACAM ADA.....

Assalamualaikum........

Lama rasanya tak menjenguk ke sini, al-maklum sentiasa standby kat rumah kot-kot wife nak bersalin....... Kadang sempat tak sempat je nak menjawab atau membalas panggilan atau sms rakan-rakan semua. Minta maafla banyak-banyak kalau ada yang tak terjawab tu......

Berikut ini ada beberapa barangan yang hendak saya iklankan di sini jika ada yang berminat. Kalau ada yang berminat tu, hubungilah den di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza).



ITIK NILA (ITIK DAGING)
RM 7.00 SEEKOR

ITIK SERATI (ITIK TELUR)
RM 6.00 SEEKOR

ANGSA KELABU
RM 80.00 SEEKOR

ARNAB MIX
RM 40 SEEKOR


Friday, April 22, 2011

LAGI ARNAB UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum.....

Berikut ini ada beberapa ekor anak arnab berusia 1 bulan lebih ke 2 bulan yang rakan den minta tolong jualkan kepada sesiapa yang berminat. Kalau ada yang berminat tu, bolehlah hubungi den di 012-911 6165 atau datang ke rumah den di Pekan Bangi Lama. Sume arnab-arnab tersebut ada di rumah den.


HOTOT
RM 110 SEPASANG

ANGORA - JANTAN
RM 80

LIONHEAD - JANTAN
RM 60
(Ada failure sikit, telinga sebelah takda sebab termakan dek ibu dia masa kecil.
Tapi sihat dan cergas)

NEW ZEALAND WHITE - BETINA
RM 60 SEEKOR


Manakala yang lain-lain ni pula terbuka untuk dijual, tapi kena order dulu, dalam sehari, leh la datang amik.


TURKISH ANGORA - JANTAN 2 EKOR
UMUR 3 BULAN
RM 220 SEEKOR
SAPA-SAPA NAK, AMIKLA RM 190 SEEKOR




KELAHIRAN 18HB APRIL 2011

Assalamualaikum......

Alhamdulillah....pada 18hb April 2011 seekor ibu NZW yang baru pertama kali bunting telah selamat melahirkan 3 ekor anak yang sihat-sihat. Kira okla buat pertama kali jadi ibu pada usia 6 bulan. Alhamdulillah juga, ibunya pandai menjaga dan meyusukan anaknya. Tiap pagi, tengahari, petang dan malam den menjenguknya....nampaknya tak perlulah den risaukan andai ibunya tak menyusu....semuanya buncit-buncit berkilat perut masing-masing.......




Monday, April 18, 2011

SUGAR GLIDER DAN ARNAB



Assalamualaikum....


Berikut ni dipaparkan semula arnab-arnab yang ditawarkan berserta dengan harga baru(dengan sedikit diskaun). Jika ada yang berminat, sila hubungi saya di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza).







(GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR CONTOH - RUPA YANG DITAWARKAN ADALAH SAMA, KECUALI SAIZ DAN UMUR ADALAH 2 BULAN LEBIH)
SUGAR GLIDER
UMUR 2 BULAN LEBIH
RM 280 SEEKOR
RM 550 SEPASANG



NEW ZEALAND WHITE (BETINA)
(TINGGAL 2 EKOR JE)
UMUR 5 BULAN
RM 180
SEKARANG RM 160





PEJANTAN TEDDY BEAR
UMUR 6 BULAN
RM 260
SEKARANG RM 220



INDUK BETINA TEDDY BEAR
UMUR 9 BULAN
RM 280
SEKARANG RM 220







MERENUNG SEJENAK

Assalamualaikum......

Agak lembap sedikit nampaknya pasaran arnab sekarang ini, mungkin dah ramai yang menternak dan dah ramai yang dah jadi peniaga gamaknya. Hargapun nampaknya dah tak boleh sustained macam mula-mula den meniaga dulu. Kadang dah tak tahu berapa limit up n down pasaran. Jadi untuk terus remain dalam biz ni, den pun tak terkecuali terpaksa juga mengikut trend pasaran.

Buat masa ni nak offer apapun tak pasti kepada peminat-peminat arnab dan lain-lain. Dalam masa 2 bulan mendatang ni rasanya den kena dok bertapa dengan arnab-arnab yang ada ni dulu untuk dibiakkan semula setelah "Lelongan Awam" beberapa minggu lepas. Mungkin selepas isteri den bersalin pada awal bulan 5 ni dan 2 bulan berikutnya, den terpaksa kembang-biakkan dulu bakal-bakal induk yang ada ni bagi kesinambungan akan datang. Agak perit buat masa ni kalau sekadar menjadi "Full-time/Part-time trader" sahaja. Rasanya kena menjadi "Breeder" semula. Baru rasanya den dapat bersaing dengan harga yang ada dalam pasaran ketika ini.

Justeru itu, sementara menunggu perancangan menjadi kenyataan, periuk nasi perlu juga diisi. Nak tak nak sementara belum ada stok keluaran sendiri untuk dijual, den masih terpaksa bergantung kepada pembekal-pembekal yang sedia ada untuk meneruskan hidup. Setelah difikir-fikir, dicongak-congak, digodek-godek, maka soal keuntungan terpaksa diketepikan dulu, asalkan ada sedikit income dan modal bergolek masuk bagi meneruskan minat dan perniagaan ini. Bak kata orang, kalau dah tahu periuk sendiri tu kecik, janganla berangan nak kerak besor-besor........

Jadi serentak dengan ini, arnab-arnab yang ada sekarang ni akan den biakkan semula, di samping penanaman semula cili F1 dan cili padi, timun, terung dan sebagainya di dalam polibeg untuk dijual cili bersama pokoknya sekali apabila berbuah kelak. Lama dah rasanya den abaikan penanaman pokok-pokok sayuran untuk memenuhi Fardhu Kifayah membekalkan keperluan makanan dan sayuran pada masyarakat sekeliling.

Namun sementara nak menunggu semuanya tumbuh segar, nak tak nak rezeki perlu juga dicari. Masih tetap kena menjual arnab juga buat masa ini, tapi mungkin dengan margin keuntungan yang kecil sahaja. Harapan dan doa den, semoga masih adala yang berminat dengan arnab-arnab yang den promosikan buat meneruskan kelangsungan........

Sekian..................SHAMZA