SELAMAT DATANG

Monday, July 25, 2011

UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum..........

Jika ada yang berminat, berikut ini adalah arnab-arnab untuk dijual. Sila hubungi saya di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza)



ANAK-ANAK NEW ZEALAND WHITE
UMUR 55 HARI
RM 60 SEEKOR


ANAK-ANAK ANGGORA
UMUR 50 HARI
RM 60 SEEKOR


ANAK-ANAK FLEMISH
UMUR 55 HARI
RM 60 SEEKOR



Wednesday, July 20, 2011

PEMBINAAN SEMULA REBAN

Assalamualaikum............

Lama sangat dah menyepi dari menulis di blog ni. Satu sebabnya adalah kerana pasaran arnab agak perlahan sedikit sekarang, kedua......dah dekat 5 hari kereta kancil kesayangan den tersadai di bengkel tak repair-repair lagi sebab tengah mengumpul ongkos untuk merepairnya dan ketiga.....sibuk dengan pembersihan serta pembinaan semula reban yang dah reput dan roboh.Lama sangat tak bertukang, agak kejung gak tangan selepas siap memotong kayu....... Berikut ini adalah sebahagian reban yang telah hampir siap........




KEBAS TANGAN BILA NENGOK BARANG-BARANG CENGGINI.
TUNGGANG TONGGEK MIKIR BILALA NAK START

BARU SATU ROW JE SIAP

BARU 2 ROW SIAP.
LAGI SATU ROW KIV DULU.
TANGAN DEN DAH KEBAS....HEHEHE....

NI SUME UNTUK DIJUAL.
RM 45 KE RM 50 SEEKOR.
TIPON DEN DI 012-911 6165 (HISHAM)


ANTARA YANG DAH RASMIKAN

YANG NI LAK ADA SAHABAT UPAH JAGAKAN SAMPAI
DIA BERANAK DAN ANAKNYA CELIK MATA


Friday, July 15, 2011

JUMPA DI PASAR BANDAR BARU BANGI PAGI SABTU DAN AHAD

Assalamualaikum....

Seperti biasa.......berjumpa kita di Pasar Bandar Baru Bangi esok dan lusa............

INDUK BETINA MINI REX DAN 4 EKOR ANAK-ANAKNYA UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum.........

Lamanya rasa tak menjenguk ke blog dan FB. Sampai tak tahu apa perkembangan sekarang. Apakhabar rakan-rakan sekalian???? Bagaimana dengan perkembangan ternakan masing-masing? Adalah diharapkan semakin berkembang-biaklah hendaknya.......

K. Dalam pos terbaru ni takada apa sangat nak diceritakan kerana seperti biasa rutin sebagai penternak ni macam tu lah juga kecuali ada kelahiran atau baka-baka baru di pasaran. Kalau ada cerita barupun, pasal saya tengah menyiapkan reban-reban baru kat rumah untuk pembiakan arnab Mini Rex, Lionhead, pedaging-pedaging dan Lop. Lama sangat dah tertangguh-tangguh nak buat semua kerja-kerja ni. Nanti ada kelapangan lain saya akan loadkan gambarnya ke sini.

K lupakan berkenaan perkara tersebut. Di sini saya nak offer buat kali terakhirmya seekor induk Mini Rex betina bersama 4 ekor anak-anaknya yang comel-comel dan gebu kepada sesiapa yang berminat. Kerana selepas ini, tuan-tuan terpaksa menunggu lagi 3 bulan bagi induk-induk yang ada sekarang beranak semula dan lagi 5 bulan untuk 3 pasang bakal-bakal induk mengeluarkan hasil. Berikut ini dipaparkan gambar-gambar bakal-bakal induk dan induk serta anak-anaknya yang hendak dijual tu.



INDUK 1

INDUK 2

BAKAL-BAKAL INDUK


YANG HENDAK DIJUAL

INDUK MINI REX DAN 4 EKOR ANAK-ANAKNYA
RM 600 SEMUANYA
(JUALAN SECARA PACKAGE SEBAB ANAK-ANAKNYA MASIH MENYUSU)

(Berminat..... Boleh datang terus ke rumah saya di Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama untuk mengambilnya. Tapi talipon atau sms dahulu sebelum datang ke 012-911 6165. Manatahu dah ada orang ambil atau saya tiada di rumah. Siapa yang cepat, dialah yang dapat)





Wednesday, July 6, 2011

GREATEST PET RABBIT OF ALL FROM ME....

Assalamualaikum..........

Berikut ini adalah beberapa ekor induk dan anak-anak arnab hias yang hendak dijual kepada yang berminat......stok yang ada adalah terhad kepada siapa yang mula-mula confirm. Sebarang pertanyaan sila hubungi den di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza).


INDUK JANTAN DAN BETINA NETHERLAND DWARF
UMUR 8 BULAN - PROVEN
RM 280 SEEKOR



INDUK-INDUK JANTAN DAN BETINA
BAKA MINI REX
(ADA LAGI 3 PASANG SAHAJA)
UMUR 7 KE 8 BULAN - PROVEN
RM 280 SEEKOR (NEGO)


ANAK TEDDY BEAR - JANTAN
UMUR 1 BULAN SETENGAH
RM 190 SEEKOR


ANAK TEDDY BEAR - BETINA
UMUR 2 BULAN
RM 190 SEEKOR


INDUK BETINA ROYAL ANGORA
UMUR 7 BULAN
RM 220


INDUK JANTAN ROYAL ANGORA
UMUR 7 BULAN
RM 220









JUALAN DITERUSKAN

Assalamualaikum........

Bagi yang ingin mencari baka-baka arnab Hias seperti Mini Rex, Netherland Dwarf, Angora dan Teddy Bear serta baka-baka arnab Pedaging seperti New Zealand White, Chinchilla dan Flemish Giant bolehlah menghubungi saya dengan segera. Stok dan sumber tengah ada waktu ni. Siapa dulu, dialah yang punya.

Sunday, July 3, 2011

TERIMA KASIH DARIPADA MUHAMAD HALIM YUSOFF BIN MOHD HISHAM

ASSALAMUALAIKUM

Di kesempatan ini, anak saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan-insan yang berhati mulia yang telah membantu dan mendoakannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya.............