SELAMAT DATANG

Saturday, November 9, 2013

MERENG "DING" POKOK KEPUNDEN

Assalamualaikum......
 
Bismillahhi'rahmanir'rahim....... Apakhabar semua rakyat Malaysia? Dah nanam pokok ke belum??? Cepat-cepatlah nanam pokok....cuaca dah paneh bebenor dah ni....... Pasak-pasak bumi dah habih kena tobang dek tangan-tangan manusia juge.... Kesiannn pada generasi yang akan datang dan haiwan-haiwan yang terpakso bertenggek tongah-tongah paneh di dalam kesesakan lalulintas yang dah macam semut menghurung gula.... Aduhhh....tensen gilerrr!!! Baik kito ke kobun nanam pokok....hehehe.....
 
Lamo bonar dah den tak jenguk sini.... mana idaknye....merodah journey kehidupan yang bersimpang siur yang macam hutan Amazon!!!! Dongan Anacondanya, Lobahnya, Gorillanya, Tarzannya, Mummynya...aduhh...mereng den dibueknya.
 
Oklah tak tau nak citer ape....otak tongah berserabut.......esok pagi nak usung bunga-bunga poi jual kek pasar bangi.....Oklah see u all again in the next episode of  "After Phantom Menace"...
 
Mano lak poi suit Ironman den ni....ok chowww......



Friday, July 26, 2013

STOK TERBARU ANAK BENIH POKOK

 
Assalamualaikum.......
 
 
Berikut ini adalah senarai stok terbaru anak-anak benih pokok buah yang boleh didapati:
 
1.  Pokok Limau Purut setinggi 4 kaki dan dah berbuah - RM 45 sepokok
 
2.  Pokok Durian Belanda setinggi 3 ke 4 kaki - RM 38 sepokok
 
3.  Pokok Limau Madu Vietnam - RM 30 sepokok
 
4.  Pokok Starwberry - RM 14 sepasu
 
5.  Pokok Bunga Raya Siam (Bunga Besar) - RM 20 sepokok
 
6.  Pokok Bunga Kertas Mix Colour (ala Bonsai) - RM 70 sepasu
 
7.  Pokok Lemon Australia - RM 35 sepasu
 
8.  Giant Roses setinggi 3 ke 4 kaki - RM 28 sepokok
 
9.  Pokok Petai kawin polybag kecil - RM 9 sepokok
 
 
Sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehlah hubungi atau sms kepada saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza).


Sunday, June 16, 2013

SABAH SNAKE GRASS (POKOK BELALAI GAJAH)


Assalamualaikum.......

Berikut ini adalah sedikit sebanyak khasiat Pokok Belalai Gajah (Sabah Snake Grass)/Nutans Clinacanthus/Plantago Asiatica - Latin.

Menurut petikan daripada beberapa sumber yang telah mengeluarkan produk daripada pokok ini, Pokok Belalai Gajah ini mempunyai berbagai-bagai kegunaan untuk rawatan kanser.  Berikut ini adalah khasiatnya:-
 
 
* merawat dan mencegah Kanser Paru-paru,
 
* merawat dan mencegah Barah Prostat
 
* merawat dan mencegah Leukemia
 
* merawat dan mencegah Kanser Hati
 
* merawat dan mencegah Kanser Rahim
 
* merawat dan mencegah Kanser Payudara
 
* merawat Pesakit Dialisis ( dapat membuang bisa dan racun dalam buah pinggang )
 
* merawat kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, asid Urik tinggi dan kencing manis
 
* mengandungi Klorofil yang tinggi membantu dalam pembuangan toksik dalam badan
 
* membekalkan Nutrisi dan Oksigen yang tinggi akibat kesan kerosakan sel dan mengelakkan kerosakan tisu dalam badan. Hasilnya ia menjadi agen menahan kesakitan secara semulajadi (24 jam)
 
* ubat Anti-Inflamasi untuk merawat gigitan serangga,jangkitan hati dan tindakbalas alergi
 
* mempercepatkan pertumbuhan sel baru dan merawat semua jenis kanser, terutama dalam pemulihan Kanser Prostat dan Kanser Usus
 
 
Cara penggunaan:
 
Boleh dijadikan ulam atau teh dengan kadar pengambilan 6 helai daun sebanyak 4 hingga 6 kali sehari bagi pesakit Kronik.
 
Manakala bagi pencegahan atau keseimbangan badan adalah sebanyak 6 helai daun juga sekerap 2 hingga 3 kali sehari.
 
 
 
 
 


Sunday, March 31, 2013

UPDATE APRIL 2013



Assalamualaikum........

Berikut ini sebut harga terkini bagi anak-anak benih pokok:

1. Durian Musang King, D24 dan IOI - RM 15 sepokok

2. Durian Ochee (Duri Hitam) - RM 45 sepokok

3. Ciku Swiss Malaysia (polybeg sedang) - RM 25 sepokok

4. Ciku Subang (polybeg kecil) - RM 10 sepokok

5. Jambu Air Madu Vietnam - RM 15 sepokok

6.  Limau Bali (Isi Merah) - RM 15 sepokok

7.  Gajus - RM 18 sepokok

8.  Kedondong Rendang (polybeg sedang) - RM 14 sepokok

9.  Nona Siam (polybeg sedang) - RM 25 sepokok

10. Rambutan Gading, Gula Batu dan Anak Sekolah
(polybeg sedang) - RM 15 sepokok, (polybeg kecil)
- RM 8 sepokok

11. Nangka Madu J33 (polybeg sedang) - RM 16 sepokok

12. Cempedak Madu CH28 (polybeg sedang) - RM 16 sepokok

13. Belimbing Madu B10 (polybeg sedang) - RM 15 sepokok

14. Delima Merah Local (polybeg sedang) - RM 16 sepokok
Delima Merah Thailand (polybeg sedang) - RM 25 sepokok

15. Dokong - RM 15 sepokok

16. Durian Belanda - RM 8 sepokok, Pokok 3 ke 4 kaki tinggi RM 38

17. Limau Purut - RM 8 sepokok

18. Limau Kasturi - RM 7 sepokok

19. Limau Nipis - RM 7 sepokok

20. Limau Madu - RM 30 sepokok

21. Lemon Australia - RM 30 sepokok

22. Mangga Cukanan, Mas Hitam, Harum Manis, Manggua,
King, Epal - RM 8 sepokok

23. Longan Ping Pong - RM 28 sepokok

24. Longan Belian - RM 18 sepokok


POKOK-POKOK BUNGA DAN HERBA

1.  Mini Ros - RM 14 sepokok

2.  Daisy - RM 12 sepokok

3.  Begonia Rose - RM 14 sepokok

4.  Lilium - RM 30 sepokok

5.  Pokok Aroda - RM 10 sepokok

6.  Rosemary - RM 12 sepokok

7.  Jermain - RM 12 sepokok


Harga-harga yang tersenarai adalah "Net Price".  Jika ada yang berminat sila sms ke 012-911 6165.

Friday, January 4, 2013

UPDATE BAKA TERBARU DURIAN DAN ANAK BENIH POKOK


Assalamualaikum.....

Lama tak menjenguk ke sini.  Apakhabar semua sahabat-sahabat? Didoakan semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah selalu.

