SELAMAT DATANG

Wednesday, January 19, 2011

MINI LOP DAH BERUMUR 19 HARI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....dah masuk 19 hari umur Mini Lop den sekarang. Nampaknya semakin hari semakin membesar dan lincah ketiga-tiga ekor tersebut. Semakin hari semakin tak sabar menantikan rupa sebenar diarang ni bila berumur 2 bulan nanti. Manja, cute dan gebu-gebu diarang ni......hehehe....

Berikut ini den paparkan beberapa gambar diarang buat tatapan kengkawan sume......





Harap-haraplah diarang ni membesar dengan sempurna dan cantik nanti kerana mereka ini bakal menjadi generasi induk di masa hadapan......Insya Allah......




Monday, January 17, 2011

ARNAB-ARNAB UNTUK DIJUAL....WOWW....

Assalamualaikum......

Berikut ini den nak war-warkan beberapa ekor arnab-arnab yang hendak dijual kepada sesiapa yang berminat. Stok adalah terhad, siapa cepat, dia punya dulu. Jika ada yang berminat dengan arnab-arnab di bawah ini, silalah talipon atau sms kepada den di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza). Den bertempat di Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama, Kajang.


MIX LIONHEAD
UMUR 1 BULAN SETENGAH
RM 50 SEEKOR

ENGLISH ANGGORA BETINA
UMUR 8 BULAN

RM 600 SEEKOR

(DITEMPAH)

ENGLISH ANGGORA JANTAN
UMUR 8 BULAN

RM 600 SEEKOR

(DITEMPAH)


NETHERLAND DWARF
UMUR 1 BULAN SETENGAH

RM 190 SEEKOR


CARA MENYUSUKAN ANAK ARNAB

Assalamualaikum....

Berikut ini den paparkan kaedah menyusukan anak-anak arnab sekiranya kita mempunyai masalah dengan ibu yang kurang memberi susu. Di sini den gunakan Mimie sebagai demo kerana badannya besar dan lebih jelas.


PEGANG IBUNYA SEOLAH-OLAH
BERDIRI
DI ATAS ANAKNYA. BIARKAN ANAK MENYUSU
SELAMA BEBERAPA MINIT


SETELAH 5 MINIT MENYUSU, PERIKSA PERUT ANAKNYA. JIKA DAH BULAT BERKILAT DAN ADA PUTIH SUSU DALAM PERUTNYA, MAKA DAH KENYANG BEBENORLAH ANAKNYA TU.

BIASANYA KALAU DAH KENYANG,
MACAM NILAH DIARANG LEPAK



KELAHIRAN BARU 15HB. JANUARI 2011

Assalamualaikum......

Setelah si Angle Malacca Cute selamat melahirkan anak pada 14hb, maka pada pagi 15hb Januari 2011, si Hotot mix English Spot pulak mula mencabut bulu pada pukul 9 pagi. Agak gelisah dan kelam kabut si Mimie ni nak beranak. Al-maklumlah perutnya besar memboyot sangat. Seharian den menunggu sehinggalah pada pukul 1.05 pagi maka selamatlah si Mimie melahirkan 6 ekor bayi yang comel-comel dan montel-montel. Den terpaksa mengurut perutnya perlahan-lahan kerana bayinya agak besar.

Mimie ni jenis pandai menjaga anak. Sebelum lahir lagi bertimbun-timbun bulunya dicabut sehingga terpaksa support dengan kertas lagi sebab selagi sarangnya tak siap, selagi tu lah dia dok mengerjakannya. Lahir je, terus anak-anak dia, dia susukan.


PUKUL 1 PAGI, DEN DOK MENGENDAP
N CURI-CURI AMIK GAMBAR MIMIE
DOK BUAT SARANG

ANAK-ANAK YANG BARU KELUAR

KELAHIRAN BARU DI TAHUN ARNAB

Assalamualaikum......

Alhamdulillah......pada 14hb Januari 2011, induk betina Malacca Cute telah selamat melahirkan 6 ekor anak yang kenit-kenit dan comel-comel. Semuanya sihat dan mencit-cit mencari ibu waktu dilahirkan. Den terpaksa menjadi bidan jap mengurut perutnya sebab anaknya banyak sangat tak padan dengan badan ibunya yang kecil tu. Cuma yang menjadi misteri jantan manakah bapanya?.....hehehe..... Ini berikutan den telah mengawinkan ibunya dengan 4 ekor pejantan. Sebabnya kerana eksperimen dan juga kerana melepaskan hajat pejantan-pejantan yang telah sekian lama berpuasa.

Antara pejantan yang digunakan adalah, Mini Lop, Mini Rex, ND Indo dan Lionhead. Berikut gambar-gambarnya.


IBUNYA

ANAK-ANAKNYA


Tuesday, January 11, 2011

ANAK-ANAK MINI LOP HARI KE 12


Assalamualikum......

Berikut ini den nak paparkan gambar-gambar terbaru anak-anak Mini Lop yang lahir pada 1hb. Januari 2011 hari tu. Alhamdulillah...dah berumur 12 hari dah diarang. Insya Allah mereka ini bakal menjadi induk-induk baru.


ANAK KETIGA



ANAK KEDUA

ANAK PERTAMA


Friday, January 7, 2011

BARANG-BARANG KEPERLUAN ARNAB

Assalamualaikum......

Berikut ini adalah harga-harga terkini barangan keperluan arnab bagi rakan-rakan yang berminat. Bagi rakan-rakan yang memerlukan barangan berikut bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165 (Hisham).


UBAT CIRIT (SCOURBAN)
RM 20.00

UBAT KURAP
RM 120.00 (100ML)

NIPPLE HEAD
RM 7.00 SEUNIT

RABBIT COMB (MEDIUM)
RM 16.00

BOTOL MINUMAN 250ML
RM 9.50

BOTOL MINUMAN 500ML
RM 14.00

BOTTLE NIPPLEHEAD
RM 16.00

RABBIT DRY SPRAY SHAMPOO
RM 8.00

SANGKAR KECIL
RM 40.00

SANGKAR SEDANG
RM 50.00

SANGKAR PANJANG
RM 80.00

PELLET POT
RM 2.00

FFM RABBIT PELLET 25 KG
RM 58.00