SELAMAT DATANG

Friday, December 24, 2010

TAHUN BARU LOP EAR 2011

Assalamualaikum....

Tahun baru 2011 tak lama lagi akan menjelang. Dalam sibuk-sibuk dengan urusan seharian, tak kurang juga ramai ibu bapa yang berkerut dahi dan kening serta berkeroncong perut memikirkan perbelanjaan menjelang musim baru persekolahan. Tak kurang juga dengan den....hehehe..... Tapi itulah lumrah kehidupan....."Mahu atau tidak kena tempuhi juga"

Oklah.....yang di atas tu dah tentu semua ibubapa akan menempuhinya.....sabar je laaa.....

Apa yang hendak den sampaikan di sini, serentak dengan tahun baru ni, Insya Allah di tahun hadapan akan meriahlah reban den dengan anak-anak Lop Ear. Ada beberapa induk yang sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak dan tidak kurang juga yang sedang bunting. Insya Allah jika ada rezeki menjadi semuanya, akan den update ke blog ini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Insya Allah jika tiada sebarang aral, esok den akan updatekan stok arnab terbaru untuk dijual, seperti ND, Mini Rex dan TB. Sehingga itu....Assalamualaikum......

Monday, December 20, 2010

ARNAB EKSOTIK UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum.....

Berikut ini ada beberapa ekor induk arnab baka eksotik yang hendak dijual. Kesemuanya sudah beberapa kali menunjukkan prestasi gemilang dalam menghasilkan baka. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165 (Hisham).




TEDDY BEAR JANTAN
UMUR 8 BULAN

SEJARAH - TELAH TERBUKTI PRESTASI 2 KALI

RM 350
ENGLISH ANGGORA JANTAN
UMUR 1 TAHUN

SEJARAH - TELAH TERBUKTI PRESTASI 3 KALI
RM 480
LOP EAR BETINA
UMUR 1 TAHUN

SEJARAH - 3 KALI BERANAK DAN PANDAI JAGA ANAK

RM 390


Sampingan dari di atas, berikut adalah beberapa ekor Angora Lion berumur 3 bulan untuk dijual:



2 EKOR SEBELAH KIRI - BETINA
SEBELAH KANAN - JANTAN
RM 80 SEEKOR




DAGING ARNAB

Assalamualaikum....

Kepada tuan-tuan yang berminat hendak merasa keenakan daging arnab, bolehlah membuat tempahan sekarang. Tempahan tuan-tuan boleh diambil pada hari Sabtu nanti jika terpaksa dihimpun sehingga 20 kg. Jika ada yang hendak sehingga atau melebihi 20 kg sekali hantar, tempahan tuan-tuan akan diserahkan sehari selepas hari tempahan.

Harga bagi 1 kg Carcass Arnab (daging beserta tulang) pada masa ini kami tawarkan pada RM 32/kg.

Sila hubungi saya di 012-911 6165 (Hisham) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Thursday, December 16, 2010

STOK YANG ADA UNTUK DIJUAL



Assalamualaikum......

Pertama-tamanya nak minta maaf sebab lama tak jengok ke sini. Sibuk sikit dengan berbagai-bagai perkara terutama berkenaan stok arnab yang sukar diperolehi sekarang ini. Berbagai-bagai baka yang diminta oleh rakan-rakan, terkadang poning gak kepalo den nak dapatkan. Tidak dinafikan sukar untuk mendapatkannya buat masa ini dan harga pun ada sedikit peningkatan untuk mengambilnya. Tapi den cuba gak "absorb" kenaikannya demi kepuasan hati rakan-rakan.

Bagi rakan-rakan yang bertanyakan arnab-arnab baka Teddy Bear, Holland Lop dan English Angora, den mohon berbanyak maaf kerana pada waktu ini..........................................takda bekalan.......Huwaaaaa.........

Jadi, den pun tak tahu nak story apa lagi. So, kita teruskan ke gambar-gambar arnab yang boleh dibeli atau ditempah untuk dimiliki dengan segera ketika ini.




ANGORA BETINA (2 BULAN)
RM 80 SEEKOR

ANGORALION (3 BULAN)
RM 80

LIONHEAD JANTAN (2 BULAN)
RM 60 SEEKOR

ANGORA (JANTAN)
* LUM DAPAT DILEPASKAN KERANA UNDER TREATMENT

LIONHEAD BETINA (3 BULAN SETENGAH)
RM 80

ANGORA BETINA (3 BULAN)
RM 80

NETHERLAND DWARF (2 BULAN)
RM 200 SEEKOR

MINI REX (3 BULAN)
RM 220 SEEKOR

FUZZY LOP (2 BULAN)
RM 550 SEPASANG


Bagi yang ingin memiliki arnab-arnab di atas, talian Hot Line dibuka sekarang. Caranya dengan menalifon atau sms kepada saya di 012-911 6165 (Hisham).



