SELAMAT DATANG

Wednesday, February 16, 2011

APA NAK JADI......

Assalamualaikum.................

Entahlah apa nak jadi dengan pasaran arnab sekarang ni...... Bila baca je Chat Box saya tu pagi ni..........emmmm.....barulah tahu apa puncanya mengapa amat berat untuk mengambil tempahan yang pelanggan perlu membayar depositnya terlebih dahulu. Disebabkan seorang, habis yang lain pun tak dapat nak cari pendapatan.

Kami ni sebagai penjual arnab, tidak dapat tidak kadang-kadang terpaksa mohon deposit daripada pelanggan sekiranya arnab yang dikehendaki tiada di reban kami ni. Ya lah.....bila nak ambil daripada pembekal, perlulah membayar secara tunai. Tak larat kami nak mengambilnya terlebih dahulu memandangkan keuntungan ambil daripada pembekal sekadar 30% sahaja dan kadang-kadang 20% sahaja jika ditawar harganya. Contoh macam saya ni lah, biasanya ambil deposit dalam 50% ke 60% manakala baki lagi 10% ke 20% tambahan daripada duit sendiri je untuk mengambil sesuatu tempahan. Tak dibuat alamat stoplah sahaja biz ni, tapi disebabkan minat terhadap penternakan dan perniagaan arnab ni dah jadi macam darah daging, teruskan jugalah. Mungkin sekarang ni peringkat getir dalam perniagaan ni......jadi bersabar je lah....

Jadi di sini, bagi sesiapa yang hendak mencari baka berikut tetapi terasa berat hendak membayar depositnya terlebih dahulu, bolehlah datang ke rumah saya samada untuk melihat terlebih dahulu atau CnC. Antara yang ada :

1. Lionhead 2 bulan (ada 4 ekor) - RM 60 seekor

2. Mini Lop 1 bulan setengah (ada 3 ekor) - RM 260 seekor

3. Mix rabbit 2 bulan setengah (ada 2 ekor) - RM 50 seekor

Bagi yang hendak Teddy Bear, ND atau Mini Rex......emmm....kalau sanggup bagi deposit, barulah saya sanggup dapatkan....jika tak....biarlah jadi sejarah je lah baka-baka tersebut....... Tapi sekiranya ada yang berminat dan yakin dengan saya, Insya Allah saya akan mengambilnya untuk tuan-tuan...........

Ikhlas dari : SHAMZA............

2 comments:

  1. .banyak2 bersabar. belives me nothing comes easy..berfalsafah la pulak..

    ReplyDelete
  2. orderla dari pantai timur ni. harga boleh koutim

    ReplyDelete