SELAMAT DATANG

Friday, January 4, 2013

UPDATE BAKA TERBARU DURIAN DAN ANAK BENIH POKOK


Assalamualaikum.....

Lama tak menjenguk ke sini.  Apakhabar semua sahabat-sahabat? Didoakan semuanya sihat walafiat dan diberkati Allah selalu.

Berikut ini den nak update antara baka-baka terbaru anak-anak benih pokok yang boleh tuan-tuan dapatkan dari den.  Antaranya:

1.  Anak benih Durian D 229 ( Hybrid D24 + Raja Kunyit) - Isi warna Oren lemak bersari.
- RM 15 sepokok beg sedang

2.  Anak benih Durian D 13 - Isi warna Merah
- RM 15 sepokok beg sedang

3.  Anak benih Buah Kundang - Setinggi 3 kaki
- RM 30 sepokok beg sedang

4.  Anak benih Laici
- RM 26 sepokok beg sedang

5.  Anak benih Longan Ping Pong - setinggi 5 ke 6 kaki dah nak berbuah
- RM 100 sepokok beg besar

6.  Anak pokok Bunga Kenanga (Kuning)
- RM 12 sepokok

Itulah antara baka-baka terbaru yang dapat dibekalkan kepada sesiapa yang berminat.  Kalau ada yang berminat, sila hubungi atau sms kepada saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza).


Monday, October 8, 2012

APO NAK DIKATO.......



Assalamualaikum....

Apo nak dikato.......dahlah susah, bertambah-tambah lai susahnyo.....huhuhuhu......

Kereto Kancil kesayangan den yang den bawak pi meniago tiap-tiap hari yang dah merodah pelusuk kampung, belukar dan ladang...akhirnyo kecundang juo di tongah jalan.

Semuonyo terjadi waktu pulang dari meniago dan ngambil stok pokok-pokok pada petang Ahad, 7hb. Oktober 2012 (semalam). Dalam perjalanan pulang ke umah yang tinggal lai 4 KM....tetibo jo melotop enjin dio,,,terkojut beruk den tetibo jo enjin Kancil bunyi enjin Ferrari. Den berhonti topi jalan gi cek enjin kot-kot something wrong somewhere....waduhhhh ngak nampak apa-apa pak. Belek sano belek sini....takdo lak nampak apo-apo tercicir tongah jalan.....aduhhh poning pak.

Den pun start balik, arghhh...bunyi enjin Ferrari makin kuek....siap dongan gogar dio sekali. Apo nak buek, dongan lafaz Bismillah dan tawakkal banyak-banyak pada Allah, den pun rodah jo la... Sepanjang jalan nak nyampai ke umah kek Pokan Koboi Bangi Lamo tu....abih sumo oghang nengok..... Lombu, kambing, kobau yang dok layan blues kek lopak topi jalan pun macam tersongeh kek den....chehhh....ngutukla tu... Takpo-takpo nanti den return.....kato den kek lombu, kobau ngan kambing tu.

Jadi dongan muko tobal 4 inci, den rodahla sampai ke rumah....fuhhhh....elok-elok kek dopan pintu pagau umah...satu lotupan.....'ketang.....brurrrr....kepeh...kepeh....' kedongaran. Hah! Sah dah, sah dah.....timing belt putuih la tu, siap enjin jem terus takleh start.....arghhhh...tensen....tensen....camno den nak niago ni...nak ngusung ngan apo pokok-pokok ni sumo ke pasarr....arghhhh..... Nak mintak tolong ngan sapola nak merepair kudo den ni....

Dan pada pagi ini, Isnin, 8hb. Oktober 2012, ditomani hujan renyai-renyai di awal pagi....den dok mencangkung dopan pagar dok meronung Kancil den, aduhhh......"Apo Nak DiKato...."

Nampak gayonyo, kalu ado yang nakkan pokok-pokok buah dan bunga-bungaan, konolah mai umah den amik buek maso ni sehinggolah den ado budget nak merepairnyo..... Kato pomen, kalo tak kono overhaul....itu enjin kasi tukarlaa tauke.... Perghhh selamba dekk jo dio cakap.....ingat den cop duit ko.....

Akhir kato.....sapo-sapo yang nak pokok-pokok.....ekaurang smsla kek den....mailah amik...kurang-kurang den leh wat budget merepair kudo kepang den ni.....Waaaaaaaaa.....!!!!!!!!



Monday, September 24, 2012

BENIH POKOK DURIAN OCHEE (DURI HITAM)


Assalamualaikum....

Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan anak pokok Durian Ochee (Duri Hitam), bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165 (Hisham aka shamza). Stok adalah terhad.

Harga bagi 1 polybeg sedang Durian Ochee = RM 46.

Wednesday, August 29, 2012

BUNGA-BUNGAAN


Assalamualaikum......

Bagi yang berminat untuk mendapatkan bunga-bungaan hidup (pokok berdaun atau pokok bunga), bolehlah membuat tempahan 2 ke 3 hari sebelum hendak mengambilnya.

Antara bunga-bungaan yang boleh didapati adalah:

1. Roses (Berbunga lebat - warna pink, kuning, merah dan peach) - RM 18 sepokok

2. Kekwa (Berbagai warna) - RM 14 sepokok

3. Daisy (Berbagai warna) - RM 14 sepokok

4. Gloxinia (Berbagai warna) - RM 14 sepokok

5. Marigold ( Batik, Oren dan Kuning) - RM 5 sepokok

6. Ajuga (Purple) - RM 9 sepokok

7. Bunga Raya Siam (Berbagai warna dan bunga besar) - RM 18 sepokok

8. Violet - RM 12 sepokok

Manakala pokok berdaun cantik pula adalah:

1. Alocasia - RM 15 sepokok

2. Calathea - RM 14 sepokok

3. Begonia - RM 12 sepokok

4. Dieffenbacher - RM 12 sepokok

5. Anthurium - RM 12 sepokok



UPDATE HARGA-HARGA ANAK-ANAK POKOK SELEPAS RAYA


Assalamualaikum.....

Berikut ini saya nak updatekan harga-harga anak-anak pokok buat makluman kepada sahabat-sahabat yang berminat.

Antaranya adalah seperti berikut:-

1.  Durian (Musang King, Ochee, 101 dan Tembaga)
Beg sedang - RM 15 sepokok

1.1 Durian Ochee (Duri Hitam)
Beg Sedang - RM 48 sepokok

2.  Longan Ping Pong
Beg sedang - RM 26 sepokok

3.  Gajus
Beg sedang - RM 15 sepokok

4.  Dokong
Beg sedang - RM 14 sepokok

5. Buloh Madu
RM 14 sepokok

6.  Pulasan Hock
Beg sedang - RM 15 sepokok, Beg kecil - RM 8 sepokok

7.  Kelapa Matag
RM 16 sepokok

8.  Nangka Madu (Tekam Yellow - J33)
Beg kecil - RM 8 sepokok

9. Cempedak Madu (CH28)
Beg kecil - RM 7 sepokok

10.  Sukun Madu
Beg kecil - RM 7 sepokok

11.  Rambutan (Gula Batu, Gading, Anak Sekolah)
Beg kecil - RM 7 sepokok, Beg sedang - RM 14 sepokok

12.  Kedondong
Beg sedang (Sedang berbunga) - RM 14, Beg kecil - RM 6

13.  Mangga (Chukanan, Manggua, King/Taiwan, Epal)
Beg kecil - RM 8 sepokok

14.  Jambu Tiada Biji (Seedless Guava)
Beg kecil - RM 7 sepokok

15.  Jambu Air Madu Vietnam
Beg kecil - RM 9 sepokok

16.  Manggis Master
Beg sedang - RM 15 sepokok

17.  Durian Belanda
Beg kecil - RM 6 sepokok

18.  Belimbing Besar (B10)
Beg kecil - RM 8 sepokok

19.  Limau Nipis
Beg kecil - RM 6 sepokok

20. Limau Kasturi
Beg kecil - RM 6 sepokok

21.  Limau Purut
Beg kecil - RM 7 sepokok

22. Delima Merah
Beg kecil - RM 7 sepokok

23. Petai
Beg kecil - RM 8 sepokok

24. Duku Langsat
Beg sedang - RM 15 sepokok

25. Longan Belian
Beg sedang - RM 15 sepokok

26. Varieted Sunkist
Beg sedang - RM 25 sepokok

DLL.......

Bagi yang hendak datang membeli di rumah, boleh juga. Tapi tuan-tuan boleh datang ke rumah dalam pukul 3.30 petang ke atas. Tuan-tuan bolehlah menalipon atau sms saya terlebih dahulu kalau nak datang, kerana dikhuatiri saya ada membuat penghantaran pada sebelah petang. Jangan terus datang je, kang tak ada orang di rumah.
Bagi yang hendak datang ke rumah, sila boleh hubungi saya sehari sebelum datang di 012-911 6165 (Hisham). Rumah saya di Taman Bangi Indah, Pekan Bangi Lama.