SELAMAT DATANG

Thursday, February 18, 2010

RESEPI MASAKAN DAGING ARNAB


Daging Arnab Rendang Kicap Berempah



Bahan - bahan :

600 g daging arnab
1/2 cawan kicap pekat
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh jintan manis - digiling
1 sudu teh jintan putih - digiling
3 sudu besar ketumbar - digiling
6 ulas bawang merah - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
2.5 sm halia - digiling
3 sudu besar gula
1 biji bawang besar
(dipotong bulat)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:
  1. Daging dipotong kecil-kecil dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula.
  3. Perapkan selama 1/2 jam.
  4. Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan.


Kari Pedas Daging Arnab

Bahan - bahan :

1.5 kg daging arnab
2 biji bawang besar - digiling
7 biji buah keras - digiling
1.5 sm kunyit - digiling
3 batang serai - digiling
1.5 sm langkuas - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh serbuk biji sawi
1.5 kg ubi kentang - dibelah empat
2 biji cili hidup - dibelah dua
1cawan minyak masak
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya.
  2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong .
  4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya

Inti Karipap Daging Arnab

Bahan - bahannya :

600 g daging arnab (dicincang halus)
2 sudu besar jintan manis - digiling
3 cm halia - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
5 ulas bawang merah - digiling
300 g bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit daun bawang dan daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi untuk menumis

Cara Membuat :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang digiling sehingga bangkit aromanya.
  2. Masukkan daging dan setelah dikacau rata masukkan pula sedikit air untuk mengempukkannya.
  3. Apabila daging sudah masak dan sebati, masukkan bawang besar dan kacau sehingga rata.
  4. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun sup.

Arnab Masak Merah

Bahan-Bahan :

1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A :

6 tangkai cili merah)
2 batang serai )
2 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) dikisar halus
1 inci halia )
1 inci lengkuas )

Bahan B :

½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Sayur Campuran
2 helai daun kunyit

Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan :

Daun bawang/sup

Cara :
  • Tumis bahan A.
  • Bila wangi, masukkan bahan B.
  • Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang ½ masak tadi.
  • Masukkan daun kunyit dan santan.
  • Bila didih, masukkan sayur campuran.
  • Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.
  • Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.

Tambahan :

Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti.


Sup Kepala Arnab

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:

1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :

2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :

Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.


Dipetik dari Blog: Badrulzamani


No comments:

Post a Comment

Post a Comment