SELAMAT DATANG

Thursday, October 21, 2010

NASIB PASARAN

Assalamualaikum.....

Ada yang bertanya tentang harga arnab sekarang ni yang dah tak tentu arah(bersaing ke arah penurunan). Ntahlah......nak komen ke tidak. Kadang rasa tak berani nak komen lagi. Bimbang kena serang lagi. Jadi lebih baik saya mencari alternatif daripada terus bersaing menurunkan harga.

Memang perit nak terima hakikat, walau hati menangis bila melihat harga-harga sekarang tapi apalah daya kita nak bendung. Apa yang saya buat, saya buat je arnab kampung atau mix sekarang ni di samping baka-baka fancy. Walau untung dalam RM 6 ke 8 je seekor, tapi "Alhamdulillah" sekurang-kurangnya bergerak juga walau lambat dan perit. Macam saya ni, trader dan penternak kecil-kecilan, kos sebenarnya lebih tinggi untuk pengambilan arnab.

Sebagai contoh:

Katakan seekor arnab fancy, harga ambil untuk jual balik, RM 120 ke 150 seekor, dijual pada harga RM 190 ke 220 seekor. Nampak atas kertas untung RM 80 seekor!! Tapi kalau dikira kos pengambilan seperti minyak dan tol dalam RM 30 (jarak paling dekat, tidak termasuk yang menjangkau RM 50 untuk pergi ambil), makanan dll dalam RM 10, maknanya dah tinggal RM 40 je. Belum termasuk lagi yang diberi diskaun. Pusing-pusing, akhirnya tinggal RM 10 seekor juga keuntungan. Jadilah, ada gak RM 10, alhamdulillah. Inilah situasi sekarang.

Jadi apa yang saya lakukan sekarang, buat je la baka kampung atau mix yang leh jual RM 28 ke 60 seekor. Sekurang-kurangnya ada sale walau sekali dua seminggu daripada ada sale sekali dua sebulan dengan keuntungan yang hampir sama. Melainkanlah arnab tu tuan-tuan sendiri yang ternak.

Diharap jangan ada yang salah anggap dengan pendedahan saya ni. Ini adalah hakikat yang saya alami sekarang sebagai panduan kengkawan. Jadi sempena hari ini juga, saya fix kan harga-harga arnab yang boleh saya jual sepertimana yang tertera dalam blog ini. Inilah sahaja harga-harga yang mampu saya tawarkan berdasarkan tawar menawar dari customer sebelum-sebelum ini. Kalau nak murah lagi, saya minta maaf banyak-banyak, tak termampu dan tak terdaya saya nak diskaunkan lagi. Bukan menyombong, tapi hakikat. Kalau diskaun lagi, mungkin lepas ni, terpaksa tinggalkan sahaja dunia arnab. Ikhlas.......SHAMZA.


Tuesday, October 19, 2010

TURKISH ANGORA

Assalamualaikum

Kepada yang berminat dengan arnab-arnab Turkish Angora, ada beberapa ekor yang hendak dijual dengan harga RM 150 seekor berumur 2 bulan setengah. Sila hubungi saya di 012-911 6165.

Sunday, October 17, 2010

ANAK-ANAK ARNAB MIX

Ni pula adalah anak-anak arnab baka mix yang berumur 2 bulan untuk dijual pada harga RM 28 seekor kepada yang berminat. Sila hubungi den di 012-911 6165.




ARNAB BAKA MIX
RM 28 SEEKOR



ARNAB-ARNAB UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum......


Minta maaf lama tak update blog ni. Bermacam-macam dugaan melanda, membuatkan tiada masa untuk diluangkan ekoran isteri den yang dimasukkan ke wad tempohari kerana mengandung dan mengalami situasi kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Sekarang pun terpaksa bergantung kepada Insulin untuk menstabilkannya.

Baiklah, itu semua dugaan buat den. Tujuan post ini sekadar untuk mengiklankan beberapa ekor arnab untuk dijual kepada yang berminat. Berikut ini gambar-gambarnya:




ENGLISH ANGORA - 2 BULAN SETENGAH
RM 200 SEEKOR


NETHERLAND DWARF - 3 BULAN
RM 200 SEEKOR


MINI REX JANTAN - 5 BULAN
RM 200 SEEKOR

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165.


Monday, September 27, 2010

ARNAB DAN POKOK-POKOK SEBAGAI TEMAN



Sempena raya ni juga selain keluarga, hanya arnab-arnab dan pokok-pokok menjadi peneman dan penghibur. Sedikit sebanyak menjadi penguat semangat juga.

Bagi yang berminat, di sini saya ingin menawarkan arnab-arnab baka :

1. New Zealand White
- 2 bulan - RM 80
- 4 bulan - RM 160
- 8 bulan - RM 220

2. Mini Rex Jantan
- 2 setengah bulan - RM 200

3. Netherland Dwarf
- 2 setengah bulan - RM 200

4. Turkish Anggora
- 2 setengah bulan - RM 150

5. Lop Ear
- 3 bulan - RM 220

Begitu juga bagi yang berminat untuk membeli pokok-pokok buah-buahan dan baja organik, bolehlah menghubungi saya jika ingin bertanya atau membeli. Insya Allah saya cuba penuhi......

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya di 012-911 6165.


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

Assalamualaikum....

Lama rasanya dah tak menjenguk ke blog den ni. Al-maklum berbagai-bagai dugaan harus dihadapi dari bulan puasa sehingga kini. Hanya doa, usaha dan tawakal sebagai pendorong diri.

Sempena Hari Raya AidilFitri yang telah beberapa hari berlalu, rasanya belum terlambat untuk den mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Maaflah kerana tahun ini keadaan kurang mengizinkan untuk den mengadakan rumah terbuka buat rakan-rakan semua. Insya Allah jika dimurahkan rezeki pada hari-hari mendatang, den akan usaha mengadakannya.

Semoga rakan-rakan semua beroleh keberkatan dan kebahagian di bulan Syawal ini.....Insya Allah.........

Thursday, September 2, 2010

NTAHAPAAPANTAH

Ntahapaapantah......takda apa nak cerita di penghujung ramadhan ni......semua nge'cool' jerrr......so den layan blues je la.......

Kalau ada sesiapa nak tanya arnab-arnab atau pokok-pokok, talipon atau sms je kat den......

K la....ketemu selepas raya nanti......


Apapun


"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin"