SELAMAT DATANG

Thursday, October 21, 2010

NASIB PASARAN

Assalamualaikum.....

Ada yang bertanya tentang harga arnab sekarang ni yang dah tak tentu arah(bersaing ke arah penurunan). Ntahlah......nak komen ke tidak. Kadang rasa tak berani nak komen lagi. Bimbang kena serang lagi. Jadi lebih baik saya mencari alternatif daripada terus bersaing menurunkan harga.

Memang perit nak terima hakikat, walau hati menangis bila melihat harga-harga sekarang tapi apalah daya kita nak bendung. Apa yang saya buat, saya buat je arnab kampung atau mix sekarang ni di samping baka-baka fancy. Walau untung dalam RM 6 ke 8 je seekor, tapi "Alhamdulillah" sekurang-kurangnya bergerak juga walau lambat dan perit. Macam saya ni, trader dan penternak kecil-kecilan, kos sebenarnya lebih tinggi untuk pengambilan arnab.

Sebagai contoh:

Katakan seekor arnab fancy, harga ambil untuk jual balik, RM 120 ke 150 seekor, dijual pada harga RM 190 ke 220 seekor. Nampak atas kertas untung RM 80 seekor!! Tapi kalau dikira kos pengambilan seperti minyak dan tol dalam RM 30 (jarak paling dekat, tidak termasuk yang menjangkau RM 50 untuk pergi ambil), makanan dll dalam RM 10, maknanya dah tinggal RM 40 je. Belum termasuk lagi yang diberi diskaun. Pusing-pusing, akhirnya tinggal RM 10 seekor juga keuntungan. Jadilah, ada gak RM 10, alhamdulillah. Inilah situasi sekarang.

Jadi apa yang saya lakukan sekarang, buat je la baka kampung atau mix yang leh jual RM 28 ke 60 seekor. Sekurang-kurangnya ada sale walau sekali dua seminggu daripada ada sale sekali dua sebulan dengan keuntungan yang hampir sama. Melainkanlah arnab tu tuan-tuan sendiri yang ternak.

Diharap jangan ada yang salah anggap dengan pendedahan saya ni. Ini adalah hakikat yang saya alami sekarang sebagai panduan kengkawan. Jadi sempena hari ini juga, saya fix kan harga-harga arnab yang boleh saya jual sepertimana yang tertera dalam blog ini. Inilah sahaja harga-harga yang mampu saya tawarkan berdasarkan tawar menawar dari customer sebelum-sebelum ini. Kalau nak murah lagi, saya minta maaf banyak-banyak, tak termampu dan tak terdaya saya nak diskaunkan lagi. Bukan menyombong, tapi hakikat. Kalau diskaun lagi, mungkin lepas ni, terpaksa tinggalkan sahaja dunia arnab. Ikhlas.......SHAMZA.


2 comments:

  1. Itu belum lagi kira kalau mati...huhu. rugi terus.

    Nak komen sikit tentang profile tuan tu..."To be a batter man" tu salah...batter maksudnya "tepung bermajerin yg telah dipukul". Patutnya "better", maksud "lebih baik". Lama dah nak tegur tapi tak gamak....

    ReplyDelete
  2. Hehehe....kawan yang letak, bukan den....TQ

    ReplyDelete