Berikut ini den nak update antara baka-baka terbaru anak-anak benih pokok yang boleh tuan-tuan dapatkan dari den.  Antaranya:

1.  Anak benih Durian D 229 ( Hybrid D24 + Raja Kunyit) - Isi warna Oren lemak bersari.
- RM 15 sepokok beg sedang

2.  Anak benih Durian D 13 - Isi warna Merah
- RM 15 sepokok beg sedang

3.  Anak benih Buah Kundang - Setinggi 3 kaki
- RM 30 sepokok beg sedang

4.  Anak benih Laici
- RM 26 sepokok beg sedang

5.  Anak benih Longan Ping Pong - setinggi 5 ke 6 kaki dah nak berbuah
- RM 100 sepokok beg besar

6.  Anak pokok Bunga Kenanga (Kuning)
- RM 12 sepokok

Itulah antara baka-baka terbaru yang dapat dibekalkan kepada sesiapa yang berminat.  Kalau ada yang berminat, sila hubungi atau sms kepada saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza).


Monday, October 8, 2012

APO NAK DIKATO.......



Assalamualaikum....

Apo nak dikato.......dahlah susah, bertambah-tambah lai susahnyo.....huhuhuhu......

Kereto Kancil kesayangan den yang den bawak pi meniago tiap-tiap hari yang dah merodah pelusuk kampung, belukar dan ladang...akhirnyo kecundang juo di tongah jalan.

Semuonyo terjadi waktu pulang dari meniago dan ngambil stok pokok-pokok pada petang Ahad, 7hb. Oktober 2012 (semalam). Dalam perjalanan pulang ke umah yang tinggal lai 4 KM....tetibo jo melotop enjin dio,,,terkojut beruk den tetibo jo enjin Kancil bunyi enjin Ferrari. Den berhonti topi jalan gi cek enjin kot-kot something wrong somewhere....waduhhhh ngak nampak apa-apa pak. Belek sano belek sini....takdo lak nampak apo-apo tercicir tongah jalan.....aduhhh poning pak.

Den pun start balik, arghhh...bunyi enjin Ferrari makin kuek....siap dongan gogar dio sekali. Apo nak buek, dongan lafaz Bismillah dan tawakkal banyak-banyak pada Allah, den pun rodah jo la... Sepanjang jalan nak nyampai ke umah kek Pokan Koboi Bangi Lamo tu....abih sumo oghang nengok..... Lombu, kambing, kobau yang dok layan blues kek lopak topi jalan pun macam tersongeh kek den....chehhh....ngutukla tu... Takpo-takpo nanti den return.....kato den kek lombu, kobau ngan kambing tu.

Jadi dongan muko tobal 4 inci, den rodahla sampai ke rumah....fuhhhh....elok-elok kek dopan pintu pagau umah...satu lotupan.....'ketang.....brurrrr....kepeh...kepeh....' kedongaran. Hah! Sah dah, sah dah.....timing belt putuih la tu, siap enjin jem terus takleh start.....arghhhh...tensen....tensen....camno den nak niago ni...nak ngusung ngan apo pokok-pokok ni sumo ke pasarr....arghhhh..... Nak mintak tolong ngan sapola nak merepair kudo den ni....

Dan pada pagi ini, Isnin, 8hb. Oktober 2012, ditomani hujan renyai-renyai di awal pagi....den dok mencangkung dopan pagar dok meronung Kancil den, aduhhh......"Apo Nak DiKato...."

Nampak gayonyo, kalu ado yang nakkan pokok-pokok buah dan bunga-bungaan, konolah mai umah den amik buek maso ni sehinggolah den ado budget nak merepairnyo..... Kato pomen, kalo tak kono overhaul....itu enjin kasi tukarlaa tauke.... Perghhh selamba dekk jo dio cakap.....ingat den cop duit ko.....

Akhir kato.....sapo-sapo yang nak pokok-pokok.....ekaurang smsla kek den....mailah amik...kurang-kurang den leh wat budget merepair kudo kepang den ni.....Waaaaaaaaa.....!!!!!!!!



Monday, September 24, 2012

BENIH POKOK DURIAN OCHEE (DURI HITAM)


Assalamualaikum....

Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan anak pokok Durian Ochee (Duri Hitam), bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza). Stok adalah terhad.

Harga bagi 1 polybeg sedang Durian Ochee = RM 46.