Tujuan datang CC ni tadi adalah untuk masukkan gambar-gambar anak-anak ND hasil dari kacukan ND dan Mini Rex, tapi entah macamana tertinggal lak adapter. So, terpaksala cerita benda lain je.
K, topik yang sedang hangat sekarang ni terutamanya di kalangan penternak-penternak baru adalah berkenaan "Sudden Death"!!! Whuihhh....ngeri bunyinya...tapi awas itu yang sedang dan akan tuan-tuan hadapi dalam keadaan cuaca sekarang ini, terutamanya di waktu malam dan awal pagi ketika dan selepas hujan lebat.
Nak tahu kenapa??? Dalam ChatBox dah saudara LAN dan saya ceritakan sedikit sebanyak, tapi nak bagi jelas lagi dan dapat dijadikan panduan, so saya letakkan dalam pos ni.
Sebelum kita bercerita langkah-langkah yang perlu diambil, lebih baik kita fahami makna "Hibernasi" itu sendiri. So, menurut Carey, H.V., M.T. Andrews and S.L. Martin. 2003,
"Hibernation is a state of inactivity and metabolic depression in animals, characterized by lower body temperature, slower breathing, and lower metabolic rate. Hibernating animals conserve food, especially during winter when food supplies are limited, tapping energy reserves, body fat, at a slow rate. It is the animal's slowed metabolic rate which leads to a reduction in body temperature and not the other way around.
Hibernation may last several days or weeks depending on species, ambient temperature, and time of year, and fur on the animal's body. The typical winter season for a hibernator is characterized by periods of hibernation interrupted by sporadic euthermic arousals wherein body temperature is restored to typical levels. There is a hypothesis that hibernators build a need for sleep during hibernation more slowly than normally, and must occasionally warm up in order to eat. "
Dalam bahasa Malaysia kita lebih kurang maknanya " Hibernasi adalah satu keadaan di mana aktiviti berkurangan dan kadar metabolisma serta pernafasan pada haiwan menurun dengan drastik, membabitkan penurunan suhu badan dan pernafasan yang amat perlahan. Dalam keadaan hibernasi, haiwan memerlukan dan menyimpan makanan, terutama dalam bentuk lemak dalam badan bagi membekalakan suhu suhu dan tenaga kepada badan.
Dalam situasi cuaca kita sekarang ni, amat penting penghadang angin seperti kanvas, orchid net atau guni dipasang di sekeliling sangkar yang terletak di luar rumah atau reban yang berbumbung tinggi. Udara dingin yang lembap dan bertiup menjadi penyebab penyakit kembung, teethiing dan cirit.
Bekalan makanan terutamanya di waktu malam dan hujan perlu cukup untuk membekalkan tenaga dan suhu kepada arnab. Waktu begini, arnab kuat makan dan tidur sahaja. Jika bekalan makanan tidak mencukupi atau habis, arnab akan mempunyai tendensi untuk 'mengakas-ngakas' di dalam sangkar dengan di akhiri dengan mati "KEJUNG". Ada orang bersangka arnabnya mati mungkin disebabkan disergah sesuatu seperti ular atau anjing, tetapi sebenarnya ia mati kerana lapar, sejuk dan kehilangan tenaga serta suhu di dalam badan.
Jangan terkejut jika langkah tidak diambil, dalam satu malam berekor-ekor arnab terkorban!!!!!
No comments:
Post a Comment