SELAMAT DATANG

Saturday, February 27, 2010

KAMI DI BAZAR MAEPS, SERI KEMBANGAN

Jemput datang ke Bazar Maeps malam ni kami berada di sana bersama-sama arnab untuk dijual. Kami sedia memberikan khidmat nasihat penternakan kepada yang berminat.

Thursday, February 25, 2010

EM (EFFECTIVE MICROORGANISM)

Ni pula link berkenaan EM (Effective Microorganism). Bahan ini banyak juga membantu di dalam penternakan arnab.

http://www.emshop.co.nz/index.php

http://en.wikipedia.org/wiki/Effective_microorganism

http://mapleorgtech.tradeindia.com/

SEGALANYA TENTANG ARNAB

Ni adalah antara link yang mungkin dapat memberikan sedikit sebanyak informasi kepada mereka yang berminat menternak arnab. Diharap ianya dapat membantu.

PEMBINAAN REBAN

http://www.therabbithutch.com/

http://www.rabbithutch.biz/

http://www.rabbithutchesuk.org.uk/

http://www.howtodothings.com/pets-and-animals/a2426-how-to-design-and-build-a-rabbit-hutch.html


BERKENAAN ARNAB

http://www.ehow.com/rabbits/

http://www.rabbit.org/faq/index.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Rabbit


PEMAKANAN ARNAB

http://exoticpets.about.com/cs/rabbits/a/rabbitsfeeding.htm

http://www.mybunny.org/info/rabbit_nutrition.htm


PENYAKIT ARNAB

http://www.peteducation.com/article.cfm?c=18+1803&aid=1638

http://www.mybunnyfarm.com/care/Diseases.htm


PEMBIAKAN ARNAB

http://petcaretips.net/pet-rabbit-reproduction.html

http://thhoppers.homestead.com/files/Basic_Information_Needed_To_Breed_Rabbits_Successfully.htm

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20070210054740AAbKJ5B


Diharap kepada sesiapa yang bertanya kepada saya melalui e-mail dan talifon sebelum ini, dapatlah menjadikan link-link tersebut sebagai panduan.


Wednesday, February 24, 2010

BAKA-BAKA ANGGORA BARU UNTUK DIJUAL...

Assalamualaikum.....

Mari...mari....rapat....rapat........ Ini ada beberapa ekor arnab Anggora yang hendak dijual.........cantik, menarik, cute, manja dan lincah. Tak caya!!! nengok gambor-gambor kat bawah ni...........jangan menyesal kalau anda terlambat. Baik untuk dijadikan baka............ Harga sekitar RM 120 ke RM 280.............




Betina 2 bulan lebih



Jantan 2 bulan lebih



Betina 2 bulan



Betina 2 bulan



Betina 2 bulan 2 minggu



Jantan 2 bulan


Apalagi, capai talipon anda dan dail 012-911 6165....diulangi 012-911 6165 untuk tempahan dan pengambilan di :

No. 13, Taman Bangi Indah
Batu 6, Jalan Bangi Indah 7
43000 Pekan Bangi Lama
Kajang, Selangor.........

Cepat wehhh........semalam sahaja hampir 25 ekor arnab pelbagai jenis telah diangkut........Harga Insya Allah boleh nego.....

Tuesday, February 23, 2010

SEMBANG-SEMBANG SI ARNAB

Ni lagi antara arnab yang hendak dijual kepada yang berminat............hehehe...........



Hai!!! Comel tak den??? Nama den Silly Wolly.....tak nak ke ambik den wat bantal peluk....hehehe....



Herk elehh....Muka camtu comel..........den lagi comel aperr.......tengok telinga den.......besar aperrr...........ko nye telinga kemetot jerr.......



Jangan gaduh...jangan gaduh.....kang kena jual kang..............




Ha....kan dah kena jual.............korang jaga2 sikit dengan pakcik baju belang tu..........adehh.........

PEMAKANAN ARNAB


Atas permintaan kengkawan, ni den paparkan sedikit nota berkenaan pemakanan arnab. Di harap ianya dapat membantu penternak-penternak baru.

