SELAMAT DATANG

Tuesday, June 26, 2012

POKOK MELAKA


Pokok Melaka
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Phyllanthaceae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. emblica

Sinonim lain
Cicca emblica Kurz
Emblica officinalis Gaertn.
Mirobalanus embilica Burm.
Phyllanthus mairei Lév.



Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:
serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.
Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.

Morfologi

Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.
Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.
Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

LONGAN BERLIAN DAN LONGAN PING PONG


LONGAN BERLIAN DAN LONGAN PING PONG



Serba sedikit tentang longan berlian;
  • Berasal daripada Thailand
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Mengeluarkan hasil yang lebat selepas 4 tahun ditanam
  • Saiz buah sederhana tetapi lebat
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan cahaya matahari yang mencukupi
  • Pokok rendah dan penjagaan pun mudah

Serba sedikit tentang longan pingpong;
  • Berasal daripada Vietnam
  • Mula berbuah selepas 1 1/2 tahun
  • Buah besar hampir menyamai saiz bola pingpong
  • Pokok rendah/renek
  • Berbuah hampir sepanjang tahun
  • Memerlukan air yang cukup dan baja organik untuk mendapat hasil yang baik
  • Memerlukan cahaya matahri yang mencukupi

Thursday, June 14, 2012

LOKASI MENIAGA POKOK DEN SETIAP HARI


Assalamualaikum......

Lama rasanya dah tak menjenguk ke CC dan seterusnya blog. Sibuk dengan anak kecil satu perkara, sibuk meniaga dan meyemai pokok seperkara lagi.

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan beralih semula ke bidang pertanian, khususnya AGROBIZ, keadaan ekonomi keluarga beransur-ansur pulih dan sambutan ke atas pembekalan anak-anak benih pokok semakin berkembang. Kini, hampir setiap hari den keluar meniaga untuk memastikan kesinambungan pasaran dan mengukuhkan ekonomi keluarga.

Berikut ini, den ingin memaklumkan lokasi-lokasi yang biasa den meniaga setiap hari bagi memudahkan pelanggan-pelanggan berjumpa dan mendapatkan bekalan.

ISNIN - PASAR PAGI PEKAN BANGI LAMA - 8.00 A.M. - 11.30 A.M.

SELASA
DAN RABU - PASAR BASAH PEKAN SEMENYEH - 8.00 A.M. - 11.00 A.M.

KHAMIS - PEKAN BANGI LAMA - 8.00 A.M. - 11.30 A.M.

JUMAAT - PASAR BASAH PEKAN SEMENYEH - 8.00 A.M. - 11.00 A.M.

SABTU DAN AHAD - PASAR BASAH BANDAR BARU BANGI - 8.00 A.M. - 12.00 P.M.

Antara anak-anak pokok yang biasa den bawa, adalah:

1. Durian (Musang King, Johor Mas, Tembaga, Udang Merah dan D24)

2. Durian Belanda

3. Rambutan (Gading, Gula Batu, Anak Sekolah dan Jarum Mas)

4. Cempedak Madu

5. Nangka J33

6. Manggis Master

7. Dokong

8. Mangga (Manggua, Epal, Chukanan, King dan Harum Manis)

9. Ciku Siam

10. Gajus

11. Longan Ping Pong dan Longan Belian

12. Jambu Besar dan Jambu Tiada Biji

13. Jambu Air Madu Vietnam

14. Limau Kasturi, Purut, Lemon Tiada Biji, Nipis Biasa dan Nipis Tiada Biji

15. Pulasan

16. Kelapa Matag dan Pandan

17. Nona Siam

18. Cermai

19. Belimbing Buloh

20. Kari

21. Asam Jawa

22. Buloh Madu

23. Kedondong

24. Delima Merah

25. Pokok Melaka

Dan Lain-lain bergantung pada stok dan tempahan......

Pada kebiasaannya jumlah pokok yang dibawa adalah sekitar 70 ke 90 pokok pelbagai jenis dan saiz.  Selain daripada itu, den juga ada menjual baja-baja pokok mengikut kadar tumbesaran pokok, tanah hitam, tanah baja serta khidmat nasihat penanaman dan pembajaan.

Kalau mengikutkan jadual meniaga, esok, 15hb. Jun 2012, den akan berada di depan pintu Pasar Basah di Pekan Semenyeh.  Nak cam senang je, Kereta Kancil warna Merun, WHS 653. Biasanya den akan ditemani oleh baby den, Muhamad Halim Yusoff bin Mohd Hisham. Untuk Sabtu dan Ahad, den berseorangan sahaja, sebab hari minggu den akan penuhkan kereta semaksimum yang mungkin sehingga 90 ke 100 pokok. Jemputlah datang jika sudi.  Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi den di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza)

Wassallam..............



Friday, May 18, 2012

POKOK-POKOK HERBA, REMPAH RATUS DAN SPECIAL


Assalamualaikum......

Setelah sekian lama menyepikan diri dan sibuk dengan perniagaan anak-anak pokok buah-buahan, berikut ini den nak promote pokok-pokok herba, rempah ratus dan yang jarang-jarang ditemui kepada yang ingin memilikinya.  Antara pokok-pokok tersebut adalah:

1. POKOK KAYU MANIS - RM 25 SEPOKOK

2. POKOK ASAM GELUGOR - RM 25 SEPOKOK

3. POKOK ASAM KEPING - RM 25 SEPOKOK

4. POKOK MELAKA - RM 30 SEPOKOK

5. POKOK SEMAMBU (NEEM) - RM 8 SEPOKOK

6. POKOK HALIA BARA - RM 16 SEPOKOK

7. POKOK MAHKOTA DEWA - RM 20 SEPOKOK

dan ada beberapa lagi pokok-pokok yang den dah lupo nama dia, tapi nanti den updatekan kedian bila dah ingat. Pokok-pokok ini boleh ditempah segera jika ada yang berminat. ila hubungi den di 012-911 6165 (Hisham aka SHAMZA).

Monday, April 9, 2012

DURIAN MUSANG KING (RAJA KUNYIT)

This is the famous Musang King durian. The price could be as mush as RM43 per KG.

It’s also known as Durian Kunyit or Mao Shan Wang.

Sunday, April 1, 2012

UPDATE HARGA ANAK-ANAK POKOK BUAHA-BUAHAN


Assalamualaikum.....


Berikut ini adalah update harga bagi setiap anak-anak pokok buah-buahan yang dapat dibekalkan.

Durian
(Musang King, D24, Udang Merah, Tembaga, Johor Mas dll)
- RM 10 Polybeg kecil, RM 18 / Polybeg Sedang


Rambutan
(Anak Sekolah, Gading, Gula Batu, Lily)
- RM 9 / Polybeg kecil, RM 15 Polybeg Sedang


Pulasan
- RM 10 / Polybeg kecil, RM 16 Polybeg Sedang


Nangka Madu
- RM 10 / Polybeg kecil


Cempedak Madu
- RM 10 / Polybeg kecil


Manggis Master
- RM 18 Polybeg Sedang


Mangga
(Taiwan/King, Epal, Lemak, Chukanan dll)
- RM 9 / Polybeg kecil


Durian Belanda
- RM 8 / Polybeg kecil


Jambu Batu Besar
- RM 8 / Polybeg kecil

Jambu Batu Besar Pink (Pink Guava)
- RM 12 / Polybeg kecil

Jambu Batu Tiada Biji (Seedless Guava)
- RM 11 / Polybeg kecil

Jambu Air Madu Vietnam
- RM 11 / Polybeg kecil

Sukun
- RM 9 / Polybeg kecil

Kedongdong
- RM 9 / Polybeg kecil, RM 18 Polybeg Sedang


Ciku
- RM 15 / Polybeg kecil


Longan Pingpong
- RM 30 / Polybeg Sedang, RM 65 Polybeg Besar


Dokong
- RM 18 Polybeg Sedang

Duku dan Langsat
- RM 18 Polybeg Sedang


Limau Bali
- RM 12 / Polybeg kecil

Limau Kasturi
- RM 7/ Polybeg kecil


Limau Purut
- RM 9 / Polybeg kecil


Limau Nipis
- RM 8 / Polybeg kecil


Limau Sunkist
- RM 16 / Polybeg kecil




Untuk sebarang tempahan, sila hubungi atau sms kepada saya, Hisham di 012-911 6165 atau 016-731 3738. Pengambilan boleh dibuat di rumah saya di

No. 13, Taman Bangi Indah,
Jalan Bangi Indah 7, Pekan Bangi Lama,
Kajang, Selangor.

Jika memerlukan penghantaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, caj penghantaran akan dikenakan.

Thursday, March 22, 2012

ARNAB LIONHEAD DAN KAMPUNG MIX


Assalamualaikum......


Kalau ada sesiapa yang hendak membeli arnab Lionhead dan arnab Kampung Mix berumur 50 hari, bolehlah sms kepada saya. Warna adalah tertakluk pada stok yang sampai.

Harga Arnab Lionhead berumur 50 hari = RM 45 seekor

Harga Arnab Kampung Mix = RM 25 seekor.

Bagi sesiapa yang berminat, sila sms dulu, bagitau nama, asal-usul, ngapa nak beli arnab, dah kawin ke belum....hehehehe......jangan main datang je, kang dah habis, den tak bagi duit minyak nak balik.

Sila sms ke 012-911 6165 atau 016-731 3738 (Hisham aka SHAMZA)