Berikut ini dipaparkan beberapa ekor arnab untuk dijual kepada sesiapa yang berminat. Jika ada yang berminat, sila hubungi saya dengan segera di 012-911 6165 (Hisham aka shamza).
LIONHEAD JANTAN RM 45 SEEKOR (SOLD)
LIONHEAD BETINA RM 45 SEEKOR (SOLD)
CHINCHILLA JANTAN ATAU BETINA UMUR 5 BULAN RM 280 SEEKOR (SOLD)
FUZZY LOP LAHIR - 17HB APRIL 2011 SILA SMS KE 012-911 6165 UNTUK PERTANYAAN HARGA (SOLD)
MINI REX JANTAN LAHIR - 5HB. JANUARI 2011 SILA SMS KE 012-911 6165 UNTUK PERTANYAAN HARGA
Berikut ini ada beberapa induk jantan dan betina arnab hias yang hendak dijual murah-murah je kepada yang berminat. Induk-induk nak jdijual murah-murah bukan sebab tak elok atau apa, tapi sebab kami nak pakai duit untuk rawatan-rawatan susulan anak kami. So, kalau ada yang berminat, bolehlah datang mengambilnya segera. Tapi sebelum datang, sila hubungi saya terlebih dahulu di 012-911 6165 (Hisham aka Shamza). Stok yang ditawarkan adalah terhad kepada yang terpapar di bawah ni je. Siapa cepat, dia dapat. Mana nak dapat harga induk RM 80 je......
PENJANTAN ND RM 160 (SOLD)
FUZZY LOP BETINA UMUR 5 BULAN LEBIH RM 220 (SOLD)
MIX NZW N HIMALAYAN UMUR 5 BULAN RM 80 SEEKOR (TINGGAL 2 PASANG JE LAGI)
PEJANTAN LIONHEAD CROSS NZW (Berat dalam 2 kg lebih, lincah dan aktif mengawan) RM 90 (SOLD)
Alhamdulillah....setelah sekian lama di hospital, akhirnya dapatlah juga bawa anak pulang ke rumah semula. Gembira kerana dah balik ke rumah, cemas dan risau kerana dia dah tak seperti dulu. Kalau dulu kita letak je atas tilam nak buat kerja lain, dia dok senyap-senyap je main sendiri-sendiri. Tapi sekarang letak je, dia menangis sampai pijor. Yang paling seriau, time nak mandi, tukar pampers atau baju, Ya Allah...dia punya menangis sampai tak tentu arah kami dibuatnya. Mungkin trauma semasa di hospital atau apapun tak pasti. dah cuba bawa berubat di Darul Syifa dan lain-lain, tak jadi apa juga. Lagipun diarang kata tak ada gangguan apa-apa.
Sekarang agak buntu apalah puncanya. Apa yang boleh kami lakukan, terpaksala sambil menyusu, sambil tukar baju dia. Tapi semua kena pantasla, tidak pijor dia nangis.
Hari tupun kami yang minta balik, bukan pe, bila nengokkan bil spital dah dekat RM 5 ribu lebih.....berpeluh dahi dibuatnya. Walaupun menggunakan GL isteri, tapi potong tetap kena potong gajinya dalam 5 ratus sebulan.....pergghhh.....parah ni. Tambahan lak saya sekarang cuma bekerja sendiri dengan meniaga arnab, pokok-pokok dan baja....kadang ada kadang takda. Tapi ialah.....rezeki tu ketentuan Allah.....walau bagaimana susah sekalipun, kami belajar untuk memahaminya dan redho dengan setiap ketentuanNya.
Sekarang Muhamad Halim Yusoff dah ada di rumah, bagi rakan-rakan yang ada terpergi ke hospital selepas hari khamis lepas, memang tak dapat jumpalah. Sebab tu saya minta dihubungi terlebih dahulu. Kalau nak datang ke rumah menziarahpun, taliponlah dulu ya. Kadang kami keluar berubat atau ada urusan lain.
Walau apapun, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian beberapa individu membantu dan yang mendoakan kesejahteraan anak kami. Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan limpah kurnia dan rahm at yang berpanjangan. Aminnnn....
Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang sudi membantu dan mendoakan anak kami. Tak terbalas rasanya budi baik tuan2 semua, hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan Rahmat dan KurniaNya. Syukur alhamdulillah......malam semalam nampaknya anak kami beransur pulih. Kami bincang semalam dengan doktor minta kebenaran keluar petang ni sebab takut makin bertimbun bil. Lagipun tersedak, batuk dan sesak nafasnya dah berkurang, cuma masih ada sedikit lagi susu dalam paru-paru dia. Tak seperti waktu kritikal beberapa hari lepas di mana paras oksigen cuma 40, tangan serta kaki terkulai dan bibir dah biru. Doktor ada pesan semalam, dia perlu dipantau sehingga berumur 6 bulan kerana takut berulang kembali.
Buat masa ni, anak dan isteri saya masih di Hospital Pusrawi, Wad Raihan, Katil 4-3. Kalau kata petang ni dapat keluar, akan saya bagitau. Terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan dan membantu.
Hampir seminggu lebih tak menjenguk blog atau FB. Nak buat bisnesspun hati tak keruan dan berdebar selalu. Malam dan siang bagi den sepanjang seminggu lebih ni, sama sahaja. Nak lelap mata tak daya, nak makan minum rasa tak lalu sangat.
Anak!!! Ya, anak!!! Tiada tara nilainya nak banding nikmat lain di dunia ini melainkan nyawa anak. Bercucuran airmata seluas lautan sekalipun, tiada tara tandingnya untuk menangisi jika ianya sakit dan derita.
Tak dapat rasanya nak diceritakan di sini betapa siksanya dia menanggung sakit, cukuplah sekadar gambar ini mengambarkannya.
SEWAKTU SIHATNYA
HARI PERTAMA DI HOSPITAL
HARI KE TIGA DI HOSPITAL
HARI-HARI BERIKUTNYA
Di sini, den ingin merakamkan jutaan terima kasih buat beberapa orang rakan yang sudi menghulurkan bantuan bagi mengurangkan sedikit tanggunggan.
Begitu juga jutaan terima kasih bagi yang mendoakan Muhamad Halim Yusoff bin Mohd Hisham agar segera sembuh. Terima kasih semuanya........
Berikut ini adalah beberapa link yang berguna untuk dijadikan panduan di dalam penternakan arnab. Semoga ianya dapat dijadikan panduan buta kita semua.
Ada sedikit pengumuman yang hendak dimaklumkan di sini.
Berikut ini adalah dimaklumkan kadar caj penghantaran melalui bas yang dikenakan oleh pemandu bas untuk ke destinasi-destinasi berikut berdasarkan pengalaman lepas saya dari Kuala Lumpur:
Insya Allah.....esok dan lusa (Sabtu dan Ahad) bermula pukul 8.30 pagi den akan meneruskan rutin meniaga di Pasar Bandar Baru Bangi. Antara yang akan dibawa adalah arnab-arnab dan juga pokok-pokok herba, sayuran serta baja Agro Organik.
Ketemu kita di sana pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi........
Ramai yang dok tertanya-tanya dan minta den tunjukkan bukti Baka New Zealand White yang ada ni leh cecah 5kg dak? Tak caya gak yang ni pun....cerr timbang..cer timbang dengan Bro Usinnnnn.....hehehe.... So, di sini den nak tunjukkan induknya yang berumur hampir setahun seberat 5 kg lebih. Tryla angkat sebelah tangan kalau boleh.
Yang ni pun nak dijual dengan harga RM 350 seekor........ Ada berani.......
K yang ni lak induk baka pedaging Chinchilla yang dah setahun. Yang ni seberat 6 kg +++. Tak caya!!?? Cerr timbang....cerr timbang......hehehe...... Tuan-tuan nengokla sendiri......