PEMAKANAN ARNAB

Arnab tergolong sebagai haiwan jenis pseudo-ruminant iaitu haiwan yang tidak dapat mencernakan serat-serat daripada makanannya dengan baik. Makanan tersebut akan dicernakan melalui proses fermentasi yang berlaku di dalam ususnya. Proses ini atau penapaian merujuk kepada proses pencernaan yang berlaku melalui tindak balas kimia dengan bantuan enzim-enzim yang tertentu (specific enzymes) sehingga dapat menguraikan makanan kompleks ke dalam bentuk yang lebih mudah dicernakan. Enzim ini dihasilkan oleh organisme seperti lumut, bacteria dan yis. Proses ini berlaku di bahagian sekum(caecum) iaitu kantung yang terletak di persimpangan antara usus kecil dan besar. Proses ini melibatkan 50% daripada kapasiti keseluruhan saluran pencernaan.

Selepas berumur 3 minggu, arnab mula mencernakan semula makanannya sehingga hancur, secara terus daripada anus (proses ini dikenali sebagai caecotrophy) tanpa melibatkan sebarang pengunyahan. Kotoran (feses) ini terdiri daripada konsentrat bacteria yang dibaluti oleh mukus.

Walaupun memiliki bahagian sekum (caecum) yang besar, arnab masih tidak mampu untuk mencernakan makanannya secara semulajadi seperti ternakan ruminat yang lain. Daya pencernaan arnab amat rendah iaitu hanya mencapai 10% sahaja.

Kemampuan arnab mencernakan serat kasar (ADF=acid detergent fibre) dan lemak lain semakin bertambah apabila arnab berumur 5 ke 12 minggu. Ini berikutan sifat semulajadi arnab yang akan memakan kotoronnya sendiri (caecotrophy).Pencegahan caecotrophy semasa arnab berumur 6 ke 8 minggu boleh menyebabkan pertumbuhan dan daya pencernaannya semakin menurun dari 77% menjadi 60%.

Komposisi fesus atau kotoran arnab berbeza dengan haiwan lain. Feses nya lebih cair atau lembut dan diselaputi mukus. Terdiri daripada bahan kering (31%), protein yang tinggi (28.5%) berbanding dengan haiwan herbivor lain yang mengandungi bahan kering 53% dan protein 9.2%. Feses yang dihasilkan mengandungi banyak vitamin B.

JENIS-JENIS MAKANAN ARNAB

Arnab peliharaan amat memerlukan penjagaan dan pembekalan makanan yang secukupnya daripada penternak. Penternak disarankan agar tidak memberikan sisa-sisa makanan kepada ternakannya, seperti makanan2 yang telah basi dan sebagainya.


Dalam penternakan secara intensif, makanan pellet merupakan makanan utama yang diberikan. Makanan berbentuk hijau hanya diberikan mengikut keperluan sahaja. Makanan hijau adalah seperti rumput, sayur2an atau daun2. Selain itu, ia juga boleh diberikan makanan tambahan seperti konsentrat, rumput kering(hay) dan biji-bijian.


i. MAKANAN PELET


Ia berbentuk pellet atau untilan keras yang mempunyai garis pusat 4 mm dan panjang 2 ke 3 cm. Mengandungi segala zat untuk pertumbuhan arnab sekurang2nya pada kuantiti minimum. Bagi induk betina dewasa, jumlah diperlukan adalah 120 g/hari/ekor, penjantan dewasa 60 g/hari/ekor, manakala bagi anak arnab sebanyak 50 ke 100 g/hari/ekor.


ii. MAKANAN HIJAU


Penternak di kalangan tradisional banyak mengamalkan kaedah ini. Sumber makanan hijau yang diberikan adalah rumput2, sisa2 sayuran (kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu), dedaun sepeerti daun kembang sepatu, sesbania, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun dan batang jagung, daun betik, daun talas dan sebagainya.


Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya. Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit-birit.


Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun. Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.


Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan. Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi (sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diuraikan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.

Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.


iii. RUMPUT KERING ATAU RAMI (HAY)


Rumput kering atau rami (hay) merupakan rumput awetan yang dipotong menjelang musim berbunga. Rumput ini dikeringkan secara bertahap sehingga kandungan gizinya tidak rosak, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kandungan seratnya.


Antara rumput kering ini adalah rumput gajah, pucuk tebu atau rumput di padang yang dipotong semasa menjelang musim berbunga. Antara faktor yang menyebabkan arnab menggemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa yang manis serta kandungan serat yang tinggi. Daun2 jenis kekacang yang dilayukan dan dikeringkan seperti hay juga amat disukai arnab. Makanan ini amat sesuai ketika musim panas dan kering berpanjangan dan ia dapat mengatasi masalah cirit-birit dengan menghentikan pemberian makanan utamanya iaitu pellet.


iv. BIJI-BIJIAN


Berfungsi sebagai sumber makanan yang dapat meningkatkan daya ketahanan arnab. Amat diperlukan oleh arnab yang bunting dan yang sedang menyusukan anaknya. Antaranya adalah jagung, padi, gandum, bijan, kacang soya, kacang tanah dan kacang hijau.


Biji-bijian ini tidak boleh diberikan secara terus kepada arnab, ia perlu ditumbuk atau digiling terlebih dahulu. Sukatan yang diberikan adalah 200 ke 300 gram sehari. Untuk penjimatan kos, ia boleh diselang-selikan dengan makanan utama, hampas kelapa, hampas tauhu atau hampas kacang soya.


Menurut pengalaman beberapa penternak, berat arnab yang berumur 4 bulan hanya mencapai 1.5 kg sekiranya makanannya hanya berupa sumber hijau semata-mata, sebaliknya jika dicampur dengan sumber ini, beratnya mampu mencapai sehingga 4 kg. Pemerhatian ini dilakukan ke atas baka New Zealand White, Californian dan beberapa baka arnab pedaging yang lain.


v. UMBI-UMBIAN


Antaranya adalah keledek, ubi kayu, ubi kentang dan makanan umbi yang lain. Untuk umbi ubi kayu, ianya perlu direbus terlebih dahulu atau dikeringkan sebelum diberikan untuk menghilangkan getahnya. Ubi kayu yang telah dikering perlu ditumbuk sebelum diberikan.


vi. KONSENTRAT


Makanan ini diberikan adalah untuk meningkatkan sumber nutrien makanan dan ia juga dapat mempermudahkan penyediaan makanan. Ia berfungsi sebagai makanan tambahan dan meningkatkan daya ketahanan haiwan. Antara makanan konsentrat tersebut adalah bran, hampas kelapa, hampas kacang tanah, hampas tauhu, hampas ubi kayu dan sebagainya.


MAKANAN SEIMBANG


Jumlah makanan dalam komposisi yang seimbang amat penting bagi penternakan arnab. Sumber-sumber karbohidrat, protein, garam mineral, vitamin dan air perlu seimbang bergantung kepada umur, tujuan pengeluaran serta kadar pertumbuhan.


Bagi seekor arnab dewasa, ia memerlukan sebanyak 120 hingga 189 gram konsentrat setiap hari, manakala bagi arnab yang sedang bunting atau menyusukan anak, keperluannya menjangkau pertambahan sebanyak 25 hingga 50%.


Pemberian konsentrat juga dipengaruhi umur dan berat arnab, iaitu; bagi arnab muda yang berumur 2 hingga 5 bulan dengan berat dianggarkan 2 hingga 4kg, memerlukan 180 hingga 200 gram konsentrat sehari. Manakala, bagi seekor arnab dewasa dengan berat 5kg, memerlukan sebanyak 160 hingga 180 gram sehari dan bagi yang sedang bunting atau menyusukan anak memerlukan 200 hingga 250 gram konsentrat sehari.


