SELAMAT DATANG

Friday, July 15, 2011

INDUK BETINA MINI REX DAN 4 EKOR ANAK-ANAKNYA UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum.........

Lamanya rasa tak menjenguk ke blog dan FB. Sampai tak tahu apa perkembangan sekarang. Apakhabar rakan-rakan sekalian???? Bagaimana dengan perkembangan ternakan masing-masing? Adalah diharapkan semakin berkembang-biaklah hendaknya.......

K. Dalam pos terbaru ni takada apa sangat nak diceritakan kerana seperti biasa rutin sebagai penternak ni macam tu lah juga kecuali ada kelahiran atau baka-baka baru di pasaran. Kalau ada cerita barupun, pasal saya tengah menyiapkan reban-reban baru kat rumah untuk pembiakan arnab Mini Rex, Lionhead, pedaging-pedaging dan Lop. Lama sangat dah tertangguh-tangguh nak buat semua kerja-kerja ni. Nanti ada kelapangan lain saya akan loadkan gambarnya ke sini.

K lupakan berkenaan perkara tersebut. Di sini saya nak offer buat kali terakhirmya seekor induk Mini Rex betina bersama 4 ekor anak-anaknya yang comel-comel dan gebu kepada sesiapa yang berminat. Kerana selepas ini, tuan-tuan terpaksa menunggu lagi 3 bulan bagi induk-induk yang ada sekarang beranak semula dan lagi 5 bulan untuk 3 pasang bakal-bakal induk mengeluarkan hasil. Berikut ini dipaparkan gambar-gambar bakal-bakal induk dan induk serta anak-anaknya yang hendak dijual tu.



INDUK 1

INDUK 2

BAKAL-BAKAL INDUK


YANG HENDAK DIJUAL

INDUK MINI REX DAN 4 EKOR ANAK-ANAKNYA
RM 600 SEMUANYA
(JUALAN SECARA PACKAGE SEBAB ANAK-ANAKNYA MASIH MENYUSU)

(Berminat..... Boleh datang terus ke rumah saya di Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama untuk mengambilnya. Tapi talipon atau sms dahulu sebelum datang ke 012-911 6165. Manatahu dah ada orang ambil atau saya tiada di rumah. Siapa yang cepat, dialah yang dapat)





No comments:

Post a Comment