SELAMAT DATANG

Monday, April 5, 2010

CHUBBY DAH TAKDA

Terkedu......tergamam.....sedih.......sewaktu den bagi arnab-arnab makan pagi tadi, di kala itulah "Chubby" menghembuskan nafas terakhirnya.......dalam keadaan penuh seksa dan kesakitan di depan mata den sendiri.

Untuk pengetahuan, "Chubby" (jantan) den pelihara semenjak umur 1 bulan lagi setelah kematian ibunya. Ia adalah milik kawan den dan diberikan kepada den kerana beliau tidak punya masa untuk menjaganya. Kiranya "Chubby" first batch den semenjak memulakan semula penternakan arnab. Lahir pada 25hb Julai 2009, hanya sempat menyusu selama dua minggu je dengan ibunya. Lepas tu menjadi anak yatim bersama seekor lagi adiknya "Jumpy" (betina). Sempat menghasilkan zuriat bersama "Jumpy" sebanyak 5 ekor. Sekarang semuanya menjadi kenangan sahaja.

"Chubby" pergi kerana mengalami masalah pernafasan hampir 5 hari. Pernafasannya mencungap-cungap dengan teruk. Puas den cuba ubatkan, tapi apakan daya.......dah ajal dia......








No comments:

Post a Comment