KOMPOSISI MAKANAN ARNAB


Bagi :


Arnab pejantan yang aktif mengawan, induk betina yang bunting dan menyusukan anak, anak-anak yang dalam tempoh pembesaran:


Protein - 14 ke 18% : Lemak - 3 ke 6% : Serat - 15 ke 20% : Abu - 5 ke 6%


Induk betina yang kering, arnab pejantan yang tidak aktif, anak arnab yang mula dewasa:

Protein - 12 ke 14% : Lemak - 2 ke 4% : Serat - 20 ke 28% : Abu - 5 ke 6%

Monday, February 22, 2010

LAGI GAMBAR ARNAB UNTUK DIJUAL

Ni adalah gambar close-up untuk arnab-arnab yang hendak dijual tu. Umur dari 2 bulan ke 5 bulan. Ada Dutch, NZW, kampung mix, silly wolly, lion head, anggora lion dll. Harga antara RM 40 ke RM 150. Kepada yang berminat, bolehlah hubungi den segera sebelum stok sold out......Sangkar, botol air dan bekas makanan juga ada dijual. Leh datang umah bila2pun tuan2 suka, tapi tponla dulu............



Ada lagi baka-baka lain, tapi elok tuan2 datang n tengok sendiri. Mana tahu ada yang berkenan di hati, sedap di mata, selera di tekak n perut......hehehehe.........Nak clear stok nih, pas ni masuk baka mahal-mahal lak.........


Sunday, February 21, 2010

FUZZY LOP

Ramai orang bertanya rupa Fuzzy Lop.........so, nilah rupanya den punya Fuzzy Lop. Sorry bulunya basah sikit tersimbah air lak masa bersih sangkar tadi. Namanya Reezky. Manja dan suka bermain.......



ARNAB-ARNAB COMEL

Haahh!!! Ni dia gambor-gambor arnab-arnab yang comel-lote yang ambo nak jual kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Comel, gebu, eksotik dan menarik sehingga menjilat jari.

Apalagi....kalau berminat, cepat-cepat call ambo. Yang dekat, leh datang terus ambik kat umah. Yang jauh.....errrrr........kenalah ikhtiarkan pengambilannya...........huhuhuhu.......



INILAH ANTARA ARNAB-ARNAB YANG HENDAK DIJUAL......BERMINAT!!! HUBUNGI AMBO SEGERA.....SIAPA CEPAT DIA DAPAT


ERRR.......SI AWANG NI PUN NAK TUMPANG SEKAKI JUGAK..........BOLEH POSING SOPAN SIKIT TAK AWANG....ADEHHHH...LETIH LA KO NIHH.......


Hahh!!! Apalagi....capai telifon anda dan dailla 012-911 6165.......selagi stok masih ada.......kalau lambat melepas........kenala tunggu sebulan dua lagi untuk yang eksotik punya.........

KARNIVAL MAEPS

Assalamualaikum........

Post kali ni just nak paparkan beberapa gambar suasana jualan di Bazaar Maeps pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Inilah gambaran gerai den yang tak seberapa ni........
Terdapat pelbagai product berkenaan penternakan arnab dan unggas
di sini juga terdapat product INCUBATOR / MESIN PENETASAN TELUR yang di jual oleh Junaidi

Friday, February 19, 2010

KARNIVAL MAEPS 20 - 21HB. FEBRUARI 2010

Assalamualaikum..........

Jemput hadir ke Karnival Maeps pada hari sabtu dan ahad ni kepada sesiapa yang berminat untuk melihat dan membeli arnab. Insya Allah den akan berada di sana untuk berniaga. Berikut adalah antara arnab-arnab yang akan dijual pada harga berpatutan.....hehehehe........


TURKISH ANGGORA



ANGGORA


LION HEAD


CHINCHILLA


Thursday, February 18, 2010

CARCASS ARNAB


Assalamualaikum.........

Kepada peminat-peminat daging arnab yang dihormati sekelian.......di sini saya menawarkan carcass arnab dengan harga RM 38/kg. Pembelian melebihi 10kg akan dihantar secara percuma ke lokasi anda di sekitar lembah Kelang.

Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya di 012-911 6165.

RESEPI MASAKAN DAGING ARNAB


Daging Arnab Rendang Kicap Berempah



Bahan - bahan :

600 g daging arnab
1/2 cawan kicap pekat
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh jintan manis - digiling
1 sudu teh jintan putih - digiling
3 sudu besar ketumbar - digiling
6 ulas bawang merah - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
2.5 sm halia - digiling
3 sudu besar gula
1 biji bawang besar
(dipotong bulat)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:
  1. Daging dipotong kecil-kecil dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula.
  3. Perapkan selama 1/2 jam.
  4. Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan.


