SELAMAT DATANG

Tuesday, April 7, 2009

SAMBUNGAN CERITA PROGRESS PENGGUNAAN EFB DAN BAJA ORGANIK SEBAGAI MEDIUM PENANAMAN

Berikut adalah progress daripada penggunaan medium campuran EFB, pasir, top soil dan baja organik yang aku lupa nak update dulu. Harap daripada gambar2 yang aku paparkan ini akan menaikkan lagi semangat sahabat2 sekelian.




Perkembangan pokok cili sehingga 20hb. Januari 2009



Perkembangan pokok sehingga 26hb. Januari 2009. Kelihatan putik2 bunga mula keluar

Perkembangan sehingga 14hb. Februari 2009. Buah yang mula kelihatan

Perkembangan sehingga 22hb. Februari 2009. Pokok2 cili sedang lebat berbuah

Pada bulan Mac 2009 lepas setelah batas2 di kebun di Sg. Buah, Tasik Idaman siap, aku telah transferkan kesemua pokok2 ni ke sana. Dan sekarang terdapat 100 pokok yang sama baya usianya sedang sarat berbuah. Kesimpulannya medium yang digunakan juga amat sesuai untuk penanaman cili.

Monday, April 6, 2009

KEBUN BARU KU DI SG. BUAH, TASIK IDAMAN

Assalamualaikum semua....

Lama dah rasanya tak update blog ni. Sibuk sesangat dengan preparation tanah kebun baru yang aku sewa ni. Asalnya nak sewa 1 ekar, tapi masalah modal dan lain2, maka jadila suku ekar je yang mampu disewa. Bagiku dan keluarga, alhamdulillah lah sekurang2nya kami dapat gak mula walaupun tak sehebat orang lain.
Pertama kali menjenguk ke kebun ni agak merisaukan gak, "Mampukah aku nak mengusahakannya....?" Maklumlah semak yang amat. Nak upah JCB atau orang tak mampu. Harapkan tulang 4 kerat ni, isteri ngan anak2 je. Tapi alhamdulillah, berkat semangat, doa serta pengorbanan isteri dan anak2, mampu jugak kami clearkan kawasan ni. Makan berminggu2 gak nak bersihkan, coz kami masih bekerja dan harapkan hari minggu je leh buat kebun.
Kat sini aku cuma dapat highlightkan gambar2 awal je, coz gambar2 terbaru, isteri aku masih belum download dari kamera.



26hb. Februari 2009 - Inilah gambaran awal sebelum Pembersihan

26hb. Februari 2009 - Kerja2 pembersihan dengan Mesin Rumput

28hb. Februari 2009 - Anak2 dan isteri yang membantu

1hb. Mac 2009 - Solosai n Lepak

Inilah serba-sedikit gambar2 yang dapat aku rakamkan. Insya Allah ada masa free lagi, aku akan update gambar2 membajak, membuat batas, menanam, pondok, sistem saliran dan lain2. Sekarang ni aku nak urut urat2 lengan ngan jari aku yang dah macam kejung ni. Doakan semoga kami berjaya. Amin......

Thursday, February 12, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR 2008

Assalamualaikum... Selepas post yang lepas, aku ada terima beberapa sms dan pertanyaan di thread2 lain. Antaranya :

1. Penggunaan air basuhan beras sebagai penggalak bunga dan buah

2. Amende EFB tu?

Baiklah aku cuba cerita sikit-sikit apa yang boleh:

1. Penggunaan air basuhan beras sebagai Penggalak Bunga dan Buah

Berdasarkan apa yang aku praktikkan selama ni, biasanya air basuhan beras aku simpan tapi janganlah sampai 2, 3 hari. Kang jadi tuak lak. Senoneng bau dia. Air ni biasanya aku campurkan nisbah 1:3(air biasa), pastu siram je kat pangkal pokok. Kesannya biasa dalam 5, 6 hari, pokok akan mula berbunga lebat. Pastu jadi putik buahlah. Boleh juga ambil beras, dikisar, dicampu dengan air dan ditapis. Ambil airnya, yang serdak tu bagile ayam makan. Nak lagi umphh..campur ngan NPK Blooming 18:18:21+Mg+Ca+Te.
2. Amende EFB tu?
EFB tu adalah Empty Fruit Bunch (Tandan Sawit Kosong). Ia adalah tandan sawit yang terhasil selepas proses pengekstrakan minyak kelapa sawit. Tandan ni kalau kat kilang proses minyak sawit, buang gitu2 je. Ada gak kami gunakan sebagai 'Boiler Fuel'. Sejenis bahan lignocellulosic yang mudah mereput dan menjadi 'slow release fertiliser' untuk pokok dan tanah. Untuk tanah berpasir dia akan menjadi agen pemegang air dan untuk tanah yang padat, dia akan memberi keronggaan pada tanah bila dicampurkan. pH sekitar 6 ke 7.5. Amat sesuai bagi penanaman sebarang jenis pokok.

Actually benda ni aku perasan secara tak sengaja. Masa tu refiner fiber kami tersumbat, so aku buang bunches yang tersumbat pada refiner blade. Sisa tu aku buang je kat pokok cili padi aku kat tepi2 kilang tu. Ontah camno lepas sebulan rasanya, kebanyakan pokok2 cili yang hidup segan mati tak mahu tu, membuak2 daun dan bunganya. Dari situ timbul idea aku untuk cuba guna EFB ni sebagai campuran medium tanaman. So aku test kat kebun aku dan yang kat rumah. Alhamdulillah memang menggalakkan tumbesaran pokok dan buah.