PEMBERITAHUAN LAIN


BERITA 1






Bagi yang ingin memiliki arnab-arnab baka pedaging, harga-harganya adalah seperti berikut :

New Zealand White dan Chinchilla (Flemish Giant dah habis stok)

40 hingga 50 hari
Jantan RM 60, Betina RM 80 (per seekor)

3 bulan
Jantan RM 160, Betina RM 180 (per seekor)

6 bulan
Jantan RM 260, Betina RM 280 (per seekor)


BERITA 2

Bagi yang tinggal jauh (di luar Selangor melebihi 100 km pergi dan balik). Insya Allah, penghantaran dengan bas Ekspress boleh di uruskan bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pemandu (Biasanya dalam RM 30 ke 45 bergantung kepada destinasi).

Bagi yang memerlukan penghantaran di sekitar 100 km Radius pergi dan balik, caj penghantaran sekitar RM 15 ke 25 (Tertakluk pada jarak). Kalau setakat Bandar Baru Bangi, Seri Putra dan Kajang tu - FOC je la.


BERITA 3

Bagi yang ingin membeli aksesori arnab seperti sangkar, botol minuman, vitamin, shampoo, makanan dan lain-lain, pun boleh smskan order anda kepada den.

Jika memerlukan perkhidmatan suntikan untuk penyakit kurap arnab, pun boleh hubungi den juga. Caj sekitar RM 8 seekor (Kalau mai kat rumah la).


AKHIR KATA

"MAJUKAN PENTERNAKAN ARNAB UNTUK EKONOMI MALAYSIA"

PEMENANG TEKA APA KE BENDA NIH!!!


Assalamualaikum....
Kah kaha kah....macam2 jawapan tuan-tuan bagi. Tapi peneka yang paling tepat adalah Arnabtadika dan Betta. Tahniah!!! Mai umah den amik arnab sekor sorang......

Tapi tahukah anda berapa harganya???? Agak-agak berapa sepasang tu...... Hah!!! Teka-teka....

arnabtadika said...

ni monyet kecik...mamorset..

Adek said...

sugar glider?

bantak said...

kongkang erk?

Betta sp said...

mcm monyet jek. saya rasa nie common marmoset

man said...

la...ini musang....gambar ni ambil kat ampang ker?

Bedin Jusoh said...

......Godzila dari Japang.....Tak pun beruk Mat Yeh yang jahat. Klu yg baik kena panjat kelapa! Hehehe

Mosaic Rabbits Farm said...

Nie 2 ekor arnab yang bertindih..



Monday, December 13, 2010

AGAK-AGAK APA KE BENDA NI !!!!!????

Assalamualaikum.......





Huhuhu..... Agak-agak korangla....apa ke benda haiwan yang di dalam Cage ni dan berapa harga dia???? Kalau sapa leh jawab "Free" sekor anak arnab kampung/mix. Tekaan yang tepat je yang diterima.....hehehe....

Kengkawan terdekat dilarang sama sekali meneka.....hehehe....

Wednesday, December 8, 2010

SHAMZA EXOTIC DISHES

Assalamualaikum....

Dah penat asyik jual arnab je dari tahun lepas, maka den dah mereka-cipta beberapa resepi istimewa bagi peminat-peminat arnab sekelian. Hidangan ini dibawakan khas dari Dapur Shamza yang kekadang berasap...kekadang idak.....hehehehe......



SHAMZA RABBIT STEW

SHAMZA HALF BOILED RABBIT EGG

SHAMZA HOT CLAYPOT RABBIT MEAT

SHAMZA HONEY "BUNNY" SUGAR PLUM
ICE-BLENDED



Ada sesiapa yang berminat tak untuk menikmatinya.....hehehe.....





ARNAB-ARNAB UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum......

Berikut ini adalah beberapa anak-anak arnab yang hendak dijual kepada yang berminat. Sila hubungi saya di 012-911 6165 (Hisham).


ANGORA LION - 2 BULAN
RM 85

ARNAB KAMPUNG MIX - 2 BULAN
RM 35

MIX LIONHEAD - 2 BULAN
RM 50

FLEMISH GIANT - 48 HARI
RM 60 JANTAN
RM 80 BETINA

NEW ZEALAND WHITE - 48 HARI
RM 60 JANTAN
RM 80 BETINA