SELAMAT DATANG

Thursday, December 18, 2008

CERITA SELEPAS CERITA 100 HARI

Rentetan dari kisah 100 hari tu, maka bermulalah hidup aku dengan pertanian. Seperti yang aku jelaskan sebelum ni, aku bermula dengan kecil-kecilan dulu sja nak buat eksperimen samada aku ni layak betani atau tak, daya ketahanan, ujian dan macam2 lagi.
Waktu mula2 buat batas aku tak ada apa2 gambar. Yang ada setelah 40 hari tanam. Tupun lepas aku dah story kat wife n anak2 berkenaan kebun aku. Waktu ni aku tanam pakai batas je. Manala ada modal nak buat fertigasi. Benih aku ambik kat MAHA, lepas puas membedek2 petugas kat situ. Waktu ni gak aku tanam bercampur2 berbagai jenis sayuran. Ada cili merah, bendi, terung, Kacang panjang, petola, timun, pisang tanduk n rastali.




Kat depan tu petola. Yang belakang cili kulai n bendi

Gambar kiri timun batang, yang kanan cili kulai


Yang kiri ni pulak terung panjang, yang kanan pisang tanduk n rastali

Selepas 70 hari



Cili-cili aku yang dah berbuah


Yang kiri bendi n kacang panjang. Kat kanan tu anak aku dengan taring bendinya



Yang ni lak Projek kat Umah




Yang kiri tu timun batang. Yang kanan kacang panjang.