Tapi untuk gunakn benda ni elok dikisar dan dibasuh dulu, coz dia mengandungi starch, sisa minyak, selulose dan hemiselulose...amat disukai oleh 'Yellow Fungus' dan agas. Atau leh gak dikompos sekurang2nya dalam 20 hari dimana segala fungus dan agas ni akan hilang sendiri bila dah mereput.

Actually benda ni kami dah wat research lama dah untuk menggantikan kayu dalam wood based industry, mulching(sungkupan tanah cum fertiliser) dan biogas. Di ladang kelapa sawit, kami biasanya kami longgokkan keliling pokok dalam 1 ke 2 kaki dari pangkal. Dia bukan macam sabut kelapa yang tak punya apa2 unsur mikro dan makro, EFB ni kaya dengan unsur2 mikro dan makro. Benda ni juga amat sesuai sebagai medium dalam penternakan cacing yang member aku test dalam skala lab sekarang ni. Rasanya tu je la secara umumnya pasal EFB ni. Kang aku cerita secara saintifik makin kompius lak orang.

Kay. Berbalik kepada tajuk asal post ni. Yang sebenarnya aku just nak paparkan apa yang dah aku buat tahun lepas untuk Fasa 1(Tahap belajar). Gambar2 ni adalah antara hasil yang diperolehi daripada penggunaan air beras dan EFB ni.


Alahai apalak kena dengan komputer ni, takleh nak download gambar lagi. Aku post yang ni dulula. Kang ada masa aku post yang lain lagi.

Friday, February 6, 2009

PERANCANGAN DI TAHUN 2009

Assalamualaikum wmt.....

Tahun 2008 telah hampir 2 bulan berlalu pergi, tahun 2009 menghamparkan cabaran yang lebih mencabar. Perancangan demi perancangan dibuat beserta doa dan tawakkal kepada Allah. Namun kita manusia ni hanya mampu merancang, tapi Allah lah yang menentukan segala-galanya. Apa jua anugerah dan cubaan dariNya kita harus terima dengan redha. Begitulah dengan aku ni, macam-macam perancangan dibuat (+-angan2) namun, tak semuanya berjalan lancar. Ada juga terhenjut, terhencut sana-sini. Semuanya sebagai pedoman untuk masa hadapan.

Baiklah lupakanlah apa yang dah lepas, kembali semula ke alam nyata.

Kay, lama dah aku tak update blog ni, sibuk sangat dengan kerja dan kebun.

Banyak perkara aku nak paparkan dalam ni, tapi ntahlah kepala tengah serabut sangat dengan berbagai kerja dan perancangan. Rasanya biarlah aku paparkan beberapa keping gambar aktiviti tahun lepas je dulu. Nanti bila ada masa terluang aku akan manage balik blog ni.

So...nilah cara aku menanam cili dan terung aku dalam polibeg kat umah. Campuran..top soil + pasir sungai + EFB fiber + Baja Organik.


Top Soil

Pasir Sungai


EFB Fiber

Baja Organik
Campuran Medium
Medium Tanaman
Ok, rasanya ini je dapat dipaparkan kali ni, coz, dah dekat time balik. Nanti ada masa aku akan paparkan hasilnya. Untuk pengetahuan campuran ini aku nuat pada 30.11.2008. Penanaman aku buat pada 15.12.2008, terdelay sikit coz ada masalah pada anak benih. sekarang ni pokok pun dah belajar2 berbuah dah. Nantilah bila-bila aku update lagi.
Pada yang melawat blog aku ni, berbanyak terima kasih diucapkan kerana sudi singgah. Apa yang baik harap dapat dijadikan tauladan, yang buruk tu.....buang jelah dalam tong sampah atau komposkan je. Ok. Bye!!!!

Thursday, December 18, 2008

CERITA SELEPAS CERITA 100 HARI

Rentetan dari kisah 100 hari tu, maka bermulalah hidup aku dengan pertanian. Seperti yang aku jelaskan sebelum ni, aku bermula dengan kecil-kecilan dulu sja nak buat eksperimen samada aku ni layak betani atau tak, daya ketahanan, ujian dan macam2 lagi.
Waktu mula2 buat batas aku tak ada apa2 gambar. Yang ada setelah 40 hari tanam. Tupun lepas aku dah story kat wife n anak2 berkenaan kebun aku. Waktu ni aku tanam pakai batas je. Manala ada modal nak buat fertigasi. Benih aku ambik kat MAHA, lepas puas membedek2 petugas kat situ. Waktu ni gak aku tanam bercampur2 berbagai jenis sayuran. Ada cili merah, bendi, terung, Kacang panjang, petola, timun, pisang tanduk n rastali.




Kat depan tu petola. Yang belakang cili kulai n bendi

Gambar kiri timun batang, yang kanan cili kulai


Yang kiri ni pulak terung panjang, yang kanan pisang tanduk n rastali

Selepas 70 hari



Cili-cili aku yang dah berbuah


Yang kiri bendi n kacang panjang. Kat kanan tu anak aku dengan taring bendinya



Yang ni lak Projek kat Umah




Yang kiri tu timun batang. Yang kanan kacang panjang.