Assalamualaikum..... Salam perkenalan kepada semua warga pertanian dan insan-insan yang baru hendak berjinak dengan pertanian.
Nama ku, Mohd Hisham bin Mohamad Yusoff. Umur adalah dalam 30 ke 40 tahun. Yang lain rasanya tak perlulah cerita detail.
Apa yang hendak aku paparkan nanti bila complete item yang hendak aku utarakan dalam blog ini adalah berkenaan pertanian. Untuk pengetahuan, aku dah lama minat dengan pertanian ni. Semenjak di bangku sekolah lagi. Belajarpun pertanian dari sekolah menengah lagi. Tapi disebabkan qualification di UiTM adalah perkayuan, maka bekerjalah aku sebagai Penguatkuasa di Lembaga ....yu sekekap. Pastu berjinak lak dengan bidang penyelidikan iaitu di Lembaga ......wit Malaysia sampai la sekarang ni.
Nak tahu camna aku leh terjun balik dalam pertanian??? Ni aku nak story....begini. Pada suatu hari aku tengah merayau-rayau sambil fikiran buntu sangat memikirkan desakan hidup dan ekonomi keluarga yang amat tenat ketika itu. Sampai nak makan pun terpaksa cari dan kutip botol-botol plastik dan tin-tin minuman kat area Kajang. Dah penat merayau, aku pun berhentilah berehat kat Hentian Bas Kajang.
Maka dudukla aku terconggok memerhatikan manusia yang mundar-mandir mengejar masa dan ntah apa lagi yang dikejar. Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang..! Terkejut gak aku, siapa pulak yang tepuk bahu aku ni. Aku toleh ke sebelah....tiba-tiba duduklah kat sebelah aku tu seorang apek yang kira aku berumur dalam lingkungan 60 tahun. Dia senyum kat aku, aku senyumla balik. Takkanlah nak tumbuk lak.
Dia pun hulur tangan salam kat aku. Aku sambut.
Pastu dia tanya aku...'Encik apalu bikin sini?'
Aku jawab....'Tara apala apek, wa berhenti rehatla. Manyak penatla...(sambil tunjuk kat dia karung plastik yang penuh ngan botl kosong kat dia)'
Dia tanya..'Apalu bikin?'
'Tara apala apek, mahu pegi jual ini botol. Wa punya anak manyak laparla kat rumah. Mahu beli makan pun tara wang.' Sambil lap peluh kat dahi
'Woyoo...itu macam ka. Haiyaa...takkan itu macam punya susah. Lu apa keleja?'
Aku bagitau la aku kerja kat mana kat dia dengan panjang lebornya.
Apek tu senyum kat aku.....'Lu jangan susah hati. Wa mahu celita wa punya kisah masa muda-muda dulu'(sambil ngurut janggut putihnya). 'Wa dulu mana ada belajar tinggi2, apak wa dulu manyak susah. Keleja itu bijih juga. Wa selalu ikut dia pegi cari itu bijih. Satu hali aa...wa manyak helan, wa punya apak tara bawak itu dulang, tapi dia bawak itu cangkul, terung sudah kering punya sama cili. Wa tanya, apa apak mau bikin? Dia cakap...lu ikut apak dulu nanti lu tengok sendilila. Wa diam saja. Bila sampai itu lombong wa punya apak tara pegi itu biasa punya tempat. Dia masuk dalam satu tempat manyak pokok lalang. Wa lagi sekali helan woo...apa wa punya apak mahu bikin. Tiba2 dia cakap...A Peng aaa...lu cangkul ini tanah aaa...bikin kasi tinggi2(batas). wa tara tanya apa terus wa cangkul'.
Tiba2 dia tanya...'Sudah siap ka...?'
'Wa ckap sudah siap'
'Ok sekalang lu angkat ini bineh aa.. kasi cucuk tanah pakai ini kayu. Nanti lu masukkan ini benih 3 biji satu lobang. nanti kasi tutup balik aaa...'
'Wa ikut saja sampai semua benih siap tanam. Bila sudah siap, wa punya apak panggil wa duduk minum. A Peng aaa...lu tahu ka apa apak suruh lu bikin tadi? Wa cakap tak tahu'.
'Apak wa duduk diam sekejap, lepas itu aa.. dia cakap lagi, 'Satu hali nanti lu akan tahu jugak. Ini hali lu sudah tanam 40 biji terung sama 50 biji cili. Dari ini hali lu kira sampai 100 hali aa...nanti lu mali sini lagi. Sebelum cukup 100 hali lu jangan tengok ini tempat. biar apak datang solang2'.
'Itu jam lu tahu ka apa wa fikir..? Wa punya hati manyak takut wooo..... wa ingat wa punya pak sudah mahu mati ka apa'. 'Wa pelok wa punya apak'
'Sejak itu hali aaa...wa punya apak selalu keluar pagi2, balik manyak lambat. Kadang2 aaa...ada bau tahi lembu... Wa punya mak manyak bising. Apalu sana bikin lama2... sudah ada bini baru kaaa?'
'Selepas cukup 100 hali aa.. wa punya apak panggila wa lagi...A Peng, lu bawak ini pisau sama bakul'.
'Lagi sekali wa helan'. 'Wa ikut saja sampai itu hali punya tempat. lu tahu apa wa nampak...? Itu benih yang wa tanam dulu semua sudah jadi pokok sudah ada buah. belakang aa...wa punya apak sudah tanam lagi manyak pokok sayur wooo....'
'A Peng, lu ingat lagi ini tempat ka..? Wa punya apak tanya. 'Wa angguk saja'
'Ini la apa lu tanam dulu, sekalang sudah 100 hali. Lu nampak apa lu sudah dapat kalu lu boleh tahan sama sabar 100 hali? Sekalang lu pegi angkat itu buah semua. Kita pegi jual.'
'Satu pekala apak mahu bagitau samalu aa.. apa2 lu bikin mesti sabar, yakin sama rajin. Apak tala belajar tinggi, tapi kita semua ada tenaga, ada otak...kita kena fikir, rajin dan putus-asa. dalam 100 hali, tiap2 hali sebelum keleja sama lepas keleja apak datang sini siram sama baja ini pokok. Sekalang lu sendili nampakkan apa apak bikin dulu...!'
'Sejak itu hali aa...wa punya apak tara pegi lombong lagi. kitaorang sudah bikin kebun. Sekalang wa sambung wa punya apak punya keleja. Wa punya anak ada 7 olang. Semua belajar tinggi2, semua wa pakai itu kebun punya wang jugak.'
'Sini wa mahu cakap samalu aaa...tara banyak, lu bikin sikit2 dulu. Lu sayang sama lu punya pokok, lu dapat dia punya hasil. Kalu dapat ini hali lu pegi tanam, 100 hali lagi lu tengok apa wa cakap ada betoi ka tada betoi......' Apek tu tepuk bahu aku sambil bangun. Elok aku paling nak ucap terima kasih kat dia, tengok2 dah takda. Aku terpingga2 sorang.
Balik hari tu aku pinjam cangkul kawan aku. Dengan kalimah Bismillah....aku cangkul tanah yang setengah ekar kat sebelah kabin ofis aku. Aku pun tak ingat kul berapa aku balik hari tu, tapi hari tu aku berjaya siapkan 10 batas dengan kederat aku sendiri.
Kini dah lebih dari 100 hari yang apek tu pesan, untuk hasil pertama dulu aku dapat hampir RM500 dari pokok cili dan terung yang aku tanam tu.
Puas aku ronda2 hentian kajang tu mencari2 kelibat apek tu, tapi sampai la ni tak jumpa. Nak aku ucap terima kasih kerana membuka mata aku yang terpejam dulu.
Semoga kisah aku ni menjadi iktibar pada insan2 yang senasib dengan aku.
POKOK MAJAPAHIT @ Qudrifarm
4 years ago
emm....
ReplyDeleteterbuka jugak fikiran aku dalam pertanian ni
memang betul 100 hari boleh mendatangkan hasil.
kalau dapat penulis ini beritahu bila peristiwa ini berlaku.
TQ
Peh..macam tak caya. Tapi tak mustahil... Byk iktibar dari cerita ni. Terima kasih kerana berkongsi. Boleh tak saya copy and paste cerita ni kat blog saya (with credit)?
ReplyDeleteSilakanlah En. Abd. Ghani. No problem. thanks kpd yang membaca
ReplyDelete