Kari Pedas Daging Arnab

Bahan - bahan :

1.5 kg daging arnab
2 biji bawang besar - digiling
7 biji buah keras - digiling
1.5 sm kunyit - digiling
3 batang serai - digiling
1.5 sm langkuas - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh serbuk biji sawi
1.5 kg ubi kentang - dibelah empat
2 biji cili hidup - dibelah dua
1cawan minyak masak
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya.
  2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong .
  4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya

Inti Karipap Daging Arnab

Bahan - bahannya :

600 g daging arnab (dicincang halus)
2 sudu besar jintan manis - digiling
3 cm halia - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
5 ulas bawang merah - digiling
300 g bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit daun bawang dan daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi untuk menumis

Cara Membuat :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang digiling sehingga bangkit aromanya.
  2. Masukkan daging dan setelah dikacau rata masukkan pula sedikit air untuk mengempukkannya.
  3. Apabila daging sudah masak dan sebati, masukkan bawang besar dan kacau sehingga rata.
  4. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun sup.

Arnab Masak Merah

Bahan-Bahan :

1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A :

6 tangkai cili merah)
2 batang serai )
2 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) dikisar halus
1 inci halia )
1 inci lengkuas )

Bahan B :

½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Sayur Campuran
2 helai daun kunyit

Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan :

Daun bawang/sup

Cara :
  • Tumis bahan A.
  • Bila wangi, masukkan bahan B.
  • Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang ½ masak tadi.
  • Masukkan daun kunyit dan santan.
  • Bila didih, masukkan sayur campuran.
  • Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.
  • Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.

Tambahan :

Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti.


Sup Kepala Arnab

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:

1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :

2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :

Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.


Dipetik dari Blog: Badrulzamani


KALAU ADA YANG NAK BELI ARNAB

Assalamualaikum........

Kepada kengkawan yang nak membeli arnab, bolehlah berkunjung di rumah saya di :

No. 13, Taman Bangi Indah
Batu 6, Jalan Bangi Indah 7
43000 Pekan Bangi Lama
Kajang, Selangor

Ada pelbagai baka untuk dijual antaranya, anggora, turkish anggora, chinchilla, dutch, lion head dll. Hubungi saya untuk temujanji di 012- 911 6165 ( Hisham).

Friday, February 12, 2010

ARNAB-ARNAB KAMPUNG CROSS UNTUK DIJUAL

Ni adalah beberapa ekor arnab kampung yang telah di'cross'kan dengan baka English Spot dan Lion Head. Percentage adalah hampir 60 ke 70% mengikut pejantannya. Arnab ini milik kawan den kat Jenderam. Dia nak jual pada harga RM 60 seekor umur 5 bulan dan RM 40 seekor pada umur 3 bulan. Kalau ada yang berkenan, bolehlah menghubungi den untuk penghantaran - 012-911 6165.


LAGI MELAWAT PENTERNAK BARU..........

Yang ini pula kira anak murid den yang baru berjinak-jinak dengan penternakan arnab juga. Yatim namanya, bertempat di Bandar Tun Razak. Beliau bermula dengan 12 ekor arnab pedaging dan pet. Semalam, 11hb. Februari 2010 (Rabu), den berkesempatan melawat ke tempatnya setelah menghantar barang kelengkapan arnab kepada rakan penternak baru juga di Subang.




Semoga berjaya hendaknya sahabat baru den ni.........Insya Allah...........

Wednesday, February 10, 2010

NI PULA GAMBAR ANGGORA

Di atas permintaan kengkawan, ini pula dipaparkan gambar-gambar arnab yang hendak dijual jika ada yang berminat.



So, kok kalau ada yang berkenan tu, bolehlah menghunbungi den dengan segera di 012-911 6165

ANAK-ANAK HOLLAND LOP..........

Seperti yang dijanjikan semalam, maka di sini dipaparkan gambar anak-anak Embun(Holland Lop) yang dilahirkan semalam..........5 ekor semuanya.........




Adalah diharapkan kelima-lima anaknya ini dpatlah hidup sehingga beranak-pinak. Insya Allah........